BTC USD 83,834.8 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rohingya semakin besar kepala



​

Isu etnik Rohingya.

Pada 16 Mei 2015, saya dah nyatakan pendirian saya:

"Kita akan buat berdasarkan budi bicara atas dasar kemanusiaan tapi kita tidak boleh bagi isyarat yang Malaysia terbuka, siapa-siapa hendak masuk, boleh masuk,”

Itu pendirian saya mengenai etnik Rohingya dan hari ini saya masih lagi kekal dengan pendirian yang sama.

Kalau kita benarkan, apa erti kedaulatan negara ini?

Pada masa ini, kita berdepan dengan satu wabak yang sungguh dahsyat dan kita sudahpun menutup sempadan kita maka tiada keperluan untuk kita menerima mana-mana warganegara termasuk pelarian.

Keutamaan perlu diberikan pada rakyat Malaysia.

Tidak perlu dibahaskan atau dipersoalkan lagi. Muktamad.

Pada 17 April lalu, masih ada lagi yang nak masuk ke negara ini. Alhamdulillah tentera kita sangat efektif.

Tiada kompromi apabila kita dah tetapkan bahawa sempadan kita ditutup dari warga asing.

Seperti saya kata, jika dibenarkan, ia akan menjadi kelaziman dan semakin ramai yang akan masuk. Kalau 200 nak masuk, sudah tentu ada yang lain menunggu.


Tetapi kita tetap dengan sifat kemanusiaan dan tentera kita tetap agihkan makanan kepada pendatang tanpa izin ini.

Bukan arah mereka pusing balik semata-mata tanpa sebarang bantuan.

Ia juga akan menjadi bencana kemanusiaan namun saya juga tetap dengan pendirian bahawa Malaysia tidak seharusnya dibebankan dengan masalah ini.

Malaysia tidak boleh lagi berterusan menjadi destinasi utama etnik ini dan menanggung beban ini secara sendiri.

Apatah lagi, ada pertubuhan yang tidak berdaftar atau NGO-NGO tertentu dari dalam dan luar negara yang mahukan kesaksamaan dari kerajaan, disebalik status mereka?

Inilah kata orang, sudah diberikan betis, nak peha pulak.

Kita tak zalim tetapi sampai bila kita perlu tangani masalah ini?

Tapi, adakah ASEAN ini hanya terdiri dari Malaysia sahaja?

Malah, punyalah baik hati Malaysia, pada pentadbiran saya lalu, kita buatkan hospital medan di Cox Bazar melalui Angkatan Tentera Malaysia.

Sebab itu, tiada siapa yang boleh menuduh Malaysia tidak pernah buat apa atau berlaku zalim dalam isu pelarian Rohingya in.

Sebaliknya, saya percaya Malaysia adalah antara negara yang paling banyak menolong selama ini. Tapi janganlah ambil kesempatan dari kebaikan kami ini.

Dan maaf cakap, PBB pernah ‘suarakan kebimbangan’ malah pada 23 Januari lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) sudahpun memerintahkan Myanmar untuk memastikan tenteranya menghentikan genosid terhadap etnik Rohingya di negara mereka.

Selepas itu, apakah tindakan selanjutnya?

Apa dilakukan UNCHR? Apa fungsi mereka?

Nampaknya Malaysia bukan lagi dijadikan tempat perlindungan sementara tetapi ada yang berhasrat malah sudah jadikan Malaysia sebagai rumahtangga mereka namun ada juga tak mahu patuh pada undang-undang tetapi nakkan kesaksamaan seperti diterima rakyat Malaysia. Siap ada yang mendakwa mewakili pertubuhan padahal tidak berdaftar pun.

Adakah kita benci pada mereka?

Tidak.

Kita tak suka pada sikap mereka yang tak mahu menjaga kebersihan, tidak mahu mematuhi undang-undang tetapi mahukan kesaksamaan melampau.

Kita perlu utamakan rakyat Malaysia.

Kerajaan perlu bertegas dalam soal pelarian ini dan desak PBB untuk tempatkan semula etnik ini kembali ke Myanmar.

