BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Robot solat sunat Aidiladha di masjid

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,146
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,146
Reaction score
346
Points
141

Robot solat sunat Aidiladha di masjid​

geli-robot.jpeg

Tangkap layar video menunjukkan robot humanoid itu menunaikan solat sunat Aidiladha secara berjemaah di sebuah masjid di Dubai. - TikTok

DUBAI – Sebuah robot humanoid mengundang perhatian orang ramai apabila menyertai solat sunat Aidiladha di sebuah masjid di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @lovindubai menunjukkan robot terbabit berjalan memasuki masjid sebelum menunaikan solat sambil memakai serban dan jubah berwarna putih.

Lebih mengejutkan, robot itu menunaikan solat secara berjemaah.

Ia juga pernah melaungkan azan menggunakan mikrofon masjid semasa bulan Ramadan pada tahun ini.

Rakaman itu mencatatkan lebih 689,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi pengguna laman sosial.

“Semoga Tuhan panjangkan hayat baterinya,” kata seorang netizen. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register