BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rogol Anak Tiri, Lelaki Dipenjara 30 Tahun, 18 Sebatan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,139
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,139
Reaction score
346
Points
141
683682f2263a1c26812538fc6fa4779669ddf4302468d

Seorang bapa tiri di penjara selama 30 tahun dan disebat 18 kali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan merogol anak perempuan tiri bawah umur sejak tahun lepas.

Seorang lelaki dihukum penjara 30 tahun dengan 18 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merogol anak perempuan tirinya yang berusia 13 tahun.

Hakim Zulkpli Abdullah menjatuhkan hukuman ke atas lelaki berusia 53 tahun itu selepas dia mengaku bersalah atas enam pertuduhan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan enam sebatan bagi setiap dua pertuduhan dan memerintahkan semua hukuman itu berjalan berasingan bermula dari tarikh tangkap pada 6 April 2026.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, dia didakwa melakukan persetubuhan dengan anak tirinya itu di sebuah rumah di Tanah Merah, antara 12 tengah malam sehingga 4 pagi, pada 31 Mac, 12 Nov dan 5 Dis 2025.

Bagi pertuduhan keempat hingga keenam, dia didakwa melakukan persetubuhan dengan mangsa sama di lokasi serupa pada 1 pagi 27, 28 dan 30 Mac 2026.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan juga sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Aiysha Na'ilah Harizan memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dan berat kepada tertuduh kerana kesalahan itu meninggalkan kesan trauma kepada mangsa.

 
Back
Top
Log in Register