BTC USD 84,018.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Riza Aziz dilepas tanpa dibebaskan

FB_IMG_1589795200176.jpg

​
Eh? Dia orang PH ke? Parti yang mana?

Kenapa awal-awal bila dilantik tak bagitau?

Yang bebaskan Guan Eng,Rafizi dan 12 orang kes LTTE itu kira jasa atau khianat pada PH?

Najib Razak
 
I
Tommy Thomas berkata beliau tidak akan membenarkan Riza Aziz dilepaskan tanpa dibebaskan.



Thomas sahkan ada tulis tentang penyelesaian Riza, tapi takkan khianat kepercayaan
FMT Reporters
-
May 18, 2020 1:36 PM


FMT-tommy-thomas-putrajaya-20062019-10.jpg


PETALING JAYA: Bekas peguam negara Tommy Thomas hari ini mengesahkan beliau beritahu timbalan pendakwa raya kanan, Gopal Sri Ram bahawa beliau sedia mempertimbangkan representasi bagi Riza Aziz untuk menggugurkan pertuduhan terhadap penerbit Hollywood itu sekiranya beberapa syarat dipenuhi, termasuk mendapatkan kembali lebih AS$100 juta milik 1MDB.

“Itu memang gaya saya. Setelah membaca surat itu, saya tulis beberapa perkataan atau ayat kepadanya. Saya tiada akses ke surat asal dengan tulisan tangan saya itu. Kerana kekurangan ini, saya tidak dapat mengulasnya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau merujuk kepada kenyataan penggantinya, Idrus Harun semalam mengatakan beliau diberi nasihat bahawa Thomas bersetuju secara prinsip dengan cadangan itu.

Thomas, yang meletak jawatan pada 28 Feb susulan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan, bagaimanapun berkata beliau tidak membenarkan Riza dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) daripada tuduhan pengubahan wang sekiranya beliau masih menggalas jawatan itu.



Katanya, beliau akan hilang semua kredibiliti di mata rakyat jika meluluskan arahan itu.

“Saya akan mengkianati kepercayaan perdana menteri dan kerajaan Pakatan Harapan kepada saya,” katanya.

Riza dituduh dengan 5 tuduhan wang pengubahan wang sebanyak AS$248 juta yang dituduh dilakukan antara 2011 dan 2012.

Thomas berkata beliau berpuas hati pihak pendakwaan ada kes yang kuat untuk membuktikan unsur-unsur kesalahan terhadap Riza.

“Jejak dokumen cukup banyak dan boleh dipercayai,” katanya.

“Selepas pensabitan, pendakwaraya akan mengundang hakim perbicaraan untuk menjatuhkan hukuman yang sepadan dengan keterukan kesalahan, maksimum 15 tahun bagi setiap tuduhan.”

Beliau berkata mahkamah juga akan mengenakan penalti sehingga 5 kali jumlah yang terlibat dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang itu, mungkin sekitar AS$1.2 bilion.

Beliau menambah beliau tiada buat keputusan berhubung representasi Riza sehingga hari beliau meletakkan jawatan.

“Saya akan buat keputusan sepenting ini yang melibatkan berbilion ringgit dan kepentingan awam secara bertulis. Tidak ada buat, dan tidak wujud,” tambahnya.

Beliau berkata beliau tidak berhubung dengan Idrus sejak meninggalkan pejabat itu tetapi ada beberapa kali bercakap dengan Sri Ram melalui telefon antara 28 Feb dan 14 Mei.

“Tetapi beliau tidak pernah timbulkan hal itu. Jadi selepas peletakan jawatan saya, saya tidak tahu perkara itu dan perkara lain.”

Mengenai kenyataan Idrus semalam bahawa “Malaysia dijangka dapat kembali AS$108 juta”, Thomas berkata ia untuk menghalakan tumpuan.

“Kita jalin hubungan yang kuat dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat selepas saya jadi peguam negara. Mereka sudah pulangkan berbilion ringgit, dan DoJ akan serahkan lebih banyak lagi pada masa depan,” katanya.

Beliau menambah tujuan mendakwa Riza bukan untuk meninggikan peluang Malaysia mendapatkan wang daripada DoJ kerana agensi itu akan memulangkannya kreana ia milik negara.

“Riza tidak menawarkan untuk membayar sebarang wang baru atau wang dari sebarang sumber selain daripada aset yang disita DoJ. DoJ memang akan serah AS$108 juta itu kepada Malaysia,” katanya, dan menambah Riza tidak patut dipuji kerana memulangkan wang yang bukan miliknya.

“Oleh itu, ia perjanjian yang baik untuk Riza tetapi tidak bagi Malaysia,” katanya.

Beliau juga bercakap tentang keperluan untuk mempersoalkan kenapa penerbit itu diberi DNAA secara pramatang.



Konar dan belit belit camtula si tommy thomas..🤭🤭
 
FB_IMG_1589795200176.jpg

​
Eh? Dia orang PH ke? Parti yang mana?

Kenapa awal-awal bila dilantik tak bagitau?

Yang bebaskan Guan Eng,Rafizi dan 12 orang kes LTTE itu kira jasa atau khianat pada PH?

Najib Razak

Lol.. pengakuan macam tu dengan sendirinya tak ada intigriti..patutnya tak berpihak dengan mana mana parti...patutler semua kes PH lepas😂😂😂
 
Tanya boleh je🤭🤭🤭

Tapi point ko tanya ko nak bandingkan kes ni ke.tak sma langsung tu😂😂😂
Laa ko kn dh jwp td, ko ckp SALAH. Aku ulang ye soalan. Rembat 1 ringgit pulang balik 40 sen, lama ko pikir mngalahkn bdk slow learner pstu ko jwb SALAH. Haa ok la tu, bolela pakai lg otak tu.

