BTC USD 81,913.8 Gold USD 4,140.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rohingya semakin besar kepala

SEOLAH ASAP PALSU YANG MENGELIRUKAN KITA DALAM ISU MUSLIM ROHINGYA.

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor

Tanahair ini sentiasa membahang panas dengan pelbagai isu yang menunjal-nunjal nurani kita. Seolah hilang keberkatan dan kemuliaan Ramadhan dilaman jiwa sebahagian umat Islam dinegara ini apabila isu pelarian Rohingya meledak sehingga membakar erti persaudaraan Islam. Segala bahan lama medsos dikitar semula bagi merencah api kebencian kepada pelarian Rohingya, bertimbun konotasi negatif dibalut pada kelompok pelarian ini . Pengotor, pemalas, kaduk naik junjung, pembelit, penipu dan seribu gelaran jelik sehingga kita terlupa sedang memasuki bulan rahmat dan bulan pengampunan.

Segalanya berakar daripada radius kurang daripada lima kilometer daripada pasar borong Selayang, pusat tumpuan masyarakat Myanmar meraih rezeki dan dikatakan bersikap " besar kepala" . Bersambung dengan apa yang diviralkan tuntutan rakyat Rohingya untuk mendapatkan hak dinegara "semenanjung emas " maka sebahagian kita seolah hilang kewarasan. Bahkan tanpa pemerincian , siapa sahaja terkait dengan Mynmar dikira sebagai Rohingya, bergentayangan maklumat salah dan separuh benar yang ditelan oleh masyafakat kita. Seorang pegawai tinggi tentera kelmarin menafikan bahawa dia menulis naratif sejarah etnik Rohingya yang menyatakan bangsa ini berasal daripada Bangladesh dan terusir kerana kebobrokan nilai dan sikap.

Ironisnya, kerajaan Islam Arakan atau pemetaan geografi dizaman kontemporari ini dikenali sebagai Rakhine State adalah asalnya sebuah kerajaan Islam yang berdaulat dizaman dahulu. Arakan daripada perkataan arkan ,arkanu atau rukun adalah merujuk kepada rukun Islam. Pada tahun 1913, kerajaan Islam Arakan pernah menghantar bantuan kewangan kepada khilafah Uthmaniah yang sedang berperang di Balkan. Kelicikan British memasukkan wilayah ini kedalam Burma sehinggalah Burma yang dimerdekakan pada tahun 1948. Bermulalah pemencilan kepada muslim Rohingya di Arakan dengan sejarah penindasan yang lebih daripada tujuh dekad.

Penghapusan etnik Rohingya berjalan dengan sistematik , bangsa ini dibodohkan dengan cara dinafikan hak untuk mendapat pendidikan . Mereka hanya meminta hak mereka sebagai manusia ,bahkan mereka hilang hak sebagai warganegara Mynmar. Jutaan etnik Rohingya melarikan diri termasuk ke Malaysia yang dipercayai mereka saudara muslim mereka. Hampir dua juta berkampong di wilayah Cox Bazaar di bangladesh. Mendiami kawasan padat dan kotor di Kem Khutuphalong, thangkhali,Bhakupali, Teknaf dan sekitarnya.

Nasib mereka kurang baik kerana berjiran dengan negara miskin Bangladesh dengan populasi lebih 160 juta penduduk. Dinegara miskin itulah nasib tuah badan mereka menumpang, ada yang mengambil risiko menaiki bot untuk melarikan diri ke negara lain akhirnya berbulan dilambung samudera Laut Andaman. Kematian mengintai mereka sehingga ada kalangan kita dengan mudah melayangkan amarah " elok sangat Rohingya mati dibunuh tentera Mynmar, bagus mereka mati sahaja kelaparan ditengah lautan" dan pelbagai lagi bahasa kecaman bersalut api kebencian. Saya terlibat secara langsung dilapangan operasinal membantu muslim tertindas ini bersama NGO Muslim care Malaysia, pernah ke Mynmar, Bangladesh, Acheh Utara menyantuni mereka dan sejujurnya inilah pelarian paling malang dalam sejarah dunia!.

