BTC USD 83,534.2 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rohingya semakin besar kepala

Bagi yg masih nk salahkn PH, ni nk bagitau dulu UmPas sokong Rohingya sampai buat himpunan ribuan ahli di Padang Merbuk utk halalkan kerjasama Umno Pas.

Skrg depa halau puak2 Rohingya yg mencari perlindungan sampai ada yg mati di lautan.
Sedih aku baca berita tersebut...

FB_IMG_1587650506076.jpg
FB_IMG_1587631362333.jpg
FB_IMG_1587650677563.jpg

So fikir2kanla dan renung2knla...
 
Rohingnya ni memang aku dah agk perangi mereka ni...Myanmar tak nak mereka bukan sebab agama Islam..tapi sebab perangai mereka..umpama Belanda dapat tanah.....tgk kat Selayang sudah..dah jadi kawsan mereka...sekarang minta hak sama rata dgn warga tempatan....sebenarnya patut letak mrk kat satu Pulau..mcm Pulau Bidong....belanja makan claim dgn PBBlah...mrk kan pelarian...kenapa pulak pelarian boleh bekerja...berniaga bebas kat sini....lepas tu pulak niaga mcm menjajah ekonomi org kita....

kesian kesian juga...tapi kalau perangai mcm yg dapat IC dari mainland tu nak kesian apanyae
Rohingya: Marah Apa Sebenarnya?

PERSPEKTIFCITRA RAKYATUTAMA
a14e286606b472c4b193331b2268f43d.jpg

By Khairul Anuar

23/04/2020

EMAIL PEMBACA

SEBELUM Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di kawasan Pusat Bandar Utara Kuala Lumpur, isu pelarian Rohingya ini tidaklah menjadi soal yang begitu besar nampaknya

Hanya selepas PKPD dilaksanakan di kawasan tersebut, nampak semacam ada kemarahan yang membuak-buak timbul di kalangan masyarakat kita terhadap mereka – berdasarkan pemerhatian di media sosial, terutama dikalangan kelompok masyarakat tertentu.

Seperti gunung berapi meletup pulak jadinya.

Setakat yang umum tahu, memandangkan PKPD di kawasan tersebut tidak seperti PKPD di tempat lain bila difahamkan (maaf kalau tersilap), tiada tempoh masa diberikan untuk penduduk membuat persediaan (bagi mengelak ada pendatang asing yang melarikan diri), timbul beberapa isu berkaitan bekalan makanan.

Ada yang dakwa, selepas 48 jam pun tidak dapat apa-apa lagi. Keadaan itu bagaimanapun telah/sedang ditangani pihak berkuasa berdasarkan kepada kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan semalam. Maklum sajalah, kawasan kepadatan tinggi dan ditambah dengan pendekatan diambil untuk melaksanakan PKPD di situ, tentulah memerlukan sedikit masa.

Yang menjadi keutamaan pihak berkuasa sekarang ini adalah menjaga keselamatan dan kesihatan rakyat dari Covid-19 ini.
Balik pada isu Rohingya tadi.

Entah bagaimana di tengah-tengah semua ini, isu pelarian Rohingya timbul. Apa masalahnya disitu? Mereka dapat kelebihan berbanding rakyat tempatankah? Mereka jadi punca virus merebakkah?

Status pelarian mereka kah?

Dalam masa yang sama, laporan pihak keselamatan negara menolak kemasukan pelarian Rohingya di laut pun sedang jadi bahan untuk pembangkang menyerang kerajaan juga.

Soalan ini bersebab. Kalau nak marah pasal mereka pembawa wabak, kena ingat wabak itu asal dari Wuhan, China, bukan tanah asal usul Rohingya. Kalau isunya mereka ini pelarian, negara kita memang tak iktiraf status pelarian, pengurusan mereka ini bawah UNHCR.

Tinggal lagi mereka sudah berada di negara kita, sudah tentulah ada aspek kemanusiaan yang perlu diambil kira kerajaan. Nanti jenayah meningkat disebabkan Rohingya terdesak nak makan, jadi isu juga lagi.

Virusi Covid-19 ini pula tak kenal status dan kewarganegaraan – mewajarkan tindakan kerajaan menutup kawasan tersebut.
Jadi, apa isu sebenarnya kalau boleh tahu?

Md Aziz Dahlan
Tambun
– SuaraTV

ni antara org yg banyak sembang tapi tak fikir kesannya....
 
