BTC USD 81,608.2 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rohingya semakin besar kepala

janji macam-macam.
nasib baik BN dah berkubur,
Bkn calang2 yg brjanji ni siap nk bg kerja bagai. Patut sanggup redah lautan ganas berbulan2...rupenya janji manismu, tuntutla disana nnt haha
 
Tp skrg, rohingya pn dh jd musuh org melayu. Whos next?! Pakistan, kongostan, setann??

belum pun jd musuh org melayu tapi cuba dijadikan musuh. Muslim tetap muslim walaupun berperangai buruk mcm mana pun. Sesama muslim harus amar makruf nahi mungkar (menyuruh ke arah kebaikan, mencegah kemungkaran). Macam zaman rasulullah, ada arab badwi perangai buruk, kencing dalam masjid. macam mana cara rasulullah handle?
 
Ruang dah semakin sempit untuk bangsa Rohingya. Harap-harap bangsa rohingya boleh la memahami peribahasa orang melayu, "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri".

Duduk sini pun, bukan bebas, masih berstatus pelarian, balik sana boleh bangunkan semula tamadun mereka.

Mula-mula sekali, hentikan makan sireh. Dari situ menyebabkan gigi merah. Orang nak berurusan pun geli. Bila bercakap berhadapan, mata asyik tengok gigi merah je.
 
MALAYSIA UNTUK WARGA MALAYSIA

Kebelakangan ini media sosial begitu hangat membincangkan isu pelarian Rohingya. Ada yg mengatakan kita tak sepatutnya membenci pelarian ini.

Saya rasa tiada pihak yg membenci pelarian Rohingya ini apatah lagi bagi kita yg beragama Islam. Cuma kita tidak suka perangai sesetengah mereka yg pengotor, tidak menghormati undang2 negara kita, tidak menghormati budaya kita dan mutakhir ini menuntut hak2 tertentu yg tidak sepatutnya dituntut oleh pelarian.

Saya rasa secara umumnya orang Malaysia bersimpati dengan nasib malang yg menimpa masyarakat Rohingya seperti mana kita bersimpati kepada rakyat Palestine, Bosnia, Vietnam, Uyghur, Kashmir, Syria dan lain2 lagi.

Tetapi tidak bermakna simpati itu perlu diterjemahkan kepada kesediaan menerima mereka masuk ke negara kita.

Ibarat kita bersimpati melihat melaratnya hidup para gelandangan di ibu kota. Kita sanggup memberi derma dan sedekah utk membantu gelandangan ini tetapi tidak bersedia mempelawa mereka datang tinggal di rumah kita.

Kenapa? Kerana rumah kita adalah untuk kaum keluarga kita. Sama jugalah halnya dgn pelarian Rohingya ini.

Atas dasar peri kemanusiaan dan persaudaraan Islam kita bersedia membantu mereka. Kita sokong mereka dlm persidangan dan forum diplomatik antarabangsa. Kita hantar bantuan material ke tempat mereka di sempadan Myanmar dan Bangladesh.

Kita pun sudah menerima kemasukan mereka ke negara kita. Di Selayang saja kita terima 3000 pelarian walhal DBKL dapati lebih 14000 sudah menyusup masuk dan tinggal di sana. Itu belum lagi kawasan2 lain di negara ini. Entah berapa puluh ribu sudah masuk ke negara kita ini.

Apakah kita perlu menerima lagi pelarian Rohingya ini? Apakah tidak cukup bantuan dan sokongan yg kita berikan selama ini? Apakah tidak cukup kemanusiaan lagikah sikap kita ini?

Saya kira apa yg kita berikan sudah memadai. Jangan mengharapkan lebih lagi. Kita sendiri pun menghadapi dugaan berat akibat Covid 19 ini. Rakyat kita sendiri sedang menghadapi kepayahan.

Pasca pandemik ini kita akan berdepan dgn keadaan ekonomi yg tidak menentu. Malaysia bukan negara kaya. Rakyat Malaysia bukan semuanya mewah.
Ramai yg terkesan dgn pandemik ini.

