BTC USD 63,323.9 Gold USD 4,327.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Robot Penguasa Forex...boleh percaya ke?

Salam,

Saya terjumpa web ni,jual robot penguasa forex.Mengikut pemilik web kata boleh untung 100% dan tidak pernah kalah.Modal dari $1000 boleh jadi $1,000,000.00 dalam tempoh sebulan.Terasa nak beli, harga mahal sangat dan kurang percaya.Ada sesiapa dah pakai robot ni.:-?


http://www.penguasaforex.com/

1000 turn to 1million....tobat dia tak jual laaaaaa:eek:
 
scam2.........cuba try google mana tau ada yg free kan
 
Dah cari merata,dalam 4shared,repidshare pun dah cari tapi x dak.Kalau dapat free tu nak cuba juga,mana tau menjadi.Sekali fikir klau x betul, berani juga mamat tu beri no phone dan tunjuk muka kat web tu.Tak takut kena lepuk dgn org yang dah beli tpi x menjadi...diindon jgn main-main klau tipu orang.Ada sesiapa dah tel no tu?
 
salam semua...ok kepada sesiapa yg berhajat nak beli jangan...scam.kawan saya telah trf ke dia semalam pakai mbb.dah masuk dia suh trf lagi kerna dah up harga...yg celaka tu dah setel apa smeua....dia siap sms...mengatakan bye -bye.celaka betul dia nie...kasihan nengok kawan saya.baru 3,4 bulan main forex.tgok ajer terus dia beli...dah awalnyer tipu kata tak beli.bila dah terkena.baru tunjuk resit wire trf...kata beli.hahaha jadi kepada sesiapa yg nak beli dan berhajat..lupakan.sebarkan agar yg lain tidak terkena... salam semua...
 
apa nak jd daaa... ada jugak org percaya ayat cenggini dizaman atom nie....#:-S
 
robot yang boleh pergi long term adalah robot yang hanya ambil 10-30% sebulan. yang profit melampau2 ni sebulan dua je hidup selalunya..aku sendiri pakai robot tapi bulan2 consisten profit 10-20% je.cukup lah..buat apa nak tamak2. kita nk long term dan konsisten dalam forex..bukan nk kaya hari ni tapi esok papa..

robot yang profit melampau2 ni x jaga MM. klu dia trade lwn arah memang mapus la..

org trade manual pun jaga MM..:)
 
Kalau dibaca Testimoni macam gempak juga,tapi kita mesti ingat bahawa tiada robot forex yang dapat menjamin keuntungan 100%. Risiko rugi 100% tetap ada.
 
Sejak 2007 lagi aku dah try bermcm2 robot tapi kesimpualnnya semuanya penipu. Hanya nak kaut untung dari hasil jualan EA. Aku nasihatkan pada semua agar trade manual shj.
 
Salam,

Saya terjumpa web ni,jual robot penguasa forex.Mengikut pemilik web kata boleh untung 100% dan tidak pernah kalah.Modal dari $1000 boleh jadi $1,000,000.00 dalam tempoh sebulan.Terasa nak beli, harga mahal sangat dan kurang percaya.Ada sesiapa dah pakai robot ni.:-?

tak masuk akal.. :eek:
 

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.15345
USD / JPY
160.178
GBP / USD
1.33413
USD / CHF
0.79776
USD / CAD
1.39535
EUR / JPY
184.757
AUD / USD
0.70450
Back
Top
Log in Register