BTC USD 82,707.5 Gold USD 4,112.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rohingya semakin besar kepala

Palestin tu, diorang takde nak keluar dari negara diorang, jadi kita hulur bantuan ke sana

yg rohingya ni, dah Bangladesh siapkan kem pelarian kat sana molek molek. tapi ada sanggup gak bayar dalang utk keluar dari tpt tu datang negara thailand dan malaysia secara haram. even Thailand taknak terima diorang ni
even Bangladesh, dlm perjalanan diorang tu, sanggup patahkan plan rohingya ni dan bawak balik ke cox's bazar bangladesh
ni dah jadi topik penyeludupan manusia, human traficking
dah bukan nya pelarian dari kekejaman Myanmar

sepatutnya Rohingya tu stay Bangladesh, Malaysia hulurkan bantuan disana..
bukannya diorang datang Malaysia dari Bangladesh, pastu Malaysia simpan diorang di Malaysia
 
Menurut presiden PKR itu, kerajaan boleh menyediakan tempat terkawal untuk menempatkan pelarian terbabit untuk sementara sebelum dihantar ke negara ketiga.



Kita sokong bantu Rohingya atas prinsip, kata Anwar
Diterbitkan 26 Apr 2020, 8:03 pm

Dikemaskini 26 Apr 2020, 8:03 pm



Anwar Ibrahim berkata nasib yang menimpa pelarian Rohingya adalah lebih kurang sama dengan apa yang menimpa penduduk Palestin di Asia Barat.

Menurut presiden PKR itu sokongan yang diberikan kepada pelarian Rohingya adalah sama dengan prinsip yang digunakan ke atas penduduk Palestin yang dizalimi Zionis.

“Mengapa kita sokong Palestin? Kerana rakyatnya dibunuh, dizalimi, diambil tanah. Jadi kita sokong Rohingya juga atas prinsip yang sama.

“Adakah itu bermakna kita tak jaga rakyat kita? Tidak," katanya menerusi video Tazkirah Nuril Anwar yang dipaparkan di media sosial hari ini.

Anwar juga menegaskan, sokongan dan bantuan yang patut diberikan bukan bermakna memberikan kewarganegaraan kepada pelarian terbabit.

Sebaliknya kata beliau, bantuan tersebut adalah dari segi kemanusiaan dan bersifat sementara di negara ini.

Untuk membolehkan ia dibuat, Anwar menjelaskan, kerajaan boleh menyediakan satu kawasan khas yang dikawal untuk menempatkan pelarian terbabit sementara menunggu mereka dihantar ke negara ketiga.

Ada membela, ada membenci

“Saya kata (cadangkan) buat kawasan sempadan bagi mereka duduk sehingga kita dan pada masa sama kita mendesak (kerajaan Myanmar) dari segi politik dan negara.

“Mana boleh Myanmar buang orang begitu sahaja dan kita kena tanggung,” katanya.

Isu Rohingya menarik perhatian ramai terutama dalam kalangan pengguna media sosial sejak beberapa hari lalu selepas pihak berkuasa mematahkan cubaan sebuah bot membawa pelarian Rohingya memasuki negara ini pada 16 April lalu.

Bot tersebut membawa kira-kira 200 orang Rohingya yang mahu memasuki Malaysia menerusi perairan Langkawi.

Mereka kemudian diarah meninggalkan perairan negara.



Kejadian itu mencetuskan polemik hangat di media sosial dengan orang ramai terbahagi kepada beberapa kumpulan, seperti menyokong agar mereka dibantu dari segi kemanusiaan dan satu lagi menganggap pelarian terbabit hanya membawa masalah kepada negara.



8c4352ac458faa7cf30adf5bbe82e9ad.jpg



Ia juga mengingatkan orang ramai kepada himpunan solidariti kerajaan BN kepada masyarakat Rohingya yang diadakan di Tasik Titiwangsa pada 2016 lalu.

Himpunan itu menghimpunkan pemimpin kanan Umno dan PAS di satu pentas ketika kedua-dua parti belum mengadakan kerjasama secara rasmi. Untuk rekod, Umno dan PAS kini sebahagian daripada kerajaan Malaysia.