Saya mengesyaki ada sesuatu yang cuba dipesongkan perhatian kita semua dalam isu Muslim rohingya ini. Dalam tirai yang berlapis-lapis, rakyat seolah tidak menyedari apabila isu kerakyatan mula timbul pada apungan apabila orang kuat Jabatan Pendaftran Negara ditahan pihak keselamatan kerana sindiket menjual kad pengenalan.

Ironinya pula , semasa medsos menggelegak dengan ribuan warga Tanah besar China tidak keluar daripada Malaysia, seolah rakyat dipalingkan agar terlupa pada pangkal isu yang sebenar. Asap palsu mula direkayasa , rakyat tidak lagi bercakap isu lambakan pelancong asing yang tidak muncul setelah tamat tempoh visa. Puluhan ribu pelancong daripada Tanah Besar China 'menghilang' dengan visa sementara mereka. Rakyat sepatutnya wajar untuk bertanya dan perlu tahu apa yang terjadi kepada warga asing ini, apatah lagi permohonan menjadi warga negara Malaysia meningkat dengan mendadak dizaman kerajaan PH dalam tempoh 22 bulan. Jangan kita lupa ,dizaman kerajaan PH pula mengumumkan 22 billion ringgit nilai rumah mewah tidak terjual dan alan dibuka belian kepada warga asing. Ini semua menimbulkan kesangsian rakyat terutama warga Bumiputera yang sebahagian masih lagi berada dalam lingkaran ganas kemiskinan. Kluster kayangan warga asing ini masuk dengan berkepuk wang tidak sebagaimana etnik Rohingya yang papa dan tanpa pendidikan asas.

Rakyat wajar merasa bimbang dengan Teori konspirasi bidak catur musuh Islam untuk membawa masuk bangsa- bangsa luar demi mengucar-kacirkan sosiobudaya negara ini yang dilihat mempunyai peranan dalam komuniti dunia Islam. Dunia Islam tidak lagi memandang negara Arab sebagai sumber rujukan politik dan kebaikan. Negara bukan Arab seperti Turki dan Malaysia diintai sebagai kuasa semak dan imbang dalam komuniti Islam antarabangsa. Malangnya bacaan sosio politik kita amat lemah dan mudah terpancing dengan emosi sehingga menghujam semahunya saudara Islam kita. Saya tidak menafikan etnik ini juga mempunyai tampang negatif dan sisi gelapnya ,namun berpada-padalah kita dalam menghukum . RBA memancing kita agar saling bermusuhan dan membenci sesama muslim sehingga melupakan isu pokok yang sebenar.

Di wilayah Asia Tenggara ini, hanya negara Malaysia, Indonesia dan Brunei sahaja mempunyai majoriti umat Islam, kaum peribumi masih teguh memegang akidah Islam walau digoda untuk murtad. Tanah Jawi ini sepanjang sejarahnya diidamkan oleh bangsa-bangsa asing , kerajaan mestilah tegas dalam isu lambakan warga asing,mengadakan pemutihan kewarganegaraan serta menghukum pengkhianat negara yang terlibat dengan isu sindiket penjualan kad pengenalan sehingga nilainya ratusan ribu ringgit. Ubatlah sebelum negara ini berantakan !.

( Penulis ialah Aktivis bantuan Kemanusiaan Muslim Care Malaysia, Pengerusi LESTARI)
 
Malaysia Perlu Lebih Tegas Isu Pelarian Rohingya

25.04.2020 - Kuala Terengganu, Malaysia perlu mempunyai pendirian yang tegas untuk tidak lagi menerima mana-mana pelarian yang masuk ke negara ini kerana ia merupakan masalah rentas sempadan dan mengancam keselamatan serantau.

Exco Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, masalah yang dihadapi Malaysia berkenaan pelarian etnik Rohingya adalah sama seperti isu pelarian Vietnam yang pernah melanda negara sehingga menjadi isu global bermula dari tahun 1975 hingga 1991.

