BTC USD 83,988.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Riza Aziz dilepas tanpa dibebaskan

Ni ke cmm


tn kai, biasa biasa yg kes setel tepi tu mcm DSAI menyaman, dan defendan yg memfitnah yg kena saman tu yg bayar. jadi sepatutnya TGHH vs SR dan SR yg bayar, atau SR yg menyaman dan TGHH yg bayar. tu setel tepi

tapi dlm kes ni, PAS menyaman, dan PAS yg rekodkan penghakiman persetujuan dengan SR utk penyelesaian kes kat Mahkamah London utk elak bicara penuh kat Mahkamah London. kos bicara penuh kat Mahkamah London adalah mahal

tapi nak kata penghakiman persetujuan dibuat sebab PAS mengakui yg rm90juta tu dimasukkan kedalam akaun PAS mahupun pemimpin pemimpin PAS tak boleh juga sebab berikut:-

Namun dalam kes ni, kita dapati, apabila perintah penyelesaian sudah direkodkan di Mahkamah antara kedua dua pihak ni, artikel atau sebarang paparan yg didakwa fitnah masih lagi wujud kat online, boleh diakses oleh public. makna kata, paparan fitnah tu tidak dibuang langsung, wujud dalam keadaan asal.

pastu Plaintif masih menggunakan pernyataan menafikan yg rm90juta tu, dan Defendan masih mengguna pembelaan bahawa apa yg Defendan siarkan pada public adalah benar

jadi ni menyebabkan timbul banyak interpretasi terhadap Plaintif dan Defendan tu sendiri

apatah lagi apabila terma terma penyelesaian tidak didedah pada public

Jadi we are back to square one; seolah sama keadaan seperti sebelum saman fitnah difailkan



oleh itu dengan ini, kita tunggu perkembangan siasatan yg dibuat oleh pihak berkuasa seperti SPRM terhadap pihak pihak berkenaan




gini, dalam saman fitnah kan, tak menjadi hal atau takde masalah pun kalau saman fitnah difailkan dan kedua dua peguam Plaintif dan peguam Defendan saling cabar mencabar dengan dokumen yg difailkan kat Mahkamah, pastu apabila hampir dekat masa perbicaraan penuh, kedua dua pihak pilih utk berdamai, capai penyelesaian dan rekodkan penghakiman persetujuan kat Mahkamah

ni mungkin utk save masa dan kos, sebab jika kedua dua peguam Plaintif dan Peguam Defendan masuk proses bicara penuh, lagi tinggi kos guaman yg perlu dibayar oleh klien masing masing

perlu diingat bahawa kes yg tidak melibatkan perbicaraan penuh adalah murah sikit nilainya berbanding dengan kes melibatkan perbicaraan penuh.

atau penyelesaian penuh atas persetujuan dua dua pihak dapat dicapai, menguntung dua dua phak, jadi why not, baik pilih penyelesaian penuh kan daripada teruskan perbicaraan tu..

tn midi boleh bayangkan, kalau kes saman fitnah di Malaysia pun melibatkan kos guaman yg amat tinggi dengan currency ringgit Malaysia, apatah lagi kalau di London



lawyer kat oversea ni amat value time dia, professionalism dia.
diorang mmg means business, semuanya calculated
even consultation pun ada kosnya, bukan free. lagi la currency lak dlm pound
no wonder la kes melibatkan juta juta ringgit

kita ni ada gak diskaun diskaun, foc, kalau diorang oversea ni tak main diskaun diskaun, foc ni

melainkan mereka secara jelas sebut kes tu mereka buat probono



ok, berkenaan PAS terima rm90juta ni adalah antara isu yg berkisar dalam tuntutan Saman TGHH dan juga tuntutan balas SR. ni adalah kes yg berada kat Mahkamah Tinggi London seketika dulu sebelum ia terhenti sebelum Bicara di Mahkamah.
isu ni melibatkan tuduhan mengenai PAS menerima dari UMNO, penggubahan wang haram, 1MDB dsb.
setelah kes ni terhenti di Mahkamah Tinggi London, jadi kat Malaysia SPRM jadikan isu ni sebagai realiti dengan buat siasatan. mana mana org, bukti dan dokumen yg tersebut, berada dalam tuntutan saman TGHH dan tuntutan balas SR dipanggil disiasat..

tu mengenai bab PAS terima rm90juta




Dana RM90 juta tidak masuk akaun bank PAS - SPRM

KUALA TERENGGANU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan dana RM90 juta disyaki daripada 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) tidak pernah dimasukkan ke dalam akaun bank rasmi Pas.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull berkata, siasatan agensi itu sejak 6 Februari lalu tidak menjumpai apa-apa transaksi yang membuktikan dakwaan tersebut.