Anwar berkata pemimpin politik yang dulu "riuh-rendah" berucap di perhimpunan menyokong Rohingya agar tidak berdiam diri.

"Saya harap orang lama pun cakap pasal ni... pemimpin pun janganlah berdiam diri.

"Dulu sanggup buat perhimpunan, gantung sepanduk bukan main riuh rendah satu stadium... sekarang semua senyap sebab rakyat tengah marah.

“Memang betul, politik ini kena ikut selera rakyat, tapi mesti pertahankan yang hak, dan ini soal kemanusiaan," katanya.




kena ada timeframe berapa lama rohingya akan duduk di sini.
UNHCR pun buat donno je dengan kerajaan myanmar.

rohingya di cox's bazaar pun dah start demand pendidikan, keselamatan, status pelarian, sistem kesihatan dan pekerjaan dari kerajaan bangladesh memandangkan dia pun tak tau bila boleh balik.
 
kena ada timeframe berapa lama rohingya akan duduk di sini.
UNHCR pun buat donno je dengan kerajaan myanmar.

rohingya di cox's bazaar pun dah start demand pendidikan, keselamatan, status pelarian, sistem kesihatan dan pekerjaan dari kerajaan bangladesh memandangkan dia pun tak tau bila boleh balik.

betul tn kopirait, Malaysia ni tempat sementara utk Rohingya sementara mereka dipindahkan ke tempat lain
sebab Rohingya status mereka akan selama lamanya pendatang sebab Malaysia tak sain Konvensyen 1951
 
Cuba letak diri di tempat pelarian, mufti gesa tolak sikap xenofobia

April 26, 2020 9:12 PM

Wan-Salim-Wan-Mohd-Noor-Abdul-Rahman-Osman-collage-260420-1.jpg

Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor (kiri) dan Mufti Pahang Abdul Rahman Osman.

PETALING JAYA: Dua orang mufti mengingatkan masyarakat Muslim di Malaysia bahawa Islam menghendaki penganutnya sentiasa bersimpati dan berkasih sayang antara satu sama lain.
Ini susulan serangan bertali arus yang mengkritik dan mengecam pelarian Rohingya dipercayai berpunca daripada satu berita palsu yang mendakwa etnik itu menuntut hak sama rata dan kerakyatan penuh di negara ini.

“Cubalah letakkan diri kita di tempat saudara kita yang terpaksa melarikan diri dari tanah air mereka seperti pelarian Rohingya ini,” kata Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor kepada FMT.
Katanya, umat Islam di Malaysia sentiasa dikurniakan nikmat keamanan dan keselamatan. Malah, ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) berjalan, tiada pihak yang ketinggalan dalam mendapatkan keperluan asas bagi kehidupan harian.



Atas sebab itu, beliau menyeru agar mereka berlembut hati terdahap nasib malang yang menimpa umat Islam di negara lain.

“Lebih-lebih lagi terhadap saudara seakidah yang ditindas dan dizalimi.”

Selepas presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) Zafar Ahmad Abdul Ghani menjadi mangsa kepada penyebaran berita palsu, rata-rata pengguna media sosial dilihat mula menggesa Putrajaya menghantar etnik itu pulang semula ke negara asal, iaitu Myanmar.

Bagaimanapun, Wan Salim berkata, tindakan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menolak bot yang membawa pelarian Rohingya adalah demi kedaulatan dan keselamatan negara.

“Cuma kita harapkan pihak kerajaan dapat bertindak secara waras dan berperi kemanusiaan dalam menangani isu pelarian Rohingya.

“Ini bagi mengelakkan tragedi kemanusiaan berlaku ke atas mereka,” katanya.

Sementara itu, Mufti Pahang Abdul Rahman Osman berkata, isu membabitkan komuniti Rohingya di negara ini sengaja diperbesar-besarkan oleh pihak tertentu yang berniat untuk melaga-lagakan komuniti itu dengan rakyat Malaysia.

Baginya, rakyat Malaysia secara tidak langsung perlu membantu komuniti Rohingya kerana mereka merupakan golongan yang secara jelas memerlukan bantuan, setelah terpaksa lari dari negara asal selepas mendapat ancaman.