ICJ sudah buat keputusan jelas dan PBB perlu buat tindakan susulan dan bukan sekadar keluarkan kenyataan retorik semata-mata.

Dan jika atas dasar kemanusian dan atas sebab lokasi, Malaysia diperlukan mewujudkan sebuah kem penempatan sementara bagi pelarian Rohingya di sebuah pulau berasingan seperti apa yang negara pernah buat di Pulau Bidong untuk pelarian Vietnam pada masa silam, PBB dan ASEAN perlu menanggung kos serta tanggungjawab ini bersama-sama.

Tapi ini bukan penempatan kekal.

PBB juga perlu memberi jaminan bahawa penempatan semula pelarian Rohingya ke negara-negara ketiga akan dipercepatkan oleh mereka.


mahacai malas baca panjang2 gini..

kena lukis bro,

tapi xjadi kakas pon..

Kahhhhhhhh..
 
screenshot-44_1111001_20200423135416.jpg


nah hang punya colid carlsberg
Takat nk bergambar sama, bg support okla, ni smpi nk buat himpunan besar2an lobai dan umno, naik lemak la kaum tu...tu pn x bole pikiaq haha

FB_IMG_1587631362333.jpg
 
Orang minta tolong kalau mampu aku tolong, aku tolong. Tak mampu usah tolong.
Melayu tak semua baik. Rohingya tak semua jahat. Siapa baik aku cium, siapa jahat aku pangkah.

Tak kiralah yang aku cium itu Rohingya sekalipun. Yang aku pangkah itu melayu sekalipun.
 
Last edited:
org Rohingya ni Hindu ke Budha ke Islam ??
Bumi & Malaysia milik siapa ??
Adakah kita membantu sesama muslim ??
Atau kita boleh pula bantu org puteh kapir korea kapir / japan kapir utk My Second Home
 
Kita simpati tapi kita kena tegas,tegas sebab masa depan kita kena pastikan,kita tak terjebak dalam dilema negara asal mereka.

Kalau mereka boleh mendarat di Pulau Andaman dgn Thailand,yg lebih dekat,kenapa sampai boleh lepas ke negara kita,walhal negara kita ni jauh.
 
negara kita baik hati sgt
indon.. myanmar.. laos.. filipina..rohingya.. bangla..
Semua kita layan baik sgt

hantar pulang je semua sebab negara kita pon dah terjejas
nie nak bela org luar lagi nak watper

kalau nak cerita pelarian perang
nanti semua negara yg berperang akan dtg ke malaysia
sebab malaysia akan makan semua org yg berstatus pelarian perang

