BTC USD 81,293.3 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rohingya semakin besar kepala

12592729_919476578171710_5529690766448404584_n.jpg

KANUN, Parti Amanah Negara
7 jam

KENYATAAN MEDIA
BIRO UNDANG-UNDANG (KANUN)
PARTI AMANAH NEGARA

ISU ROHINGYA - KERAJAAN PERLU TETAPKAN DASAR SEGERA

1. KANUN melihat isu Rohingya adalah isu negara yang perlu menjadi perhatian segera kerajaan. Isu ini kembali hangat semula berikutan langkah Majlis Keselamatan Negara telah mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur - Selayang sehingga timbul isu ada beberapa keluarga Rohingya yang tidak diberikan bantuan makanan oleh kerajaan. Isu Rohingya bukanlah isu yang baharu. Malah, pada tahun 2016 sewaktu berlaku krisis Rohingya di Myanmar ramai pihak yang telah memberikan perhatian khusus kepada isu ini.

2. Pada akhir tahun 2016 itu, mantan Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak bersama-sama Presiden PAS Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang telah membuat satu perhimpunan khas di Kuala Lumpur untuk menyatakan solidariti bersama-sama kaum Rohingya. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga telah mengumumkan langkah-langkah untuk membantu kaum Rohingya dengan kerjasama negara OIC yang lain. Selain itu, beberapa sesi solat hajat juga telah dilakukan bagi kesejahteraan kaum Rohingya termasuk doa khas yang dibacakan oleh Menteri Hal-Ehwal Agama sekarang.

3. Isu Rohingya adalah isu kemanusiaan yang perlu ditangani menurut undang-undang Malaysia dan antarabangsa termasuk oleh ASEAN. Kaum Rohingya telah menghadapi kekejaman di negara mereka sendiri dan dihalau daripada kampung halaman mereka sehingga menyebabkan mereka menjadi pelarian ke beberapa buah negara termasuk Malaysia. Ada masyarakat Rohingya di Malaysia yang telah mendapat status pelarian oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan ada yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia.

4. Selain kaum Rohingya, ada juga pendatang asing lain dari Myanmar yang bukannya berstatus pelarian dan hanya datang ke Malaysia bagi mencari pekerjaan. Ada yang masuk melalui saluran yang sah dan ada yang masuk melalui saluran yang haram. Oleh itu, status pelarian Rohingya dan pendatang asing Myanmar memerlukan tindakan yang berbeza.

5. Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan menegaskan tiada seorang pun tanpa mengira sama ada orang itu warganegara atau tidak boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya tanpa menurut undang-undang. Perkara 6 Perlembagaan Persekutuan pula menyatakan tiada seorang pun boleh ditahan sebagai hamba abdi.

6. Justeru, KANUN menuntut kerajaan untuk segera menetapkan dasar terhadap pelarian Rohingya ini sama ada ingin meneruskan cadangan mantan Timbalan Perdana Menteri dahulu atau pun mengambil tindakan untuk mengusir keluar pelarian Rohingya ini. KANUN tidak mahu isu Rohingya ini berada di awang-awangan isu politik sahaja tanpa langkah konkrit diambil sehingga menyebabkan ada pihak yang meraih keuntungan dan menindas pelarian Rohingya.

7. KANUN berpandangan jika isu Rohingya ini tidak ditangani dengan segera ianya akan merebak menjadi isu fasis dan perkauman yang boleh mendatangkan mudarat dan akan mengganggu ketenteraman awam. Sebarang dasar yang dibuat terhadap isu Rohingya ini perlu mengambil kira aspek perundangan berkaitan imigresen, pekerjaan, kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa.

Dr. Zulqarnain Lukman
Pengerusi KANUN (Biro Undang-Undang)
Parti Amanah Negara
26 April 2020

1587887576100.png

SINGKIRKAN MYANMAR DARI ASEAN, MALAYSIA PERLU WUJUDKAN KEM KHAS PELARIAN

Tindakan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) menghalau bot yang membawa 200 orang pelarian Rohingya keluar dari perairan negara minggu lalu adalah satu tragedi kemanusian yang tidak dapat dielakkan.

Namun negara ini tiada pilihan berbanding para pelarian yang dihalau. Pelarian ini memilih untuk membayar ‘lanun’ pemerdagangan manusia untuk datang ke negara ini kerana melihat peluang mereka mendapat kehidupan lebih baik.

Mereka mempunyai kem pelarian yang dijamin keselamatan, tempat tinggal dan makanan di sempadan Myanmar-Bangladesh.