“Pada bulan Ramadan ini, kita hentikanlah berbalah atau memburukkan antara satu sama lain dalam mana-mana media sosial. Berpuasa ini tujuannya adalah untuk membersihkan hati, serta perlu juga menahan lidah, mata dan telinga.

“Jika tidak, apa yang kita lakukan ini hanyalah semata-mata menahan lapar dan dahaga sahaja.

“Kenapa hendak besar-besarkan benda ini, sedangkan isunya tidak ada. Saya tidak nampak. Mungkin ada seorang atau 2 orang Rohingya ini yang mengeluarkan kenyataan tertentu, tetapi ia hanya dilakukan orang itu sahaja, bukan semua mereka.

“Dalam isu Rohingya, kita sebagai umat Islam sepatutnya balaslah kejahatan dengan kebaikan, seperti dalam hadis Rasulullah yang menyebut kita kena membantu orang yang dizalimi serta mencegah kezaliman,” katanya.

 
Stesen radio siar wawancara serangan NGO ke atas etnik Rohingya




April 26, 2020 10:45 PM

Halim-Ishak-bernama-radio-live-fb-260420-1.jpg

Pengasas dan pengerusi Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysian dalam wawancara dengan Bernama Radio pada Khamis. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Kecaman bertali arus terhadap pelarian Rohingya semakin memuncak selepas satu wawancara disiarkan oleh saluran radio Bernama menyifatkan etnik itu sebagai pengotor dan pembawa masalah.
Ini merupakan serangan terbaru terhadap golongan itu yang terpaksa melarikan diri daripada penganiayaan di Myanmar dengan menjadi pelarian di beberapa negara Asia Tenggara .

Dalam satu wawancara yang disiarkan di Facebook baru-baru ini, Halim Ishak, pengerusi Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) berkata, kerajaan Malaysia tidak perlu memainkan peranan dalam membantu golongan itu.

Menurutnya, pelarian Rohingnya bukanlah daripada kategori pelarian perang, tetapi merupakan pendatang tanpa izin.


“Kenapa mereka ada keistimewaan dibandingkan dengan (pelarian) yang lain?” soalnya.

Selain itu beliau berkata, terdapat petisyen yang akan diusulkan olehnya dan rakan-rakan untuk menghantar etnik itu ke negara ke-3 dan kem pelarian Cox Bazaar di Bangladesh.

“Ini kerana terlalu banyak rungutan dan perasaan marah daripada rakyat Malaysia,” katanya sambil menambah bahawa sebagai sebuah negara yang berdaulat Malaysia perlu mempertahankan keselamatan dan keamanannya.

Katanya, daripada pemerhatian beliau di pasar borong Selayang, etnik Rohingya mempunyai masalah kebersihan dan adab santun.

“Sebagai bekas komando, kita berjumpa dengan Orang Asli, mereka lebih baik daripada Rohingya,” katanya, selain menambah bahawa dalam jangka panjang, kehadiran orang Rohingya boleh membawa kepada “penjajahan” baru.

Halim berkata, beliau berasa marah dengan kenyataan yang dikaitkan dengan Zafar Ahmad Abdul Ghani, pengerusi Pertubuhan Hak Asasi Rohingya di Malaysia (Merhrom) yang dikatakan menuntut kewarganegaraan dan hak sama.


Zafar bagaimanapun dilaporkan menafikan beliau pernah membuat tuntutan seperti itu, tetapi memberitahu berita palsu itu sudah pun menimbulkan ancaman terhadapnya.
Halim berkata, “kesabaran rakyat Malaysia ada hadnya, dan kita tidak mahu mereka turun ke jalan raya”.

Beliau juga mencabar mereka yang mengkritik tentangan terhadap komuniti Rohingya sebagai kejam dan sepatutnya “mengambil “sebahagian daripada mereka dan menjaga mereka”.

Beliau turut mengkritik Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) dengan berkata, agensi itu tidak berkesan dalam menyelesaikan kemelut melibatkan pelarian.

“Saya tak nampak peranan UNHCR, kecuali keluarkan kad (UNHCR). Lepas tu, timbulkan masalah kepada penjawat awam, maksud saya penguat kuasa.”