Berilah ruang untuk kami memulihkan keadaan hidup kami dulu. Utamakan rakyat sendiri. Malaysia adalah untuk orang Malaysia.

Pelarian Rohingya dan pendatang asing tanpa izin dari China, India, Afrika, Bangladesh, Indonesia atau dari mana jua hendaklah dihalau keluar dari negara kita segera.

Mereka yg menjadi tekong, orang tengah atau barua yg membawa masuk pelarian dan pendatang haram ini hendaklah dianggap sebagai pengkhianat dan dihukum setimpal termasuk dilucutkan kerakyatan Malaysia. Malaysia tak perlukan pengkhianat.

belum pun jd musuh org melayu tapi cuba dijadikan musuh. Muslim tetap muslim walaupun berperangai buruk mcm mana pun. Sesama muslim harus amar makruf nahi mungkar (menyuruh ke arah kebaikan, mencegah kemungkaran). Macam zaman rasulullah, ada arab badwi perangai buruk, kencing dalam masjid. macam mana cara rasulullah handle?

Ni masa krisis wabak. Lain approach. Hadis Nabi masa wabak pun dah cakap, jgn ke tempat wabak, jangan keluar dari tempat wabak.
Knp Rohingya nak dtg ke tempat wabak?
 
ROHINGYA BUKAN BENGGALI

Isu pelarian muslim Rohingya bermula tahun 1978, iaitu sejak 40 tahun lalu. Asal usul dan sejarah Islam mereka jelas. Oleh itu sebab pembantaian ke atas mereka oleh kerajaan tentera buddha Burma juga jelas. Ia tidak lain selain kerana aqidah mereka adalah "Islam".

Namun di zaman internet dan cybertroopers hari ini, kita dikelirukan dengan fake news mengatakan muslim Rohingya adalah orang Benggali (orang Bangla, atau orang Bangladesh).

Fakta auta (tipu) ini nampak ringan, sesekali melucukan, namun pemerhati sejarah tahu ia adalah senjata paling ampuh (baik) untuk membenarkan (justify تبرير) sesuatu pembantaian ethnik yang boleh mengorbankan puluhan atau ratusan ribu nyawa yang tidak berdosa.

Apabila tentera kristian Serbia menyerang tetangga islam Bosnia tahun 1992-1995 dan membunuh 300,000 muslim dan muslimat, mereka mendakwa membunuh "pendatang² Turki". Hakikatnya, mereka adalah penduduk tempatan yang memeluk Islam kesan dakwah Kerajaan Uthmaniah Turki.

Apabila Yahudi menjajah Palestin, mereka mendakwa sebagai penduduk asal, dan mendakwa orang² Arab di Palestin sebagai orang asing. Hakikatnya, Palestin didiami oleh orang² Arab asal sejak ribuan tahun yang akhirnya memeluk Islam.

Regim tentera buddha Burma memfitnah mengatakan mereka menghalau pendatang² Benggali agar pulang ke negara asal mereka, Bangladesh. Hakikatnya, muslim Rohingya adalah penduduk asal dan asli di wilayah Arakan sejak ribuan tahun lalu, yang memeluk Islam di kurun ke 7M, kesan dakwah pedagang² Arab yang pergi ke sana.

"CHITTAGONG"

Menuduh muslim Rohingya sebagai the Chittagongians biasanya merujuk kepada 2 sumber iaitu dari penjajah British, dan dari regim tentera Burma sendiri.

Bandar kedua terbesar di Bangladesh adalah Chittagong. Ia terletak jauh ke selatan Bangladesh, dekat sempadan wilayah Arakan di Burma.

Chittagong di Bangladesh, boleh diibaratkan seperti Kota Bharu di Malaysia. Muslim Rohingya di wilayah Arakan, boleh diibaratkan muslim Fatani di wilayah Naratiwat.

Muslim Fatani dan muslim Kota Bharu adalah penduduk asal wilayah masing-masing, namun mereka serumpun dan bercakap dengan dialek yang sama (kecek Klate).