Namun mereka memilih untuk datang sejauh ribuan kilometer bagi merebut kek ekonomi negara ini.

Jadi mereka bukan lagi pelarian kemanusiaan dari kekejaman Junta Myanmar, tetapi lebih kepada pendatang tanpa izin yang mahu mencari peluang ekonomi di negara ini.

Malaysia sedang diancam pandemik Covid-19 tidak lagi mampu menampung kehadiran pelarian ekonomi ini. Thailand mengambil langkah serupa menolak pendaratan kumpulan pelarian Rohingya.
Kita simpati kepada nasib mereka, namun kerajaan juga perlu bersimpati dengan rakyat negara ini.

Strategi baharu ke atas isu Rohingya

Masalah pelarian di negara ini telah memasuki tahap membimbangkan.

Pada akhir Februari 2020, terdapat 178,990 pelarian yang berada di negara ini dan berdaftar dengan UNHCR bagi mendapatkan perlindungan dan penempatan ke negara lain.

Daripada jumlah tersebut, 154,080 adalah dari Myanmar yang merangkumi 101,010 Rohingya, 22,810 etnik Chin, and 30,250 lain-lain etnik. Dengan kata lain, sebahagian besar masalah pelarian di negara ini berpunca daripada Myanmar.

154, 080 orang pelarian Myanmar ini dilindungi oleh UNCHR Malaysia dan mendapat wang sara diri.

Namun ramai antara mereka telah bekerja secara haram, menjadi peminta sedekah dan mempunyai anak-anak yang tidak bersekolah. Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kita boleh melihat begitu ramai peminta sedekah yang terdiri daripada pelarian Rohingya.

Kewujudan jumlah pelarian Rohingya yang terlalu besar telah memberi kesan negatif kepada keadaan negara ini.

Mereka mewujudkan budaya sendiri, puak tersendiri dan cara hidup tersendiri yang tidak seiring dengan budaya penduduk tempatan. Dalam jangka masa panjang ini akan memberi pelbagai kesan negatif kepada ekonomi dan sosial negara ini.

Pada hemat saya sudah tiba masanya Malaysia mempunyai perancangan jelas dan tegas untuk menguruskan keadaan ini.

Pertama, Malaysia perlu mendesak ASEAN menggugurkan keanggotaan Myanmar selagi mereka tidak melakukan reformasi politik yang mengharmonikan negara tersebut.

Dasar Berkecuali ASEAN tidak relevan dalam isu Myanmar kerana ia bukan soal definisi hak asasi atau kebebasan bersuara. Kita berhadapan rejim kejam yang melakukan pembersihan etnik.

Masalah pelarian ini tidak akan selesai selagi kita berlembut dengan Myanmar dan mereka mengambil kesempatan menghalau penduduk yang mereka tidak suka.

Kedua, Malaysia perlu mempunyai dasar baharu yang meletakkan semua pelarian ini pada tempat-tempat terpencil dan terkawal di luar Lembah Klang dan bandar besar. 150 ribu pelarian perlu diletakkan di kem khas bukannya dibenar bergerak bebas di seluruh negara atau sekitar Lembah Klang.

Malaysia sepatutnya hanya menjadi tempat persinggahan sementara sebelum UNCHR menguruskan mereka mendapat suaka di negara lain.

Namun apa yang berlaku sekarang ialah pelarian sedia ada tidak lagi berminat berpindah ke negara ketiga kerana mereka telah selesa dan mempunyai peluang membina kekayaan di negara ini.
UNCHR juga selesa membiarkan perkara ini berlaku kerana ini lebih mudah kepada mereka.

Justeru meletak mereka di pulau atau kawasan terkawal sementara menunggu penempatan ke negara lain akan menjadi faktor mendorong pelarian sedia ada memohon perpindahan ke negara lain.

Ini juga akan menjadikan Malaysia bukan lagi destinasi menarik untuk pelarian Rohingya.

Saya tidak fikir pelarian Rohingya atau mana-mana negara akan berhabis wang dan menggadai nyawa untuk datang jika pada keadaan mereka akan berakhir di kem pelarian yang terpencil dan tidak mempunyai peluang ekonomi.

Terserah kepada kerajaan untuk bertindak berani dan wajar, atau membiarkan polemik ini berterusan tanpa kesudahan sehinggalah berlaku tragedi yang tidak diingini.