Bernama Radio adalah stesen radio berita yang dikendalikan agensi berita nasional, Bernama.

Dalam pada itu, presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, tuduhan yang mengatakan etnik itu tidak beradab perlu diasaskan dengan bukti.

“Kalau tuduh tanpa bukti khusus, itu satu fitnah yang menganiayai orang yang dizalimi. Mereka datang bukan ada kemudahan, terpaksa melarikan diri.

“Nak tuduh Rohingya macam tu sangat tak bertanggungjawab dan tak adil,” katanya kepada FMT.

 
Jangan hanya harapkan Malaysia, semua negara Asean perlu bantu Rohingya

27 April 2020


MGF17092019_PHOTO-ESSAY-SEKOLAH-PELARIAN-ROHINGYA-AL-IKHLAS22.jpg

Gelagat seorang murid menunjukkan buku yang dipelajarinya semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sekolah Pelarian Rohingya Al-Ikhlas Selayang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 18 SEPTEMBER 2019

Oleh Dr Muzaffar Syah Mallow

KALANGAN negara–negara Pertubuhan Negara–Negara Asia Tenggara atau dalam bahasa Inggerisnya lebih dikenali sebagai Association of Southeast Asian Nations (Asean) tidak boleh lepas tangan dan mengharapkan Malaysia sepenuhnya untuk melakukan segala tugas menyelamat ke atas etnik Rohignya ini.


Semua negara Asean harus mengambil serius diatas isu etnik Rohingya ini serta berkerjasama membantu menghulurkan bantuan kepada etnik Rohingya berkenaan. Sampai bilakah Malaysia boleh menghulurkan bantuan sepenuhnya terhadap etnik Rohingnya ini?

Malaysia bukan lah sebuah negara yang kaya raya yang mampu menghulurkan segala jenis bantuan terhadap semua pihak yang memerlukan bantuan dalam dunia ini. Segala jenis bantuan yang diberikan oleh Malaysia mempunyai hadnya sendiri berdasarkan kemampuan semasa. Oleh yang demikian, adalah tidak wajar mengharapkan Malaysia sepenuhnya bagi membantu etnik Rohingya.

Pada masa yang sama, sudah sampai masanya juga pertubuhan Asean ini diperkuatkan lagi khususnya bagi melindungi hak asasi manusia dikalangan negara – negara anggota yang dilihat kian terhakis dengan krisis kemanusiaan terhadap penduduk etnik Rohingya di Myanmar yang tidak ada kesudahannya.

Isu kemanusiaan yang melibatkan penduduk etnik Rohingya menjadi semakin buruk dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh media massa mengenai segala bentuk kezaliman dan penindasan yang mereka terima daripada kerajaan mereka sendiri yang tidak mengiktiraf kewujudan mereka di negara Myanmar walaupun etnik berkenaan telah lama menetap di negara berkenaan ratusan tahun lamanya.

Akibat daripada isu kemanusiaan yang menimpa etnik Rohingya ini, mereka terpaksa melarikan diri dari negara mereka sendiri bagi mendapatkan perlindungan keselamatan ke negara – negara serantau termasuklah Malaysia. Isu ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan proaktif diambil oleh semua negara dunia khususnya dikalangan negara Asean yang merupakan jiran terdekat dengan Myanmar.

Asean sebagai sebuah pertubuhan yang mewakili negara – negara Asia Tenggara perlu memainkan peranan yang lebih aktif dan proaktif bagi melindungi hak asasi manusia penduduknya yang melebihi 625 juta secara keseluruhannya. 10 negara Asia Tenggara yang menjadi anggota tetap pertubuhan Asean tidak boleh menuding jari terhadap pertubuhan–pertubuhan antarabangsa yang lain seperti Pertubuhan Bangsa– Bangsa Bersatu (PBB) serta Pertubuhan Kerjasama Negara–Negara Islam (OIC) kerana gagal melindungi penduduk etnik Rohingya di Myanmar.