Kerajaan berusaha halang covid
Semua tahu mcm mana langkah kerajaan nak membendung
Aku pon bangga dfn langkah kerajaan membendung wabak covid

Hope selepas nie
Bagaimana semua jabatan kerajaan teamwork membasmi covid
Diteruskan kepada teamwork semua pihak membasmi pendatang haram
Hantar pulang shj indon.. laos..vietnam..filipina.. bangla dll

Sebab rakyat malaysia pon dah banyak yg xder kerja
Dulu amik depa sebab nak suruh kerja
Skang org temoatan boleh bekerja dah
 
Bagi yg masih nk salahkn PH, ni nk bagitau dulu UmPas sokong Rohingya sampai buat himpunan ribuan ahli di Padang Merbuk utk halalkan kerjasama Umno Pas.

Skrg depa halau puak2 Rohingya yg mencari perlindungan sampai ada yg mati di lautan.
Sedih aku baca berita tersebut...

FB_IMG_1587650506076.jpg
FB_IMG_1587631362333.jpg
FB_IMG_1587650677563.jpg

So fikir2kanla dan renung2knla...

benda ni memang biasa dlm permainan politik lebih2 lagi benda yg boleh dikaitkan dgn agama... sonanglah nnti bash kawan tu yg memang dah kena chop anti islam...

walaun, pak turut, bodoh piang, pentaksub pun ikut join sekali... walhal bkn tau apa pun...

Bila kena troll balik mulalah deme akan bermain gasing smpai semua org pening... 🤣
 
1587653555666.png

Sekadar Perkongsian.

Isu Rohingya ini sebenarnya rumit. Sangat rumit. Tapi ramai yang main bedal saja mengulas isu ini tanpa membuat penyelidikan secara menyeluruh.

Ilmu yang sedikit membawa kepada fitnah. Ramadhan dan hari-hari Tasyriq yang patut menyatukan kita menjadi hari berbalah dan menyebar dusta. Apa benda.

Ada tulisan tular yang kata Rohingya ini tidak "deserve" bantuan kita kerana mereka berperangai buruk.

"Kalau etnik lain boleh hidup aman damai di Myanmar kenapa Rohingya tak boleh? Mesti perangai Rohingya sendiri yang suka duduk dalam kepompong sendiri menolak asimilasi kan? Cuba tengok perangai mereka dekat Selayang!"

Benda ini bukan boleh pakai logik sahaja bang.

Rohingya dibenci pun bukan kerana faktor agama atau Islamo-fobia semata-mata. Bukan hitam vs putih. Bahaya jika isu ini dibahaskan melalui kerangka konflik agama.

Isu Rohingya adalah contoh klasik kegagalan ethno-nasionalisme yang membawa kepada kegagalan "nation-building". Rohingya merupakan kumpulan yang dikambinghitamkan dalam masalah ini dan mereka menghadapi penghapusan etnik atau "genocide".

Rohingya bukanlah pendatang Bangladesh yang sombong seperti yang didakwah. Keadaan Rohingya dan Bangladesh ada persamaan dengan Alam Melayu juga.

Pada asalnya negeri Rakhine (atau Arakan, tempat duduk orang Rohingya) dan Bengal (Bangladesh hari ini) dekat dari segi geografi dan politik, maka berlaku interaksi budaya. Selepas tahun 1785, Arakan ditawan oleh Burma (Myanmar) dan kekal berada di bawah Burma selepas Burma merdeka daripada Britain pada tahun 1948, maka Muslim Arakan dipisahkan daripada Muslim Bengal.

Muslim Arakan atau Rohingya ini pada asalnya boleh hidup dengan etnik Rakhine yang menganut Buddhisme. Namun dasar British yang membawa masuk buruh Bengali menyebabkan Rakhine rasa terancam. Malah semasa Perang Dunia Kedua (1939-1945), Rakhine menyokong Jepun dan Rohingya setia dengan British. Maka berlakulah permusuhan dan episod bunuh-membunuh seperti 14 hari pemerintahan Bintang Tiga di Tanah Melayu.

Rohingya pernah menuntut kemerdekaan agar disatukan dengan Bangladesh. Mereka berjuang secara bersenjata di bawah nama Mujahideen (1947-1961), Rohingya Liberation Party (1972-1974), Rohingya Patriotic Front (1974-1982), Rohingya Solidarity Organization (1982-1998), Arakan Rohingya Islamic Front (1986-1998) dan Arakan Rohingya National Organization (1998 sehingga kini).