"Siasatan SPRM setakat ini tiada dana RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun (bank) Pas," katanya pada sidang akhbar pada majlis menandatangani Ikrar Bebas Rasuah Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Seramai 22 ADUN Terengganu diketuai Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar telah membacakan ikrar tersebut dihadapan Mohd. Shukri.

Di tanya sama ada siasatan berhubung dakwaan terhadap parti pembangkang tersebut akan ditutup atau sebaliknya, Mohd. Syukri enggan mengulas lanjut sebaliknya menyerahkan tindakan seterusnya kepada Bahagian Siasatan SPRM.

Sebelum ini, SPRM telah memanggil beberapa pemimpin Pas seperti Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa untuk membantu siasatan kes berkenaan.

http://www.kosmo.com.my/terkini/dana-rm90-juta-tidak-masuk-ke-dalam-akaun-bank-pas-sprm-1.847675







Sumber SPRM: Tiada kemasukan RM90j dari 1MDB ke akaun rasmi PAS

Sumber memaklumkan kepada*Malaysiakini*bahawa pihak berkuasa mendapati tiada dana dari 1MDB disalurkan ke akaun bank PAS.

Penemuan itu dibuat selepas penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti akaun bank PAS dalam siasatan ke atas dakwaan yang mengatakan pemimpin parti itu menerima RM90 juta daripada Umno.

"Tiada kemasukan wang RM90 juta dari 1MDB ke akaun (rasmi) PAS," kata pegawai yang rapat dengan siasatan kes berkenaan.

Sumber juga mengesahkan bahawa akaun yang diteliti adalah akaun yang didaftar di bawah nama parti dan bukannya akaun peribadi pemimpin PAS.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada SPRM sudah selesai meneliti akaun peribadi pemimpin PAS yang dikaitkan dalam siasatan yang dilancarkan suruhanjaya itu enam hari lalu.

Cubaan untuk mendapatkan ulasan dan perkembangan terbaru berhubung kes itu dari pegawai atasan SPRM tidak berhasil.

Difahamkan, pegawai SPRM bersifat lebih tertutup berhubung siasatan berkenaan selepas Ketua Pesuruhjaya SPRM Shukri Abdull berkata beliau tidak mahu sebarang spekulasi berhubung kes itu.

Rabu lalu, SPRM dalam kenyataan medianya mengesahkan memulakan siasatan ke atas dakwaan penyaluran dana berkenaan selepas menerima laporan.

Laporan itu, yang menurut SPRM dilaporkan oleh orang awam, dibuat selepas Presiden PAS Abdul Hadi Awang bersetuju untuk membuat penyelesaian luar mahkamah berhubung kes saman fitnah ke atas Sarawak Report.

Saman berkenaan berhubung laporan portal Sarawak Report pada 2016 yang mendakwa PAS menerima dana RM90 juta daripada Umno sebagai balasan kepada sokongan yang diberikan kepada parti berkenaan.

Turut didakwa bahawa dana berkenaan kemungkinan datang dari 1MDB.

Sejak siasatan bermula, SPRM dilaporkan telah merakam keterangan daripada beberapa pemimpin PAS termasuk Anggota Jawatankuasa Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan bekas pengerusi Bersih, S Ambiga.

https://www.malaysiakini.com/news/463627?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook











Dana RM90 juta: Hentikan spekulasi – KP SPRM


MGF13112018_FORUM-PERMUAFAKATAN02.jpg


[Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata tugas SPRM adalah untuk mengenal pasti sama ada berlaku kemasukan duit ke akaun terbabit.]

KUCHING – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mahu menimbulkan sebarang spekulasi sambil menegaskan siapa pun yang terlibat akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung dakwaan RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin PAS.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata tugas SPRM adalah untuk mengenal pasti sama ada berlaku kemasukan duit ke akaun terbabit.

“Saya tidak mahu membuat spekulasi individu tertentu akan dipanggil atau tidak… kerana rasuah ini bukan melibatkan spekulasi atau pun jangkaan. Ia lebih kepada fakta,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Majlis Amanat Perdana Integriti 2019 yang disampaikan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di sini, hari ini.

SPRM sebelum ini mengesahkan menerima laporan berhubung wang RM90 juta disyaki dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun beberapa pemimpin PAS.

Jumaat lepas, anggota Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hadir di Ibu Pejabat SPRM Kelantan bagi memberi keterangan berhubung siasatan mengenai dana sebanyak RM90 juta daripada 1MDB itu.

Menurut sumber, siasatan akan dibuat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.

Sebelum ini, artikel oleh Sarawak Report pada Ogos 2017 antara lain mendakwa dana berjumlah RM90 juta “dipercayai” dimasukkan ke dalam akaun bank pimpinan atasan PAS bagi menarik mereka menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN).

— BERNAMA






PUTRAJAYA 8 Feb.- Bekas Timbalan Presiden Pas, Datuk Dr. Nasharudin Mat Isa tiba ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi memberi keterangan berhubung dakwaan RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin Pas.

