BTC USD 83,014.8 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rohingya semakin besar kepala

FB_IMG_1587620316161.jpg

​
Sehingga jam 5 petang 22 April 2020 jumlah keseluruhan mereka dijangkiti Coronavirus di Malaysia meningkat kepada 5,532 orang dengan 93 kes kematian.

Satu demi satu isu timbul, Admin tak sempat nak peluk bini dah ada isu baru muncul. Sedang PERTEBAW sibuk mengerjakan USTAZ DAJJAL yang perangai tak macam ustaz langsung (tengok bulu kening dia pun Admin dah benci), datang pulak geng Rohingya buat hal. Boleh pulak mereka yang kita bagi tumpang atas belas kasihan dan berstatus pendatang, buat demand macam-macam. Diorang mintak hak sama rata dengan rakyat Malaysia, mintak kerajaan benarkan lebih ramai lagi Rohingya yang kini ada berkapal-kapal di perairan negara mendarat di tanahair kita. Ini sudah lebih... kalau mintak kaki memang ramai sudi hulurkan! Admin harap kerajaan Malaysia bertegas dan halau semua sekali balik negara mereka sebab kita dah bagi peha dia nak pangkal rahim pulak! Teringat satu baris lirik lagu Elton John yang berbunyi seperti ini... LEPASKAN ANJING TERSEPIT KAKIMU PULA DIBAHAM DIGIGIT!

Marilah kita berdoa agar keadaan segera kembali seperti normal, InsyaAllah. Sekian, Terimakasih.

#lemburockfanclub #lemburock #kartunis #komikviral #komik #comiclfc #coronavirus #covid19
 


​

Biarlah Apa Pokcik Mokcik Yang acah2 Simpati sampah ni nak kata.

TAK PAYAH NYANYI LAGILAH SEMALAM MALAM ROHINGYA..

Baik nyanyi SEMALAM MALAM MALAYSIA ke
SELAMAT PAGI KUALA LUMPUR nyanyian Alleycats lagi bagus

Kau orang nak kata Page ni Ultras Kanan ke Ultras Malaysia ke..ko punya pasal lah..

Tapi Kami tengok bola memang geng2 Ultras 55555..Ekor Harimau Malaya

#KITAJAGAKITA
 
Masuk akalla nape rohingya ni nk datang sini, sbb puak2 PNkhianat dh brjanji. Tkkan korang dh lupa.

Dulu puak2 ni berhimpun tema ungu ribuan orang dgn slogan perpaduan islam dipadang merbok bela nasib orang2 Rohingya. Habis diangkat pemimpin mereka berucap dan bergambar.

Tu la pasal dorang nk ke mari, pejuang melayu dan lobai sudah janji. Janji islam lg...bertakbirr lagi..

FB_IMG_1587620946482.jpg
 
FB_IMG_1587622401536.jpg

​
'Ada ketikanya kita terpaksa bertindak tegas terhadap segelintir demi melindungi mereka yang lebih sepatutnya diutamakan' - Zaki Salleh.

Perketat kawalan di sempadan

Sekiranya ada mana-mana pihak yang beranggapan kawalan keselamatan di sempadan negara kini longgar atau kurang diberi perhatian disebabkan tumpuan pasukan keselamatan terhadap tugas pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), telahan itu silap.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya sebagai pasukan paling hadapan dalam penugasan mengawasi perbatasan negara sebenarnya masih bertugas seperti hari-hari biasa sama ada di sempadan daratan, perairan dan juga mengawasi ruang angkasa untuk tempoh 24 jam sehari selama tujuh hari seminggu tanpa gagal.

Pada masa sama, seramai 7,500 anggota ATM ditugaskan membantu pihak polis dalam tugasan PKP seperti mengawasi sekatan jalan raya dan juga kawalan lokasi yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Jumlah ini hanyalah kecil berbanding kekuatan sebenar ATM iaitu kira-kira 120,000 anggota.

Selain ATM, tugas pengawasan di sempadan ini turut digalas pasukan keselamatan lain seperti Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Gerakan Marin, Pasukan Gerakan Udara, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Agensi Kawalan Sempadan Negara dan Jabatan Imigresen.

Kolaborasi padu bersama ini yang bukan sahaja melibatkan kawalan persempadanan darat di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur, malah turut melibatkan kawalan di kawasan perairan.

Justeru, ia akan memperkukuhkan lagi perintah dan kawalan pada setiap pemerintahan supaya berada pada tahap tinggi.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dalam kenyataanya baru-baru ini menegaskan, ATM pada sebilang masa sentiasa bersiap sedia dan kekal komited dalam memperketatkan kawalan di sepanjang persempadanan negara.