Menurutnya, ia bermula dengan keruntuhan kerajaan demokratik Vietnam Selatan kepada kerajaan Komunis Vietnam Utara pada tahun 1975 yang mengakibatkan ketidakstabilan politik lalu menyebabkan ramai rakyat Vietnam menjadi pelarian 'boat people'.

"Negara sekitar Vietnam telah menjadi destinasi pilihan pelarian ini, khususnya Malaysia kerana jarak perjalanan yang tidak terlalu jauh. Berdasarkan laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), seramai 252,390 orang pelarian Vietnam pernah berada di Malaysia.

"Atas dasar kemanusiaan, kerajaan Malaysia dengan baik hati telah menempatkan pelarian ini di Pulau Bidong, Terengganu sejak tahun 1978.

"Bagaimanapun, disebabkan layanan Malaysia yang terlalu baik di samping kestabilan politik negara terjamin, pelarian ini mula mogok dan melakukan demonstrasi apabila PBB membuat keputusan mengeluarkan mereka dari Pulau Bidong untuk dihantar ke negara ketiga," katanya kepada Sinar Harian.

Apa yang dibimbangi katanya, sudah ada pemimpin dari kalangan Rohingya pada hari ini berani meletakkan pelbagai tuntutan yang jelas mengancam kedaulatan negara.

Najmil berkata, kerajaan perlu sedar betapa besarnya impak kemasukan pelarian ini kepada negara di mana ia akan menjejaskan kedaulatan serta keselamatan Malaysia sendiri.

"Proses penghantaran semula pelarian perlu dipercepatkan kerana semakin lama mereka tinggal di sini, mereka akan berasa makin selesa.

"Pemantauan dan penguatkuasaan perlu dilakukan dengan lebih tegas untuk memastikan pelarian tidak menguasai sumber ekonomi lalu merampas peluang ekonomi rakyat tempatan. Jangan sampai bumi dipijak milik orang," katanya.

692368.jpg


Berita asal https://www.sinarharian.com.my/arti...aysia-perlu-lebih-tegas-isu-pelarian-Rohingya
 
FB_IMG_1587917127461.jpg

​
Apa yang cuba saya sampaikan adalah setiap Negara mempunyai sistem perundangan yang perlu dipatuhi.

Saya faham ini bumi Allah SWT tapi setiap Negara mempunyai pemerintah dan sistem perundangannya yang tersendiri.

Mematuhi undang-undang Negara termasuk dalam pengertian mentaati pemerintah.

Allah berfirman (maksudnya);

“Wahai orang-orang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” dari kalangan kamu” (an-Nisa’, ayat 59).

Ulil-Amri dalam ayat di atas bermaksud orang-orang yang bertanggungjawab mengurus urusan kaum muslimin. Mereka merangkumi ulamak dan pemerintah. Ulamak bertanggungjawab tentang urusan agama dan pemerintah (umara’) pula bertanggungjawab tentang urusan duniawi dan maslahah hidup rakyat. (Tafsir Ibnu Kathir)

Dalam kes Rohingya, pemerintah Malaysia tidak menandatangani apa-apa konvensyen berkaitan pelarian (Konvensyen 1951 dan Protokol 1967. Di sisi undang-undang Malaysia pelarian ditakrifkan sebagai pendatang haram tanpa izin.

Namun pemerintah Malaysia tidak kejam, kita menerima warga Rohingya sementara waktu sehingga adanya penempatan baru bagi mereka atau ada Negara ketiga yang menerima mereka.

Anda harus faham dalam kes Rohingya PBB dan OIC telah pun menyediakan penempatan baru untuk mereka iatu Pulau Bashan Char dengan segala keperluan dan kelengkapan.

Malaysia harus menfokuskan kepada rakyatnya sendiri dimana masih ramai diantara rakyat Malaysia yang nasibnya tidak terbela.

Bangsa Rohingya harus menerima perkara ini, sudah tiba masanya anda keluar dari Malaysia ke kawasan penempatan baharu tersebut.

