BTC USD 82,979.3 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rogol: Empat beranak ditahan

KUCHING 12 Feb. - Seorang bapa dan tiga anak lelakinya ditahan bagi membantu siasatan kes rogol anak perempuannya yang berusia 18 tahun di sini semalam.

Bapa yang berusia 51 tahun itu ditahan bersama tiga anak lelakinya, masing-masing berusia 21, 22 dan 23 tahun.

Mereka ditahan di dua lokasi berasingan iaitu di rumah mereka di Semariang dan sebuah tapak perniagaan di Batu 8 di sini kira-kira pukul 11 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, Senior Asisten Komisioner II Huzir Mohamed ketika dihubungi mengesahkan penangkapan keempat-empat suspek.

"Kes ini masih dalam siasatan polis mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya yang enggan mengulas lanjut.

Kelmarin, mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching ditemani rakan-rakannya.

Menurut laporan itu, mangsa mendakwa telah dirogol suspek sejak berusia 12 tahun di rumah mereka.

P/S: iskk..iskk...Anak beranak sepakat merogol ni..adesh

ni islam ker non muslim yg punya kerja ni???
 
apa nak jadi lah dunia sekarang ni.. orang dulu bunuh anak pmpn.. org sekarang rogol anak pmpn.. adeh
 
gila.. satu famili.....



mak dia xtau?????
 
Back
Top
Log in Register