1587887685191.png

ni berita pada 9/4/2020 berlaku di kem pelarian Rohingya di Bangladesh

Khamis, 9 April 2020 | 6:41pm

09cox1_1586428895.jpg

Gambar fail, pelarian Rohingya, tanpa memakai tutup muka atau mana-mana peralatan keselamatan lain sebagai langkah pencegahan terhadap coronavirus novel COVID-19, berkumpul di kawasan pasar di kem pelarian Kutupalong di Ukhia. - Foto AFP

COVID-19: Kem Rohingya di Bangladesh 'Perintah berkurung sepenuhnya'

COX’S BAZAR: Bangladesh mengenakan sekatan penuh di kawasan ini yang menempatkan lebih sejuta pelarian Rohingya dari Myanmar bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.

Pakar memberi amaran bahawa wabak berkenaan akan merebak dengan pantas memandangkan kem berkenaan sesak dan padat selain keadaan persekitaran yang kurang bersih.

Tiada kes dicatatkan di kalangan pelarian di kem itu setakat ini, namun terdapat satu kes dilaporkan di kawasan berhampiran.

Berikutan jumlah kes meningkat dua kali ganda mencecah 200 di seluruh negara dalam tempoh lima hari termasuk 20 kematian, pihak berkuasa membuat keputusan untuk mengenakan sekatan penuh di kawasan berkenaan.

Seorang pengarah berkata, tiada sebarang aktiviti masuk atau keluar dibenarkan sehingga keadaan semakin baik.

Pasukan polis dan tentera akan mengadakan sekatan jalan raya di laluan utama di daerah ini yang menempatkan 3.4 juta penduduk termasuk pelarian Rohingya selain turut mengadakan rondaan sekitar kem.

Komisioner pelarian, Mahbub Alam Talukder, berkata sekatan pergerakan ke atas kakitangan bantuan juga turut dikenakan menyebabkan jumlahnya terpaksa dikurangkan sehingga 80 peratus.

“Hanya bekalan makanan kecemasan dan perkhidmatan perubatan dibenarkan terus beroperasi di sini namun dengan langkah berjaga-jaga yang teliti,” katanya.

Katanya, mereka yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam masa terdekat juga tidak dibenarkan memasuki kem berkenaan sehingga tamat tempoh kuarantin.

Amnesty International memberi amaran bahawa maklumat sah berkaitan Covid-19 gagal sampai ke kem berkenaan berikutan sekatan Internet sejak September tahun lalu.

Bulan lalu, ribuan Rohingya melaungkan azan beramai-ramai selepas timbul khabar angin bahawa cara berkenaan dapat mengekang penularan wabak itu. - AFP

belum apa-apa pendatang haram rohingya sudah bergaduh sesama sendiri.
presiden of rohingya lawan majlis ulama rohingya
Kt sini pn apa kurangnya, umno dgn pas brgaduh brape puluh tahun bang, siap kluar fatwa sesat lg. Bkn ada ancaman nyawa pn, terlebih mkn lg adela..
 
Kadang-kadang terfikir jugak, ramai je orang pattani datang sini, bukak kedai tomyam, orang kemboja datang sini jual kain, siap ada pasar kemboja lagi, tapi takdelah orang melayu marah-marah.

Situasi ini seolah-olah macam menunjukkan majoriti budaya bangsa rohingya ni tak sesuai dengan orang melayu.

Orang bangladesh pun ramai, orang pakistan pun ramai.

Harap-harap la NGO-NGO dan individu pro rohingya ni dapat ubah budaya mereka makan sireh tu. Mana tahu, kalau gigi dah tak merah, orang melayu ni boleh terima mereka semula.
 
Orang kelantan kan melayu pattani jadi takda bezanya cuma berbeza warganegara je.
 
SINGKIRKAN MYANMAR DARI ASEAN, MALAYSIA PERLU WUJUDKAN KEM KHAS PELARIAN

Tindakan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) menghalau bot yang membawa 200 orang pelarian Rohingya keluar dari perairan negara minggu lalu adalah satu tragedi kemanusian yang tidak dapat dielakkan.

Namun negara ini tiada pilihan berbanding para pelarian yang dihalau. Pelarian ini memilih untuk membayar ‘lanun’ pemerdagangan manusia untuk datang ke negara ini kerana melihat peluang mereka mendapat kehidupan lebih baik.

Mereka mempunyai kem pelarian yang dijamin keselamatan, tempat tinggal dan makanan di sempadan Myanmar-Bangladesh.

Namun mereka memilih untuk datang sejauh ribuan kilometer bagi merebut kek ekonomi negara ini.