Dan bukan Rohingya saja yang tak mahu berasimilasi, berpuluh-puluh etnik yang lain seperti Karen, Mon, Shan, Kachin dan Wa telah mengangkat senjata menentang dasar asimilasi "Burmanization" yang bermula sejak 1960-an selepas kudeta tahun 1962. Nama saja Burmanization tapi pemerintah tentera berat sebelah kepada budaya etnik Bamar dan agama Buddhisme.

Untuk mengambil hati Rakhine (salah satu daripada 4 etnik penganut Buddhisme bersama-sama orang Bamar, Shan dan Mon), Jeneral Ne Win memberi taraf autonomi kepada Rakhine dan tidak mengiktiraf Rohingya sebagai penduduk Rakhine. Malah, sejak tahun 1982 Rohingya dilucut kewarganegaraan di bawah Undang-Undang Kewarganegaraan. Rohingya menjadi "stateless people".

Pendemokrasian Myanmar sejak tahun 2011 tidak mengubah nasib Rohingya. Parti yang anti-Rohingya, Rakhine Nationalities Development Party (RNDP) memenangi majoriti kerusi di Rakhine. Presiden Thein Sein tiada pilihan selain mengambil hati RNDP dengan membuat cadangan agar orang Rohingya ditempatkan semula, satu cadangan yang ditolak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) kerana menzalimi hak orang Rohingya sebagai penduduk asal.

Thein Sein disokong oleh gerakan sami pelampau seperti Ashin Wirathu, pemimpin Gerakan 969 yang menyebarkan sentimen Islamo-fobia. Gerakan 969 inilah tukang penyebaran propaganda bahawa orang Rohingya adalah pendatang Bangladesh dan menghasut orang Rakhine membunuh orang Rohingya.

Sejak itu pembantaian ke atas Rohingya berlaku pada Jun 2012, Mac 2013 dan Oktober 2016 sehingga kini. Semakin ramai yang meninggalkan Rakhine dan semakin banyak tragedi kemanusiaan yang dilaporkan. Kebanyakan mereka samada mati lemas di tengah laut, atau dirogol dan dibunuh oleh pedagang manusia di Chittagong Hill Tracts di sempadan Rakhine-Bangladesh.

Apa yang berlaku ke atas orang Rohingya menepati ciri-ciri "genocide" yang sistematik: ia bermula dengan "classification" (identiti Rohingya diasingkan daripada rakyat Myanmar), kemudian "dehumanization" (969 panggil Rohingya sebagai anjing), "organization" dan "polarization" (orang Rakhine dihasut dan diberi senjata), "extermination" (bantai) dan "denial" (penafian berlakunya pembantaian).

Apa yang berlaku ke atas Rohingya sama seperti apa yang berlaku ke atas kaum Muslim Bosniak di Bosnia (1995), kaum Darfur di Sudan (2003-kini), Tutsi di Rwanda (1994), Yahudi dan Gypsy di Jerman (1942-1945) dan Armenia di Turki (1915-1917).

Situasi ini berbeza dengan Selatan Thailand atau Selatan Filipina di mana genocide tidak berlaku. Keadaan Rohingya berada di tahap kritikal, di ambang pembinasaan (annihilation).

Bermula tahun 2016 Rohingya menubuhkan tentera mereka sendiri, Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA) untuk melindungi mereka. Maka bertambah kukuh lah dakyah 969 bahawa Muslim Rohingya ini golongan teroris. Lagi senang tentera Myanmar dan militia Rakhine menjalankan kerja mereka. Pada 25 Ogos 2017 baru-baru ini, ARSA diisytiharkan sebagai kumpulan teroris oleh kerajaan Myanmar dan itu menjadi antara punca kemarahan orang Rohingya baru-baru ini.

Siapa kata Rohingya tak berusaha untuk mengubah nasib sendiri? Tapi mereka ni tak lawan mati, lawan pun mati. Nasib orang Rohingya baru betul-betul tersepit.

Fakta-fakta ini boleh diperolehi daripada dokumen-dokumen UN, UNHCR, Amnesty International, Human Rights Watch dan banyak lagi. Jenayah terhadap Rohingya dibentangkan dalam sesi demi sesi di UN.
Tan Sri Razali Ismail, wakil Malaysia di UN adalah antara sosok yang aktif dalam aktiviti ARNO yang berpangkalan di London. Jadi, apa yang cuba dinafikan tentang genocide ke atas Rohingya di Myanmar?