Usah bicara tentang Islam kalau anda sendiri tidak tahu bersyukur dengan pelbagai usaha yang dibuat oleh OIC dan PBB.

Anda menyusahkan rakyat Malaysia apakah hukum bagi perkara tersebut???

Anda ingkar pemerintahan Malaysia apakah hukum bagi perkara tersebut???

Kenapa rakyat syria dan palestine boleh datang berlindung sekejap dan kemudian pulang ke Negara mereka, adalah lebih teruk kerana tiada penempatan untuk mereka.

Satu soalan saya ajukan, kalau anda memiliki rumah. Saya datang menumpang atau berteduh sementara. Kemudian saya terus jadikan rumah anda sebagai rumah saya, apakah hukum bagi perkara tersebut?????

#Negarainiadatuan
#Tanahinitanahmelayu

Bani Tanah Melayu
 
PENAFIAN : JAKIM Tidak Terlibat Dalam Pengiktirafan atau Kelulusan Majlis Ulama Rohingya

Berikutan pertanyaan awam terhadap surat tular daripada Majlis Ulama Rohingya yang tertera nombor rujukan fail JAKIM pada kepala surat tersebut. JAKIM dengan ini MENAFIKAN terlibat dalam memberi sebarang pengiktirafan terhadap pertubuhan tersebut. Malah JAKIM sama sekali tidak terlibat dalam kelulusan pendaftaran NGO kerana kuasa tersebut terletak di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) seperti termaktub dalam Akta Pertubuhan 1966.

- Unit Komunikasi Korporat JAKIM

JAKIM
 
PENAFIAN : JAKIM Tidak Terlibat Dalam Pengiktirafan atau Kelulusan Majlis Ulama Rohingya

Berikutan pertanyaan awam terhadap surat tular daripada Majlis Ulama Rohingya yang tertera nombor rujukan fail JAKIM pada kepala surat tersebut. JAKIM dengan ini MENAFIKAN terlibat dalam memberi sebarang pengiktirafan terhadap pertubuhan tersebut. Malah JAKIM sama sekali tidak terlibat dalam kelulusan pendaftaran NGO kerana kuasa tersebut terletak di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) seperti termaktub dalam Akta Pertubuhan 1966.

- Unit Komunikasi Korporat JAKIM

JAKIM

Memang rohingya ni.
 
PENAFIAN : JAKIM Tidak Terlibat Dalam Pengiktirafan atau Kelulusan Majlis Ulama Rohingya

Berikutan pertanyaan awam terhadap surat tular daripada Majlis Ulama Rohingya yang tertera nombor rujukan fail JAKIM pada kepala surat tersebut. JAKIM dengan ini MENAFIKAN terlibat dalam memberi sebarang pengiktirafan terhadap pertubuhan tersebut. Malah JAKIM sama sekali tidak terlibat dalam kelulusan pendaftaran NGO kerana kuasa tersebut terletak di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) seperti termaktub dalam Akta Pertubuhan 1966.

- Unit Komunikasi Korporat JAKIM

JAKIM

Wahh sanggup buat mcm ni!!
 
Aku pernah jumpa muslim duduk di yangoon myanmar. Elok aje bercampur dgn myanmar lain. Nama dia Amin. Tp muka mmg x mcm rohingya ni.

tn juhan, berikut ni ada kaitan dengan yg tuan sebut :)






Jom kita tengok sikit tentang masyarakat Melayu di selatan Myanmar.
Siapa mereka?
Wilayah mereka dulu dipanggil Tanah Sari atau Tenang Sari ketika era Kedah Tua. Sekarang dimasukkan dalam wilayah Myanmar.

Cuba tengok mereka hidup aman damai tak ada masalah pun dengan orang Myanmar . Tidak dizalimi dan tidak ditindas.

Kerana apa?
Kerana mereka tak sombong dan angkuh, mereka tak timbulkan masalah, mereka taat kepada pemerintah di sana.

Dah adat Melayu di mana saja berada adat dan adap tetap dijaga .