Pembantaian dan pengusiran regim tentera Burma boleh diibaratkan seolah² tentera Thailand membantai dan mengusir muslim Fatani agar menjadi pelarian masuk ke sempadan Malaysia dengan alasan muslim Fatani sebagai pendatang di bumi Thailand.

Jauh panggang dari api.

Regim tentara Burma cuba berdusta kepada dunia dan kepada sejarah dengan menuduh muslim Rohingya adalah pendatang² Benggali (Bangladesh) yang mesti diusir pulang kembali ke Chittagong dan Bangladesh.

Penulis-penulis blog dan artikel berkenaan sejarah muslim Rohingya mestilah cermat memilih fakta sejarah.

KEKELIRUAN LAIN

Selain sejarah, ada lagi kekeliruan yang timbul di Malaysia antara Rohingya vs Bangladesh. Di antaranya :

1- Keliru dengan menganggap pekerja Bangladesh sebagai orang pelarian Rohingya. Ini kerana mereka dari rumpun yang sama dan memiliki raut wajah yang sama.

2- Pekerja Bangladesh masuk ke Malaysia dengan permit bekerja. Oleh itu mereka sering menuntut hak sebagai pekerja yang sah. Pelarian Rohingya masuk ke Malaysia sebagai pelarian. Sifat mereka lebih senyap, tawadhuk dan meminta ihsan.

3- Sering cybertroopers menyiarkan foto lelaki asing dating bersama wanita Melayu murahan. Panas hati melihatnya. Sebenarnya kebanyakan mereka adalah lelaki Bangla (Bangladesh), dan bukan lelaki Rohingya. Lelaki Bangla datang ke Malaysia untuk bekerja, tanpa membawa isteri atau keluarga. Sebab itu ada di kalangan mereka yang liar mencari perempuan.

Sebaliknya pelarian Rohingya ke Malaysia membawa anak isteri. Turut jadi pelarian bersama mereka adalah para ulama mereka, para hafiz dll. Komuniti mereka di Malaysia memiliki ulama sendiri, surau sendiri dan sekolah sendiri. Oleh itu mereka lebih terbimbing berbanding komuniti belia Bangla yang hidup bekerja sementara di Malaysia tanpa isteri, tanpa sekolah, tanpa surau sendiri.

4- Jika kita mengangkat slogan menghalau Bangla keluar dari Malaysia, mereka boleh balik ke negara asal kerana rumah, keluarga dan negara mereka memang dah sedia ada.

Berbeza halnya pada pelarian Rohingya. Mereka tiada lagi negara kerana ia sedang dijajah. Kampung mereka dibakar dan sedara mara mereka di sana dibunuh.

Moga sedikit pencerahan sangat ringkas ini kita dapat berlaku lebih adil dan tepat dalam membuat pertimbangan dan pendirian.

Us. Abdul Halim Abdullah
Lockdown 26/4/2020

Follow Us.Halim telegram channel :

FB_IMG_1587874171813.jpg
 
jika ada la yg ingat org Rohingya tu org Bangladesh, mmg tak berpengetahuan la org tu, pastu dok sebar benda yg tak betul di alam maya

antara fakta, org Rohingya ditempatkan kat bangladesh tu setelah dipindahkan dari Rakhine

beza sakan tu klu nak disamakan Rohingya dengan Bangladesh
 
sapa pulak la yg ingat org Rohingya tu org Bangladesh, ada ke gitu

antara fakta, org Rohingya ditempatkan kat bangladesh tu setelah dipindahkan dari Rakhine

beza sakan tu klu nak disamakan Rohingya dengan Bangladesh
Ade yg fikir gitu cmm..lembu punya susu sapi dpt nama.
 
