BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RM2.35 Juta Untuk Tujuh Projek Naik Taraf Infrastruktur Batu Uban - Kumaresan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

RM2.35 Juta Untuk Tujuh Projek Naik Taraf Infrastruktur Batu Uban - Kumaresan​

dbaa3ee1606426bcaf86ba7c129efc636a101f1571da3

c695bba4a4a7e79cf5bb0d7a2921a4e06a101f9f4d359

Kredit: ADUN Batu Uban / Buletin Mutiara

Sebanyak RM2.35 juta diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek penyelenggaraan dan naik taraf infrastruktur di kawasan Dewan Undangan Negeri Batu Uban tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Uban A. Kumaresan berkata projek berkenaan melibatkan kawasan Lip Sin, Sungai Dua, Bukit Jambul, Batu Uban, Bukit Gambir dan Minden Heights dengan kerja-kerja dijangka bermula pada bulan depan serta siap sepenuhnya menjelang Disember tahun ini.

"Antara projek yang akan dilaksanakan ialah naik taraf laluan pejalan kaki di Lengkok Nipah dan Jalan Helang masing-masing melibatkan kos RM200,000.

"Penyelenggaraan longkang di Lintang Permai pula diperuntukkan RM200,000 manakala kerja penyelenggaraan jalan di Lorong Endah, Batu Uban; Lorong Rumbia 1 dan 2 serta Lorong Nipah 4 masing-masing melibatkan kos RM500,000," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata turut terlibat adalah kerja penyelenggaraan garisan jalan di Jalan Bukit Gambir, Jalan Sungai Dua, Batu Uban dan kawasan sekitarnya dengan melibatkan peruntukan RM250,000.

Kumaresan memaklumkan semua projek berkenaan diperoleh hasil isu dan keperluan rakyat yang dibangkitkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Timur Laut selain maklum balas diterima daripada penduduk setempat termasuk melalui media sosial.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang atas kerjasama dalam menjayakan projek berkenaan serta berjanji akan memastikan isu infrastruktur dan keperluan rakyat di Batu Uban diberikan perhatian sewajarnya.

 
Back
Top
Log in Register