BTC USD 81,435.5 Gold USD 4,113.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rogol dalam bas sekolah

kalau pi mahkamah..silap2 haribulan terlepas ni!!:">:">:">
 
Dia Yang buat Bini Dia ngandung Pastu tak leh tahan lak..
apo la manusio ni...

potong A*** pastu bagi makan ikan keli..
 
Gila punya orang. Letak je bawah bas dia dan gelek sampai mampus.
 
PETALING JAYA: Seorang pemandu bas sekolah merogol seorang pelajar berusia 14 tahun dalam kenderaan itu dalam satu kejadian di Sungai Way di sini awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi, lelaki durjana itu yang menjalankan rutin hariannya mengambil pelajar di sekitar Petaling Jaya menggunakan kesempatan ketika gadis itu menaiki bas dipandunya berseorangan.

Difahamkan, pelajar malang itu yang juga penumpang pertama menaiki bas terbabit, dirogol pemandu bas itu yang membawa kenderaannya ke satu lokasi tersorok sebaik mangsa menaiki bas untuk ke sekolah.

Lelaki itu menutup pintu bagi mengelak pelajar tingkatan dua itu menjerit meminta tolong atau lari menyelamatkan diri sebelum merogolnya.


Mangsa yang ketakutan selepas diugut, hanya mampu merelakan dirinya dirogol lelaki terbabit berikutan ketika kejadian tiada sesiapa berada di sekitar kawasan itu.

Selepas memuaskan nafsu serakahnya, pemandu bas itu tanpa belas kasihan dan rasa bersalah meninggalkan pelajar berkenaan di tempat kejadian menyebabkan mangsa terpaksa berjalan kaki pulang ke rumah sambil menangis.

Menurut sumber, bapa pelajar itu membawa mangsa yang masih berpakaian seragam sekolah ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk membuat laporan.

Susulan laporan itu, polis menahan pemandu bas terbabit bagi membantu siasatan.

“Lelaki berusia 20-an itu ditahan kira-kira jam 1 tengah hari semalam (kelmarin). Suspek sudah berkahwin dan isterinya sedang mengandung anak sulung mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

“Lelaki itu kini ditahan dan akan direman mulai esok (hari ini),” katanya.

Dulu zaman aku sekolah dengan pak cik driver bas ler mak beri kepercayaan tetapi sekarang dah tak boleh diharap dah.

Aku hantar/ambil anak2 aku sendiri. kalau aku tak sihat anak pun tak pi sekolah. Zaman sekarang tak boleh nak harap sesapa dah

Takkan driver tu nak rogol ko kut?
lain lah kalau driver tu makcik...
 
sedapnya sekejap je... pastu hamik ko hukuman bertahun2... tak kesian ke kat anak bini? buduh la aku rasa...
 
aku x tak nak ckp apa cuma boleh kata BANG**T
 
harapkan pagar..pagar makan padi.

bini pregnant anak sulung lak tu.adei
kasi sebat trus la jantan mcm nie..gersang xbetempat
 
kaki seks betul drebar nie..kesian budak tu baru 14tahun dah hilang kesucian diri..mahu trauma pas ni! aku harap dia diberi bimbingan kaunseling untuk pulihkan semangat dia...simpati!
 
Back
Top
Log in Register