Ade ke aku ckp nk bandingkn dgn mana2 kes...eeeiii hehe
 
Laa ko kn dh jwp td, ko ckp SALAH. Aku ulang ye soalan. Rembat 1 ringgit pulang balik 40 sen, lama ko pikir mngalahkn bdk slow learner pstu ko jwb SALAH. Haa ok la tu, bolela pakai lg otak tu.

Ade ke aku ckp nk bandingkn dgn mana2 kes...eeeiii hehe

Lol ..tanya pun tak boleh..point ko tu nak samakan ngan kes reza ..tak payah nak koner ler😂😂😂
 
Najib razak

Masa Tommy dakwa Riza, ramai dah kata kes ini amat rumit.

Kerana semua transaksi, penggunaan dana, penghantar wang, penerima wang, bayaran balik dana, perjanjian-perjanjian pelaburan dan saksi-saksi adalah orang asing atau berlaku di negara asing.

Yang didakwa pun jarang berada di Malaysia kerana sudah lama menetap di luar negara.

Lagipun, DOJ sudah menyelesaikan kes dengan Riza dan tak pernah dakwa Riza melakukan jenayah. Cuma saman sivil.

Tapi Tommy yang sendiri mengaku dia lantikan politik PH semasa dia letak jawatan masih mahu mendakwa Riza di sini.

Mari kita dengar penjelasan Tommy:

"Pada 18 November 2019, peguam mewakili Riza menghantar surat representasi bagi menyemak semula dakwaan jenayah anak guamnya..

"Surat itu diberi kepada Gopal Sri Ram untuk dilihat dan memberi maklum balas kepadanya."

"Pada 28 Februari 2020, saya meletak jawatan sebagai peguam negara. Sehingga peletakan jawatan itu saya tidak menerima sebarang nasihat berhubung perkara (surat representasi) itu.:

Itu apa yang Tommy kata.

Dia kata dia langsung tak terlibat dalam kes Riza dari 18 Nov 2019 sehingga 28 Feb 2020 walaupun Peguam Negara baru, ketua pesuruhjaya SPRM, pendakwa raya yang Tommy sendiri lantik serta Menteri Undang-undang semua tegas bahawa Tommy terlibat dan Tommy yang bersetuju.

Kalau kita percaya kenyataan Tommy, ini bermaksud Tommy serah semua kepada Gopal Sri Ram pada 18 November 2019 dan tidak mengambil tahu apa-apa yang berlaku dalam kes ini sehingga dia letak jawatan 3 1/2 bulan kemudian pada 28 Februari 2020.

Ini juga bermaksud dia semasa tak baca berita tentang kes Riza dan tak pernah bertanya kenapa kes Riza asyik ditangguhkan oleh pihak pendakwaraya dengan alasan mereka sedang menyelesaikan kes melalui surat representasi semasa dia masih peguam negara.

"31 Jan 2020 (masa itu Tommy masih AG): Mahkamah tetapkan 25 Februari ketahui status representasi Riza Aziz"

So, apa dia buat dalam tempoh 3 1/2 bulan itu?

Dan kenapa dia langsung tak kisah, langsung tak mahu ambil tahu dan tak tanya-tanya kenapa namanya dipetik sebagai alasan untuk menangguhkan kes Riza berkali-kali semasa dia masih AG?

Boleh percaya ke?

Peliknya AG ini.
 
Pnjangnya cmm bole lukis x hehe. Sy pn sebenarnya ada ikut juga cuma malas nk korek2 citer lama. Tp pemahaman sy lbh krg gini la...ayat mudah2 je.

Waktu Pas nk saman clare SR tu sy antara org yg teruja, sy sokong, kena lawan fitnah. Diumumkn pula pusingan pertama kemenangan pd Pas...woww syukur..dgrnya ahli Pas pn ramai yg bagi sumbangn, jote2 jugak la.

Tiba2 ntah dtg dr mana ribut, kes selesai luar mahkamah dgn terma di bwh:
1. Pas kena tarik balik kes DAHULU
2. SR jwb balik juga tarik balik kes
3. Clare SR tak akan mohon maaf..what the hell
4. Artikel Pas ambil 90 juta tu kekal smpai kiamat..wowwwww..apa benda ni
5. Yg ni paling syok, kawtim luar atau setel tepi Pas kena byr 1.4 juta pd SR(Rahsia..senyap2, jgn citer kt public)

Merujuk kpd no 5 tu, disbbkn ada suara dlm Pas yg x bole jaga rahsia, akhirnya clare dedahkn dpt bayaran 1.4juta utk kawtim tepi, siap tunjuk cek lg..haa tepuk.

Gitula pemahaman sy cmm psl setel tepi kes Pas dgn SR tu. Klu slh tlg tunjukkn. Hj maikel mngkin lebih arif psl kes ni. Sori mod off topic..

aku pun dah lupa dia punya pusing... 😂😂
 
Ehh ade ckp kerr, kn x sama tu, blom dakwa kata ko hehe

Abis point ko tepek tu untuk tujuan apa🤭🤭🤭 nak suruh banding isu kes reza ke..

Diri Sendiri pun ngaku kata tak sama 🤭🤭🤭realitinya betul memang kes reza belum pun didakwa lagi..macai je meroyan tak puas hati🤣🤣🤣
 
Back
Top
Log in Register