Ini kerana kumpulan etnik berkenaan berada dalam kawasan serantau negara Asean sendiri dan yang sepatutnya memainkan peranan utama dalam melindungi penduduk etnik berkenaan adalah pertubuhan Asean sendiri. Pada tahun 2007 yang lalu, negara– negara anggota Asean telah menandatangani Piagam Asean yang diantaranya termaktub prinsip untuk mempertahankan hak asasi manusia dikalangan negara–negara anggota.

Segala prinsip yang telah dipersetujui melalui Piagam Asean berkenaan perlu dizahirkan melalui perbuatan bukan setakat melalui janji atau kata–kata manis sahaja. Mengikut rekod pertubuhan hak asasi manusi antarabangsa, krisis kemanusiaan yang melibatkan penduduk etnik Rohingya telah berlaku buat sekian lama.

Ini jelas menunjukkan Asean sebagai sebuah pertubuhan serantau masih gagal untuk berfungsi dengan baik serta berperanan sebagai sebuah pertubuhan yang boleh melindungi penduduknya khususnya yang berkaitan dengan aspek hak asasi manusia.

Pertubuhan Asean juga mempunyai suruhanjaya hak asasi manusianya sendiri iaitu Suruhanjaya Antara Kerajaan Aseab Mengenai Hak Asasi Manusia atau dalam bahasa Inggerisnya lebih dikenali sebagai Asean Intergovernmental Commission on Human Rights (AICHR) yang telah ditubuhkan semenjak tahun 2009 yang lalu khusus bagi mempromosikan serta mempertahankan isu yang berkaitan dengan hak asasi manusia dikalangan negara serantau Asean.

Namun penubuhannya sering dipertikaikan oleh ramai pihak kerana ia tidak mempunyai kekuatan sebenar (toothless) khusus bagi menjalankan segala tugas yang berkaitan dengan objektif penubuhannya.
Oleh yang demikian, sudah sampai masanya pertubuhan Asean kuhususnya AICHR melihat kembali segala fungsi dan peranan mereka serta mengubal piagam dan perjanjian sedia ada bagi meningkatkan keupayaan pertubuhan terbabit bagi melindungi serta mempertahankan prinsip hak asasi manusia dikalangan warga negara–negara Asia Tenggara.


Photo_Muzaffar-Syah-Mallow-6.jpg


Muzaffar Syah Mallow
— PENULIS merupakan Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah & Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)


 


Sape la yg rajin buat fitnah...


Tgk dia dalam video ni, kesian mmg nampak kesian... Tapi takut perkara yang sama terjadi lagi...mula2 buat muka kesian...lama2 nanti, hmmmm..... kemungkinan 13mei pn boleh berlaku lagi...tp kali ni dgn rohingya ...

Tapi wallahualam lah...aku taknak komen banyak...
 
the only word in english in every english dictionery refer to malay origin. keyword killing spree. those bastard never know anything only swearing words in malay. rohingya will never learn and respect our cores value or "intipati".

amok
Running amok, sometimes referred to as simply amok (also spelled amuck or amuk, from the Malay meaning "mad with uncontrollable rage" is a term for a killing spree perpetrated by an individual out of rage or resentment over perceived mistreatment.
 


Ada logik nya jgk dah cakap yb adun kuah langkawi ni dah 3, 4 kali benda ni terjadi kat langkawi, siap ada pangkalan tldm bagai tetiba bot kayu senang2 ja masuk. Tak tolak kemungkinan ada tali barut pengkhianat.
 
Exactly !!!
***********
Soldadu-soldadu Red Bean Army (RBA) memang licik memanipulasi isu-isu semasa yang panas dalam kempen perang saraf mereka.

Tanpa disedari, ramai rakyat khususnya orang Melayu yang beragama Islam terjebak dalam permainan kotor mereka yang sebenarnya bertujuan melemahkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ketika ini, RBA sedang mengambil kesempatan untuk menjadikan isu pelarian Rohingya yang beragama Islam untuk kepentingan politik tuan besar mereka.

Perlu diingatkan, kerajaan PN telah melakukan tindakan yang tepat apabila tidak membenarkan bot pelarian Rohingya mendarat ketika negara sedang berdepan situasi pandemik COVID-19.