Ada ke patut mangsa genocide dipersalahkan?

Kenapa dunia tidak mahu bersuara membela Rohingya?

Kerana Myanmar ini negara yang sensitif. Kedudukannya strategik dari segi geo-politik. Myanmar pro-China, jadi kuasa-kuasa Barat (US, EU) dan India cuba kurangkan kritikan terhadap Myanmar agar ia berpaling tadah daripada China. Tapi kalau semua kuasa-kuasa besar termasuk China hatta ASEAN kutuk Myanmar sekali pun, Myanmar boleh saja tutup pintu dan amalkan dasar isolasi. Masalah tetap tidak selesai malah lagi mudah mereka nak bantai Rohingya sampai habis.

Keadaan ini berbeza dengan krisis di Bosnia atau Sudan di mana kerajaan mereka lebih "vulnerable" dengan kecaman kuasa-kuasa besar.

Nak harapkan Bangladesh yang "serumpun" dengan Rohingya? Bangladesh antara negara termiskin di dunia. Kecil dari segi ekonomi dan ketenteraan. Tak mampu nak melindungi Rohingya secara infiniti.
Dan kita pun tak mampu untuk membantu pelarian Rohingya buat selama-lamanya. Mereka yang menyuarakan keresahan tentang kehadiran Rohingya pun tidak salah sepenuhnya. Tak salah juga kalau nak mendahulukan kepentingan negara lebih daripada kemanusiaan. Tak salah.

Pada asalnya tak timbul isu pun. Orang Rohingya tak minta bantuan tambahan. Orang Rohingya tak minta nak jadi warganegara Malaysia. Orang Rohingya cuma membantah kekejaman ke atas mereka di hadapan Kedutaan Myanmar. Keadaan hilang kawal sedikit, tapi tak seteruk perhimpunan yang dibuat oleh rakyat tempatan.

Ia menjadi isu apabila ada orang cuba menghasut agar membenci Rohingya. Kalau tak nak bantu pun tak apa, tapi amat zalim jika "whitewash" jenayah kemanusiaan yang dilakukan ke atas Rohingya dengan "half-knowledge".

Kalau betul-betul prihatin dengan isu ini, baik consult pakar seperti Dr. Jatswan Singh di Universiti Malaya yang lebih 20 tahun mengkaji politik Myanmar dan masalah Rohingya.

Kalau setakat mengulas dengan emosi dan "half-truth", atau nak mengaitkan pengalaman "saya dan Rohingya" masing-masing, sampai kiamat pun tak selesai.

Walaubagaimana pun saya setuju langkah kerajaan baru baru ini yang menghalang kemasukan kapal dari mendarat..cukup cukuplah yang dah ada ni.

Bacaan Lanjut:
-- United Nations High Commissioner for Human Rights, "Situation of Human Rights of Rohingya Muslims and other Minorities in Myanmar" (20 Jun 2017)
-- United Nations Human Rights Office of the High Commissioner, "Report of OHCHR Mission to Bangladesh: Interviews with Rohingyas Fleeing from Myanmar since 9 October 2016" (3 Februari 2017)
-- Azeem Ibrahim, "The Rohingyas: Inside Myanmar’s Hidden Genocide" (2016).
-- Human Rights Watch, "All You Can Do is Pray: Crimes Against Humanity and Ethnic Cleansing of Rohingya Muslims in Burma’s Arakan State" (2013)
-- Su-Ann Oh, "Rohingya or Bengali? Revisiting the Politics of Labelling" (Insitute of Southeast Asian Studies, 2012).
 
Mata lebah atau mata lalat?

Ada seorang alim bertanya pada pemuda:

Apa yang lebah akan cari bila dicampak ke dalam sampah?

Pemuda jawab :

Dia akan mencari madu.

Orang alim itu memberitahu :

Tidak, sebaliknya dia akan cari bunga terlebih dahulu, kemudian baru datangnya madu.

Kemudian dia tanya lagi :

Apa yang terjadi apabila lalat dicampakkan ke dalam taman yang dipenuhi dengan bunga?

Pemuda menjawab :

Pasti lalat akan mencari sampah.