tak salah membantu
tapi jgn lah sampai menjadi beban plak nanti

jenayah.. penyakit.. mcm mcm la
 
​



Berlegar isu puak yang 1 ni, Rohingya...macam2 cerita, macam2 komen, macam2 pendapat...ada yang simpati tak kurang juga sumpah seranah... Yang backing rasanya rata2 tak pernah berurusan dengan mereka ni dan kerana rasa simpati sesama muslim... Saya secara peribadi lagi secara langsung berurusan dengan bangsa ni kerana urusan kerja syarikat...3 tahun lalu syarikat ambil bangsa ni bekerja secara kontrak...saya bersama seorang rakan dipertanggung jawabkan 'menjaga' mereka...uruskan segala hal keperluan serta kebajikan mereka...ada 20 orang semuanya...dari situ saya mula kenal sikap dan perangai mereka ini... boss tempatkan mereka di 2 buah rumah sewa status bunglow, 10 orang setiap rumah, dari rumah tiada aircond boss pasangkan beberapa unit aircond disetiap rumah ( rumah sewa aku sendiri takda aircond)...bil elektrik syarikat bayar 50/50...awal2 semuanya dalam keadaan baik, hormat majikan serta kami yang menguruskan mereka, selang 2 bulan nampak tanduk sudah keluar dan kaduk mula naik junjung... saya terima berita yang tidak sedap didengar dari kejiranan perumahan...setiap malam kedengaran bunyi bising orang berbual dan bunyi muzik...bila ditegur mereka senyap seketika kemudian mengulanginya keesokan hari...jiran2 terdiri pelbagai bangsa, ada yang datang terus ke pejabat syarikat mengadu kepada boss kerana mereka mengenali boss...paling parah ada jiran yang mengadu mereka mula mengganggu anak2 gadis serta isteri2 jiran... untuk mensahihkan aduan jiran, saya bersama rakan menyiasat perilaku mereka...dengan menggunakan kereta yang mereka tidak kenal, selesai kerja disite saya akan ikut mereka dari belakang, sahih tentang perilaku mereka terhadap anak2 gadis malah isteri orang... sehingga ada yang menunjukkan isyarat lucah...bila saya dan rakan tegur perilaku mereka, mereka melawan dengan berkata awak apa susah, bukan saya usik awak punya bini, itu melayu punya bini pun tada bising, awak lagi sibuk...panggg 1 penampar aku bagi, berdarah hidung, aku sumbat masuk dalam kereta bawa jumpa boss, haritu juga boss kasi tamat kontrak dia... rupanya yang lain tak puas hati, esok semua pakat tak masuk site...aku dengan boss pergi kerumah sewa dia orang...keluar semua ayat kurang ajar mereka pada orang yang bersimpati atas semangat saudara sesama Islam ambil mereka bekerja...ehhh awak!!!!(dengan nada meninggi suara dengan boss) kalu kami tak kirja awak punya tempat, bisnis awak tarak jalan tau, sapa mau kasi siap awak punya prujik...awak kasi ambil blik kita punya kawan baru kami mau kirja balik...fuhhh dia punya demand...boss hilang sabar (memang patut pun) keadaan jadi tegang mereka mula bertindak kasar dan agresif...boss batalkan kontrak kerja mereka...
Dalam kalut tu ada jiran telefon polis...bila polis sampai baru keadaan jadi reda...hari tu jugak boss halau mereka keluar dari rumah tu... esok mereka masih tidak mahu keluar dari rumah, sehingga kami terpaksa minta bantuan penguatkuasa perbandaran Klang untuk membantu...mereka ni dengan kekasaran baru patuh itupun masih agresif....bila mereka dah keluar saya bersama rakan masuk untuk lihat keadaan rumah , Na'uzubillahi... Kedua2 rumah dalam keadaan sangat kotor...tandas kotor tidak bercuci, apatah lagi lubang tandas...kawan aku muntah belahak keluar rojak yang dia sarapan pagi tu, dapur dan pinggan makan ntah berapa hari tak berkemas sampai ada ulat belatung dalam plastik sampah, bau rumah bukan bau rumah manusia lagi dah...bau yang meloyakan...rumah yang asalnya bercat csntik, dinding tercaret kesan tangan yang kotor seperti anak2 baru lepas makan coklat mengelap dinding dengan tangannya...lantai tile jangan cakap, dia punya melekit sampai terangkat tapak kaki aku kegelian sebab kelenyit(bahasa jawa aku guna,merujuk kepada keadaan yang sangat kotor)...aku dengan kawan bertahan 10 minit jew dalam rumah tu...tak naik pun tengok bahagian atas rumah....pengotor tahap tak boleh cakap dah...