Kerajaan PN yang prihatin terhadap kebajikan dan keselamatan rakyat perlu mengambil tindakan tersebut agar penularan wabak itu dapat dikekang.

Pada mulanya, Pakatan Harapan (PH) cuba bersikap populis dengan mengecam tindakan kerajaan PN yang dikatakan tidak berperikemanusiaan.

Malangnya, usaha mereka gagal apabila rakyat berdiri teguh mempertahankan ketegasan kerajaan PN yang diterajui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Setelah melihat sentimen rakyat itu, RBA mengubah strategi mereka dengan menggunakan percikan-percikan api kecil untuk membakar kemarahan rakyat terutamanya orang Melayu yang beragama Islam.

Maka, muncullah kisah-kisah terpencil tentang perangai buruk pelarian Rohingya di negara ini yang seterusnya diperbesar-besarkan dan ditularkan dalam media sosial termasuk Facebook.

Kisah-kisah tersebut dijadikan modal RBA untuk menghasut rakyat membenci pelarian Rohingya yang dikatakan pengotor, tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah, samseng dan besar kepala.

Ada juga yang mengeluarkan hujah-hujah bagi mewajarkan kezaliman pemerintah junta Myanmar yang menyembelih kaum Rohingya di Arakan.

Presiden MERHROM Zafar Ahmad Abdul Ghani Nafi 5 Tuduhan Palsu

Kata mereka, kaum Rohingya memang patut dilayan sebegitu rupa disebabkan oleh kedegilan mereka tidak mahu berasimilasi dengan kaum majoriti di Myanmar.

Naratifnya lebih kurang sama seperti alasan yang digunakan oleh Zionis Israel bagi mewajarkan tindakan membantai rakyat Palestin sejak 1948 hingga kini.

Malah, soldadu-soldadu RBA mendakwa kononnya keadaan di Arakan kini selamat dan pelarian Rohingya sepatutnya pulang ke tempat asal mereka.

Kemudian, timbul tempikan barbaur kata-kata lucah dan kesat bagi menegaskan pendirian mengusir pelarian-pelarian Rohingya yang dikatakan sudah bersikap seperti kaduk naik junjung.

Tidak cukup dengan itu, akaun-akaun Facebook yang kononnya dimiliki oleh orang Rohingya diwujudkan bagi menyemarakkan api kemarahan netizen yang semakin menggila setelah membaca kenyataan-kenyataan berunsur penghinaan terhadap orang Melayu walaupun tidak dapat ditentukan kesahihannya.

Kata seorang sahabat, orang asing tidak pandai menggunakan bahasa Melayu ringkas dalam media sosial.

Gambar-gambar lama pemimpin masyarakat Rohingya, Zafar Ahmad Abdul Ghani bersama pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS turut ditularkan semula bagi mewujudkan persepsi kononnya dua parti yang kini bersama kerajaan PN itu bersimpati dengan pelarian Rohingya.

Walau bagaimanapun, taktik itu memakan tuan kerana banyak juga gambar-gambar bersama pemimpin-pemimpin PH termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri yang dirakamkan oleh Zafar.

Zafar Ahmad Nafi Kata 'Melayu Bodoh' Dalam Media Sosial

RBA masih tidak berputus asa dan mereka mengorek semula kenyataan-kenyataan lama pemimpin UMNO dan PAS yang bersimpati dengan Rohingya ketika bumi Arakan bermandi darah akibat kekejaman tentera junta Myanmar dan golongan ekstremis Buddha beberapa tahun lalu.

Perkembangan terbaharu ini mula menampakkan niat sebenar RBA yang cuba memanipulasi orang Melayu yang sebahagian besarnya bersimpati dengan nasib kaum Rohingya yang lari daripada kezaliman di tanah air sendiri.

Segelintir orang Melayu yang terpengaruh dengan sentimen kebencian yang dihasut oleh RBA mula mendesak kerajaan PN untuk mengusir pelarian Rohingya dari negara ini.

Pada masa yang sama, pemimpin-pemimpin PH cuba menonjolkan diri sebagai pembela kaum Rohingya.