Tegas beliau, melalui Perutusan Khas oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada10 April lalu, ATM sentiasa mengambil kira keadaan dalam merangka pelan strategik pertahanan negara merangkumi apa jua situasi terutama semasa negara kini menghadapi penularan wabak Covid-19.

“Pelbagai kemungkinan diperhalusi terutama jangkaan tindakan warga asing yang akan memasuki negara secara tidak sah dengan menggunakan laluan-laluan tikus. Ini seterusnya boleh memberi impak kepada peningkatan penularan wabak Covid-19.

“Sebab itu semasa penguatkuasaan PKP dan PKPD, operasi dalam negara tetap diteruskan dan berjalan seperti biasa,” tegas beliau dalam kenyataan tersebut.

Sebab itu, kejayaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesan sebuah bot yang membawa 200 pendatang asing tanpa izin (PATI) Rohingya di barat Pulau Langkawi, Kedah pada Jumaat lalu wajar diberikan pujian.

Kehadiran bot berkenaan dikesan melalui pengawasan udara menggunakan pesawat C-130H sebelum menggerakkan dua buah kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke lokasi berkenaan untuk memintas bot berkenaan.

Atas dasar perikemanusiaan, kesemua penumpang bot diberikan bekalanan makanan sebelum diusir keluar dari perairan negara.

Ini merupakan cubaan kedua PATI Rohingya masuk ke perairan negara yang berjaya dikesan semasa tempoh PKP ini.

Sebelumnya pada 5 April lalu, 202 PATI entik ini ditahan di pantai berhampiran sebuah pusat penginapan di Kampung Teluk Nibong, Langkawi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 pagi itu, kumpulan PATI terdiri 152 lelaki, 45 wanita, empat kanak-kanak lelaki dan seorang perempuan ditahan pada kedudukan 1.2 batu nautika di Barat Daya pantai berkenaan.

Sehubungan itu, tidak mustahil cubaan seperti ini akan berulang oleh PATI dari negara-negara lain termasuk negara tetangga.

Mereka yang telah berada di negara masing-masing tetapi memilih untuk kembali semula ke Malaysia disebabkan kebimbangan berikutan penularan wabak Covid-19 di negara sendiri.

PATI ini juga sanggup mengambil apa jua risiko termasuk ditangkap oleh pihak berkuasa asalkan hasrat mereka untuk mendarat atau melepasi sempadan Malaysia terlaksana.

Selain itu, pendatang asing yakin mereka akan mendapat layanan lebih baik berbanding di negara sendiri termasuk penjagaan kesihatan.

Malah, tempoh perundangan untuk mengusir keluar sudah pasti memakan masa dan setidak-tidaknya sepanjang tempoh tersebut mereka selamat berada di sini.

Perkara ini wajar dibimbangi kerana kehadiran mereka tanpa proses saringan yang betul mengundang risiko tinggi selain boleh mencetuskan gelombang baharu virus maut tersebut.

(Artikel sama telah disiarkan pada portal berita MalaysiaGazette)

Zaki Salleh

Informasi TEMPUR اينفورماسي تمڤور
Website : www.informasitempur.com
FB : Informasi Tempur
Instagram : informasitempur
Strategi . Teknologi . Industri

Informasi Tempur
 
bagi aku, lantik, letak laa banyak mana pegawai anggota keselamatan, TUDM ke, maritim ke, polis ke, imigresen ker..

kalau tak bendung betul2 memang tak ke mana...

bukan apa, isu PATI ni dah lama, dah berbuih mulut dah dari dulu...daripada rohingya, indon, bangla, myanmar, nepal...macam2 dah masuk, keluarnya sikit..

orang awam macam kita, kalau ada orang tanya port PATI duduk, melepak, tinggal..mesti kita boleh jawab, kat sini, kat situ...

tapi kenapa penguatkuasa kena ada laporan, ada kes selalunya baru g serbu? kemudian macam tak berkesan pulak tu, dah serbu, seminggu dua, penuh balik...

jawapan tu ada pada jabatan penguatkuasa tu sendiri......
 
Masuk akalla nape rohingya ni nk datang sini, sbb puak2 PNkhianat dh brjanji. Tkkan korang dh lupa.

Dulu puak2 ni berhimpun tema ungu ribuan orang dgn slogan perpaduan islam dipadang merbok bela nasib orang2 Rohingya. Habis diangkat pemimpin mereka berucap dan bergambar.

Tu la pasal dorang nk ke mari, pejuang melayu dan lobai sudah janji. Janji islam lg...bertakbirr lagi..

FB_IMG_1587620946482.jpg
PHitnah masuk neraka
 
Back
Top
Log in Register