Masaalah ni bukan dekat rumah sahaja kat site pun sama, tahi💩 manusia bersepah dalam plastik atau polistrin sedangkan tandas disediakan cukup dengan bekalan air...kalau ya pun tandas sedang digunakan tahi tu pergi la tanam dalam tanah, ni tak biarkan saja macam tu, mula2 tu bertanya la juga sapa punya tahi, aku yang jadi bodoh, orang berak merata mana nak mengaku...puiiiii
Masaalah sejak mereka ni ada kat site pula, selalu berlaku pergaduhan dengan rakan kerja bangsa Bangla dan Pakistan...sampai luka2 walhal pada perkara remeh jew pun walaupun sesama muslim...keras kepala dan bodo sombong...melawan bila diajar atau dinasihatkan...bercakap kasar pada rakan yang lebih senior, walhal baru sehari kenal simen dan pasir...
Masa diterima bekerja, muka semua toyen minta dikasihani...we are muslim, kita bersaudara tapi tak pernah tunjuk akhlak beradab sebagai muslim...kita sebagai tuan tanah banyak bertolak ansur kepada mereka atas dasar saudara Islam tetapi mereka diberi tongkat untuk 'berdiri' bila sudah boleh berdiri kita pula dipukul, dihentak, ditunjal dengan tongkat tersebut....
Ya kita terima mereka atas dasar saudara seagama, mereka? Mereka guna atau perguna atau tunggang dasar persaudaraan itu memijak kita...Ada keutamaan dasar persaudaraan ini bagi saya, keutamaan saudara seagama yang terdekat dengan kita terlebih dahulu, saudara mara, jiran tetangga, anak2 serta masyarakat kelahiran Malaysia khususnya...bukan bersusah payah menyusukan kera di hutan anak sendiri mati kelaparan....
Pasti akan ada yang berkata tak semua begitu, bagi yang berkata begitu silalah jangan segan2 ambil seorang 2 untuk tinggal sebumbung dengan kamu, perhatikan perangai mereka silap haribulan bukan setakat sofa kamu yang mereka minta, bini kamu pun mereka akan minta... saat itu baru kamu kenal sapa mereka...
Kerajaan kita sudah cukup membantu mereka ini, rajin2 lah membaca serta buat kajian tentang mereka ini...Jutaan ringgit telah dibelanjakan untuk kebajikan mereka, contohnya hospital yang dikendalikan oleh Angkatan Tentera Malaysia di Cox Bazar, Bangladesh...sepupu saya salah seorang yang bertugas sebagai doktor disana, sama sahaja ceritanya karenah mereka, sombong bodoh, pengotor kasar dan agresif... demand perkara yang tidak masuk akal...
NGO2 yang baik punya backing mereka ni silalah ambil 1 famili, jaga mereka jangan duk melalak kata kerajaan zalim kerana menolak mereka diperairan negara...
Maritim bersama polis dan tentera kita menjaga kebajikan mereka pertaruhkan nyawa mereka aboard tongkang2 pelarian beri bantuan makanan dan perubatan sebelum iring mereka keluar dari perairan negara...Risiko beb bila mereka aboard tongkang2 tu, mungkin saja ada yang positif covid 19...lanun didalamnya...tapi mereka jalankan tanggungjawab, NGO2 hanya tahu melalak...
Malah ada NGO2 yang tidak sanggup berurusan dengan mereka lagi kerana sikap dan perilaku mereka yang tidak sedikit pun menunjukkan akhlak Islam...
Sekali lagi saya suarakan disini, yang baik no backing kaum ni, silalah bela seorang 2, kalau tak bela mana nak tau ok ke dak, ye takkkkk?
Beringat, dulu atok nenek kita terima bangsa yang 2 tu (faham2 sendiri sudah) bila mereka berkuasa lihat saja apa yang berlaku ( itupun kalau celik mata dan hati)...
Nak terima yang 1 ni? Yang tiada pun kaitan sejarah dengan kita? Yang ada pun sudah memeningkan kepala apatah lagi berduyun beranak pinak di sini....
Sekian cerita dan pengalaman aku sendiri, tkda ciplak2...

p/s aku tak peduli pun kalau ada yang kata aku rasis....😛

#saynotorohingya
 
Belajar dari singapore
Kenapa kes org masuk secara haram jarang kita dengar di sana?
Kes dadah pon jarang kita dgr di singapore... Kenapa?

Sebab undang2 dia ketat
Dia jaga negara dia sebaik mungkin
 
Tak lama lagi rohingya akan jadi rohingyu..dah bermutasi
 
Yg mana nak sgt rohingya nie
Suruh dia ambil dan jaga sendiri
Kita tgk apa dia kata selepas sebulan

Xyah la nak baik hati sangat
Simpati pada diri sendiri dulu sebelum nak simpati pada kera di hutan

Sendiri pon jalan tempang
Nie nak ajar jiran berlari
 
Back
Top
Log in Register