"Dia telah digunakan oleh musuh kami di Malaysia dan di Myanmar untuk mencemarkan imej kami."
#AWANInews #AWANIpagi #HapusCOVID19

Minta maaf Malaysia, Zafar Ahmed bukan pemimpin kami - Komuniti Rohingya
Firdaus Azil, Astro Awani |
Diterbitkan pada
April 26, 2020 11:54 MYT

Minta maaf Malaysia, Zafar Ahmed bukan pemimpin kami - Komuniti Rohingya

Zafar Ahmed tidak pernah dipilih mewakili komuniti itu, serta tiada hak untuk membuat kenyataan mengenai kaum Rohingya di Malaysia, kata 17 persatuan Rohingya. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Beberapa persatuan dari komuniti Rohingya di negara ini memohon maaf kepada kerajaan persekutuan serta seluruh rakyat Malaysia atas beberapa kenyataan individu bernama Zafar Ahmed Abdul Ghani yang dilihat menimbulkan kemarahan beberapa pihak

Dalam satu kenyataan bersama, 17 persatuan Rohingya dari pelbagai negara hari ini menegaskan, Zafar Ahmed tidak pernah dipilih mewakili komuniti itu, serta tiada hak untuk membuat kenyataan mengenai kaum Rohingya di Malaysia.
“Dia telah diguna oleh musuh kami di Malaysia dan di Myanmar untuk mencemarkan imej kami, serta mengganggu penempatan aman di Malaysia sementara kami dibenarkan pulang ke Myanmar atau pergi ke negara lain.

“Malah, amat membingungkan bahawa Zafar Ahmed tidak boleh menulis mahu pun berbicara dalam Bahasa Inggeris, dan Bahasa Melayu, atau apa apa bahasa bahasa sekali pun, tetapi dia mampu membuat kenyataan yang tidak berpatutan, sekali gus merisikokan penempatan aman kami di sini,” kata komuniti berkenaan lagi.

Baru-baru ini Zafar, yang mendakwa dirinya sebagai Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (MERHROM), dikatakan telah menuntut beberapa perkara dari kerajaan Malaysia seperti peluang pekerjaan, akses kesihatan dan pendidikan.

Namun, beberapa media melaporkan beliau menafikan pernah mengeluarkan kenyataan seperti Melayu bodoh, menuntut hak kerakyatan penuh pelarian Rohingya dan mempertikaikan pihak penguatkuasa Malaysia menolak bot pelarian berkenaan daripada mendarat di negara ini.

Dalam pada itu, komuniti berkenaan berkata, mereka sebulat suara mengecam tindakan Zafar Ahmed yang mengeluarkan kenyataan dari semasa ke semasa.

“Kami merayu kepada pihak berkuasa Malaysia untuk mengambil tindakan tegas ke atasnya, jika tidak, individu ini akan terus mengeluarkan kenyataan yang berisiko tinggi dan boleh membahayakan nasib kaum Rohingya di negara ini.

“Kami juga bersyukur kerana kerajaan Malaysia dan rakyatnya masih membenarkan kami untuk terus tinggal sementara menunggu penempatan di negara ketiga, dan kami memohon kepada semua agar mempunyai belas ehsan kepada nasib kaum Rohingya yang semakin rapuh,” kata mereka lagi.

Kenyataan itu ditandatangani oleh:

1. Arakan Watch (www.arakanwatch.org)
2. Human Rights Association for Rohingya (HURAR)
3. Ethnic Rohingya Committee of Arakan (ERCA)
4. Rohingya Arakanese Refugee Committee (RARC)
5. Rohingya Education And Development Organization (READ)
6. Da’wah & Empowerment Association for Rohingya (DEAR)
7. Rohingya Cooperative Society (RCS)
8. Rohingya Association in Malaysia (RAM)
9. Rohingya Islamic Society in Malaysia (RISM)
10. Rohingya Youth Care (RYC), Malaysia
11. Rohingya Youth Development Forum (RYDF)
12. United Islamic Rohingya Organization for Development (UNROD)
13. Women for Rohingya (W4R)
14. Rohingya Islamic Center (RIC)
15. Australian Burmese Rohingya Association (ABRA)
16. Arakan Rohingya Youth Association (ARYA)
17. Rohingya Writers Network

Back
Top
Log in Register