Di mana bumi dipijak di situ langit di junjung .
Maka di mana pun orang Melayu berada tetaplah mereka dihormati dan boleh hidup aman damai .





 
Menurut presiden PKR itu, kerajaan boleh menyediakan tempat terkawal untuk menempatkan pelarian terbabit untuk sementara sebelum dihantar ke negara ketiga.



Kita sokong bantu Rohingya atas prinsip, kata Anwar
Diterbitkan 26 Apr 2020, 8:03 pm

Dikemaskini 26 Apr 2020, 8:03 pm



Anwar Ibrahim berkata nasib yang menimpa pelarian Rohingya adalah lebih kurang sama dengan apa yang menimpa penduduk Palestin di Asia Barat.

Menurut presiden PKR itu sokongan yang diberikan kepada pelarian Rohingya adalah sama dengan prinsip yang digunakan ke atas penduduk Palestin yang dizalimi Zionis.

“Mengapa kita sokong Palestin? Kerana rakyatnya dibunuh, dizalimi, diambil tanah. Jadi kita sokong Rohingya juga atas prinsip yang sama.

“Adakah itu bermakna kita tak jaga rakyat kita? Tidak," katanya menerusi video Tazkirah Nuril Anwar yang dipaparkan di media sosial hari ini.

Anwar juga menegaskan, sokongan dan bantuan yang patut diberikan bukan bermakna memberikan kewarganegaraan kepada pelarian terbabit.

Sebaliknya kata beliau, bantuan tersebut adalah dari segi kemanusiaan dan bersifat sementara di negara ini.

Untuk membolehkan ia dibuat, Anwar menjelaskan, kerajaan boleh menyediakan satu kawasan khas yang dikawal untuk menempatkan pelarian terbabit sementara menunggu mereka dihantar ke negara ketiga.

Ada membela, ada membenci

“Saya kata (cadangkan) buat kawasan sempadan bagi mereka duduk sehingga kita dan pada masa sama kita mendesak (kerajaan Myanmar) dari segi politik dan negara.

“Mana boleh Myanmar buang orang begitu sahaja dan kita kena tanggung,” katanya.

Isu Rohingya menarik perhatian ramai terutama dalam kalangan pengguna media sosial sejak beberapa hari lalu selepas pihak berkuasa mematahkan cubaan sebuah bot membawa pelarian Rohingya memasuki negara ini pada 16 April lalu.

Bot tersebut membawa kira-kira 200 orang Rohingya yang mahu memasuki Malaysia menerusi perairan Langkawi.

Mereka kemudian diarah meninggalkan perairan negara.



Kejadian itu mencetuskan polemik hangat di media sosial dengan orang ramai terbahagi kepada beberapa kumpulan, seperti menyokong agar mereka dibantu dari segi kemanusiaan dan satu lagi menganggap pelarian terbabit hanya membawa masalah kepada negara.



8c4352ac458faa7cf30adf5bbe82e9ad.jpg



Ia juga mengingatkan orang ramai kepada himpunan solidariti kerajaan BN kepada masyarakat Rohingya yang diadakan di Tasik Titiwangsa pada 2016 lalu.

Himpunan itu menghimpunkan pemimpin kanan Umno dan PAS di satu pentas ketika kedua-dua parti belum mengadakan kerjasama secara rasmi. Untuk rekod, Umno dan PAS kini sebahagian daripada kerajaan Malaysia.

Anwar berkata pemimpin politik yang dulu "riuh-rendah" berucap di perhimpunan menyokong Rohingya agar tidak berdiam diri.

"Saya harap orang lama pun cakap pasal ni... pemimpin pun janganlah berdiam diri.

"Dulu sanggup buat perhimpunan, gantung sepanduk bukan main riuh rendah satu stadium... sekarang semua senyap sebab rakyat tengah marah.

“Memang betul, politik ini kena ikut selera rakyat, tapi mesti pertahankan yang hak, dan ini soal kemanusiaan," katanya.


 
Back
Top
Log in Register