Jadi mereka bukan lagi pelarian kemanusiaan dari kekejaman Junta Myanmar, tetapi lebih kepada pendatang tanpa izin yang mahu mencari peluang ekonomi di negara ini.

Malaysia sedang diancam pandemik Covid-19 tidak lagi mampu menampung kehadiran pelarian ekonomi ini. Thailand mengambil langkah serupa menolak pendaratan kumpulan pelarian Rohingya.
Kita simpati kepada nasib mereka, namun kerajaan juga perlu bersimpati dengan rakyat negara ini.

Strategi baharu ke atas isu Rohingya

Masalah pelarian di negara ini telah memasuki tahap membimbangkan.

Pada akhir Februari 2020, terdapat 178,990 pelarian yang berada di negara ini dan berdaftar dengan UNHCR bagi mendapatkan perlindungan dan penempatan ke negara lain.

Daripada jumlah tersebut, 154,080 adalah dari Myanmar yang merangkumi 101,010 Rohingya, 22,810 etnik Chin, and 30,250 lain-lain etnik. Dengan kata lain, sebahagian besar masalah pelarian di negara ini berpunca daripada Myanmar.

154, 080 orang pelarian Myanmar ini dilindungi oleh UNCHR Malaysia dan mendapat wang sara diri.

Namun ramai antara mereka telah bekerja secara haram, menjadi peminta sedekah dan mempunyai anak-anak yang tidak bersekolah. Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kita boleh melihat begitu ramai peminta sedekah yang terdiri daripada pelarian Rohingya.

Kewujudan jumlah pelarian Rohingya yang terlalu besar telah memberi kesan negatif kepada keadaan negara ini.

Mereka mewujudkan budaya sendiri, puak tersendiri dan cara hidup tersendiri yang tidak seiring dengan budaya penduduk tempatan. Dalam jangka masa panjang ini akan memberi pelbagai kesan negatif kepada ekonomi dan sosial negara ini.

Pada hemat saya sudah tiba masanya Malaysia mempunyai perancangan jelas dan tegas untuk menguruskan keadaan ini.

Pertama, Malaysia perlu mendesak ASEAN menggugurkan keanggotaan Myanmar selagi mereka tidak melakukan reformasi politik yang mengharmonikan negara tersebut.

Dasar Berkecuali ASEAN tidak relevan dalam isu Myanmar kerana ia bukan soal definisi hak asasi atau kebebasan bersuara. Kita berhadapan rejim kejam yang melakukan pembersihan etnik.

Masalah pelarian ini tidak akan selesai selagi kita berlembut dengan Myanmar dan mereka mengambil kesempatan menghalau penduduk yang mereka tidak suka.

Kedua, Malaysia perlu mempunyai dasar baharu yang meletakkan semua pelarian ini pada tempat-tempat terpencil dan terkawal di luar Lembah Klang dan bandar besar. 150 ribu pelarian perlu diletakkan di kem khas bukannya dibenar bergerak bebas di seluruh negara atau sekitar Lembah Klang.

Malaysia sepatutnya hanya menjadi tempat persinggahan sementara sebelum UNCHR menguruskan mereka mendapat suaka di negara lain.

Namun apa yang berlaku sekarang ialah pelarian sedia ada tidak lagi berminat berpindah ke negara ketiga kerana mereka telah selesa dan mempunyai peluang membina kekayaan di negara ini.
UNCHR juga selesa membiarkan perkara ini berlaku kerana ini lebih mudah kepada mereka.

Justeru meletak mereka di pulau atau kawasan terkawal sementara menunggu penempatan ke negara lain akan menjadi faktor mendorong pelarian sedia ada memohon perpindahan ke negara lain.

Ini juga akan menjadikan Malaysia bukan lagi destinasi menarik untuk pelarian Rohingya.

Saya tidak fikir pelarian Rohingya atau mana-mana negara akan berhabis wang dan menggadai nyawa untuk datang jika pada keadaan mereka akan berakhir di kem pelarian yang terpencil dan tidak mempunyai peluang ekonomi.

Terserah kepada kerajaan untuk bertindak berani dan wajar, atau membiarkan polemik ini berterusan tanpa kesudahan sehinggalah berlaku tragedi yang tidak diingini.

1587887685191.png

Kenapa kita je yang kena sediakan tempat untuk pelarian
Negara ASEAN lain takde fungsi lak gitu
 
Aku pernah jumpa muslim duduk di yangoon myanmar. Elok aje bercampur dgn myanmar lain. Nama dia Amin. Tp muka mmg x mcm rohingya ni.
 
Back
Top
Log in Register