Desakan yang didalangi RBA itu meletakkan kerajaan PN dalam situasi 'ditelan mati anak, diluah mati bapa'.

Sekiranya kerajaan PN tidak melayan desakan tersebut, RBA akan mencucuk jarum halus dengan menghasut rakyat untuk membenci kerajaan yang kononnya lebih mementingkan pendatang asing berbanding rakyat sendiri.

Sebaliknya, jika desakan itu dilayan, Malaysia pasti berdepan kecaman dan tindakan daripada masyarakat antarabangsa.

RBA akan memanipulasi isu ini sebagai salah satu modal mereka untuk memburuk-burukkan kerajaan PN dan ia dijangka berterusan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15.

Tiada Kesalahan Jenayah Dilakukan Fuziah - Ngeh Koo Ham

Mereka telah menggunakan strategi yang sama untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dengan memanipulasi isu 1MDB yang banyak ditokok tambah dengan maklumat palsu dan fitnah bagi membangkitkan kemarahan rakyat.

Kini, RBA mengulangi modus operandi yang sama dengan menyamar sebagai orang Melayu dalam media sosial bagi mencetuskan kebencian terhadap kerajaan PN dengan berselindung di sebalik gerakan anti-Rohingya.

Sesiapa sahaja yang menegur netizen yang bersikap agak keterlaluan atau bersimpati dengan nasib orang Rohingya pasti dihambur dengan kata-kata lucah dan kesat malah ada yang menjadi mangsa buli siber.

PKR Nafi Tawar Ganjaran Hentam Kerajaan, Soldadu Amatur RBA Gigit Jari

Situasi ini saling tak tumpah seperti apa yang berlaku mulai 2008 hingga 2018 di mana sesiapa sahaja yang mempertahankan BN pasti menerima akibat yang serupa.

Rakyat Malaysia yang berfikiran rasional masih tidak terpedaya dengan propaganda jahat yang dicetuskan RBA untuk memburuk-burukkan kerajaan PN.

Mereka yakin dengan keupayaan pihak berkuasa untuk bertindak mengikut lunas undang-undang bagi menangani segelintir pelarian Rohingya yang berdegil enggan mematuhi PKP.

Mereka tidak akan terpengaruh dengan gambar-gambar palsu kononnya lelaki Rohingya telah dibelasah yang sengaja disebarkan RBA bagi menghasut rakyat mengambil tindakan sendiri.

Mereka juga tidak akan terpedaya dengan taktik licik RBA cuba mengalih perhatian rakyat daripada isu MyKad palsu melibatkan warga asing termasuk pendatang dari China.

Kepada soldadu-soldadu RBA, cukup-cukuplah menipu rakyat dengan cerita-cerita mengarut semata-mata untuk mengembalikan kuasa pemerintahan kepada rejim PH yang ditendang rakyat setelah hanya 22 bulan berkuasa.

Jangan Sekadar Baca Tajuk.

PAKATAN HARAPAN PERIKATAN NASIONAL RED BEAN ARMY ROHINGYA

Ulasan

Hussaini Amran26 April 2020 12:57

Catatan

Presiden MERHROM Zafar Ahmad Abdul Ghani Nafi 5 Tuduhan Palsu
Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (MERHROM), Zafar Ahmad Abdul Ghani menafikan lima tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau dalam media sosial.

Kenyataan penuh beliau adalah seperti berikut:

Saya, Zafar Ahmad bin Abdul Ghani, Presiden Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organization Malaysia (MERHROM) dengan ini ingin menafikan segala tuduhan yang dilemparkan ke atas saya di media sosial.

Berikut adalah antara tuduhan palsu yang telah dilemparkan ke atas saya:

i.mengatakan orang Melayu bodoh
ii.menuntut hak sama rata dengan rakyat Malaysia
iii.menuntut hak kerakyatan penuh untuk pelarian Rohingya
iv.melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
v. mempertikaikan tindakan penguat kuasa Malaysia menolak bot daripada mendarat

Akibat daripada tuduhan palsu tersebut saya telah menerima pelbagai kecaman dan ugutan termasuk ugutan bunuh melalui telefon, WhatsApp dan Facebook saya.
 
Back
Top
Log in Register