Kemudian orang alim itu berpesan :

Jadilah kamu seperti mata lebah walaupun ditunjuk akan keburukan seseorang kepada kamu, tetap kamu mencari kebaikannya.

Sebaliknya janganlah kamu jadi mata lalat walaupun ditunjuk seribu kebaikan seseorang kepada kamu, kamu masih lagi mahu mencari keburukan orang lain.
 
xkesah laa dia mangsa geonocide ke..

mangsa kekejaman mynmar ke..

pelarian ke..

tapi bila diberi perlindungan dinegara orang, hormat tuan rumah..

jangan nak claim macam2..

tunjuk perangai yang baik..
 
FB_IMG_1587656029665.jpg

​
Surat terbuka tuntutan Rakyat Malaysia Kepada Presiden Hak Kemanusiaan Etnik Rohingya Malaysia

Dari : MAJLIS MUAFAKAT PENDIDIKAN JOHOR DAN PERIMAU JOHOR (MALAYSIA)

Kepada : ZAFAR AHMAD BIN ABDUL GHANI Tarikh : 23 APRIL 2020

TUNTUTAN SUPAYA SEMUA ETNIK ROHINGYA DIHANTAR PULANG KE NEGARA ASAL TERMASUK JUGA PRESIDEN.

Menurut perkara diatas surat tuntutan anda kepada kerajaan Malaysia telah dipertimbangkan oleh rakyat Malaysia.

Sehubungan dengan itu kami sebagai rakyat Malaysia dengan nada yang tegas menyatakan bahawa kami tidak boleh menerima sama sekali tuntutan yang anda lakukan terhadap Kerajaan kami, ini kerana tuntutan anda itu tidak munasabah sama sekali dan tidak masuk akal.

Seperti yang anda maklum etnik anda cumalah pelarian atau pendatang tanpa izin yang meminta bantuan berlindung di negara ini.

Sehubungan dengan itu atas dasar kemanusiaan rakyat negara ini memberi peluang kepada etnik anda berlindung dibawah status "PELARIAN" dan bukannya sebagai "RAKYAT atau "PENDUDUK TETAP" dan suka diingatkan bahawa MALAYSA tidak terikat dibawah perjanjian UNCHR termasuk negara2 ASEAN yang lain.

Namun setelah diberi peluang, anda bertindak melakukan tuntutan terhadap kerajaan kami yang memberi peluang anda hidup dengan tuntutan yang melampau dan tidak masuk akal.

Sehubungan dengan itu juga kami Rakyat Malaysia menuntut supaya anda:

1. PULANG KE NEGARA ASAL
2. JANGAN LAGI BERNIAGA DI DALAM NEGARA INI
3. ANDA SELAKU PRESIDEN SILA KELUAR DARI NEGARA INI
4. ANDA BUKANLAH RAKYAT MALAYSIA TETAPI ANDA HANYALAH PENDATANG HARAM YANG MENUMPANG DI NEGARA INI

Jadi dengan termaktubnya tuntutan tersebut maka kami rakyat Malaysia dengan sebulat suara menuntut agar kerajaan Malaysia menghantar keluar etnik anda dari Malaysia dan buat tuntutan ke atas negara kamu sendiri.

TERIMA KASIH
Presiden
MOHD RIDHWAN BIN HAJI OTHMAN

​

PKPD 6 yang Degil

PKPD yang menuntut ATM dan PDRM untuk lebih tegas dan menambah kawalan serta rondaan di kawasan Pusat bandar Utara Kuala Lumpur.

Kawasan perumahan di PKPD ini dihuni majoriti warga asing meliputi Rohingya, Indonesia, Bangladesh dan lain-lain.

Oleh yang demikian, Sah kan MMP nyatakan majoriti Rakyat Malaysia adalah yang paling patuh Arahan PKP serta PKPD.

Tetapi tidak kepada majoriti warga asing terutama Rohingya ( Nak Provokasi sikit) yang telah dilaporkan banyak kali melanggar PKPD di kawasan berkenaan.

Akibat kebebalan yang berlaku

ATM membina 9 Menara Peninjau di sekitar kawasan PKPD bagi memantau kawalan pergerakan di sana.

MMP

P/S Kami Memprovok bak kata orang tu laa kan
 
​

#COVID-19

FIGHT FOR COVID-19.
STOP SMUGGLING OF MIGRANTS.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

Sumber: Bahagian D3 (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#23042020
 
Back
Top
Log in Register