Kehadiran Nasharudin tidak disedari oleh para wartawan yang menunggu sejak 8.30 pagi dan beliau dipercayai masuk ke Ibu Pejabat SPRM pada pukul 8.40 pagi.

Selain beliau, bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa turut dijangka akan dipanggil membabitkan kes sama.

Utusan Malaysia semalam melaporkan tiga ahli politik dijangka hadir ke SPRM untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan RM90 juta disyaki daripada 1Malaysian Development Berhad (IMDB) yang dikatakan dimasukkan ke akaun beberapa pemimpin Pas.

Menurut sumber, dua orang daripada mereka akan memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini manakala seorang lagi di Pejabat SPRM Kelantan.

Dakwa sumber itu lagi, kesemua ahli politik tersebut dipercayai pernah berkhidmat di sebuah negeri pantai timur.

Sebelum ini, dilaporkan individu-individu berkaitan akan dipanggil serta beberapa dokumen diteliti SPRM berhubung dakwaan kemasukan RM90 juta ke dalam akaun pemimpin Pas.

Siasatan dibuat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.

SPRM dalam satu kenyataannya turut mengesahkan telah menerima laporan dan akan memulakan siasatan mengikut undang-undang yang diperuntukkan.

Pas turut mengumumkan pihaknya sedia menyerahkan semua dokumen kewangannya untuk membantu siasatan SPRM dan dokumen-dokumen itu akan membuktikan dakwaan tersebut tidak benar, dusta dan fitnah semata-mata.-UTUSAN ONLINE






nik abduh ambiga claire brown juga telah dipanggil utk siasatan
 
Last edited:
Tommy Thomas berkata beliau tidak akan membenarkan Riza Aziz dilepaskan tanpa dibebaskan.



Thomas sahkan ada tulis tentang penyelesaian Riza, tapi takkan khianat kepercayaan
FMT Reporters
-
May 18, 2020 1:36 PM


FMT-tommy-thomas-putrajaya-20062019-10.jpg


PETALING JAYA: Bekas peguam negara Tommy Thomas hari ini mengesahkan beliau beritahu timbalan pendakwa raya kanan, Gopal Sri Ram bahawa beliau sedia mempertimbangkan representasi bagi Riza Aziz untuk menggugurkan pertuduhan terhadap penerbit Hollywood itu sekiranya beberapa syarat dipenuhi, termasuk mendapatkan kembali lebih AS$100 juta milik 1MDB.

“Itu memang gaya saya. Setelah membaca surat itu, saya tulis beberapa perkataan atau ayat kepadanya. Saya tiada akses ke surat asal dengan tulisan tangan saya itu. Kerana kekurangan ini, saya tidak dapat mengulasnya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau merujuk kepada kenyataan penggantinya, Idrus Harun semalam mengatakan beliau diberi nasihat bahawa Thomas bersetuju secara prinsip dengan cadangan itu.

Thomas, yang meletak jawatan pada 28 Feb susulan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan, bagaimanapun berkata beliau tidak membenarkan Riza dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) daripada tuduhan pengubahan wang sekiranya beliau masih menggalas jawatan itu.



Katanya, beliau akan hilang semua kredibiliti di mata rakyat jika meluluskan arahan itu.

“Saya akan mengkianati kepercayaan perdana menteri dan kerajaan Pakatan Harapan kepada saya,” katanya.

Riza dituduh dengan 5 tuduhan wang pengubahan wang sebanyak AS$248 juta yang dituduh dilakukan antara 2011 dan 2012.

Thomas berkata beliau berpuas hati pihak pendakwaan ada kes yang kuat untuk membuktikan unsur-unsur kesalahan terhadap Riza.

“Jejak dokumen cukup banyak dan boleh dipercayai,” katanya.

“Selepas pensabitan, pendakwaraya akan mengundang hakim perbicaraan untuk menjatuhkan hukuman yang sepadan dengan keterukan kesalahan, maksimum 15 tahun bagi setiap tuduhan.”

Beliau berkata mahkamah juga akan mengenakan penalti sehingga 5 kali jumlah yang terlibat dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang itu, mungkin sekitar AS$1.2 bilion.

Beliau menambah beliau tiada buat keputusan berhubung representasi Riza sehingga hari beliau meletakkan jawatan.

“Saya akan buat keputusan sepenting ini yang melibatkan berbilion ringgit dan kepentingan awam secara bertulis. Tidak ada buat, dan tidak wujud,” tambahnya.

Beliau berkata beliau tidak berhubung dengan Idrus sejak meninggalkan pejabat itu tetapi ada beberapa kali bercakap dengan Sri Ram melalui telefon antara 28 Feb dan 14 Mei.

“Tetapi beliau tidak pernah timbulkan hal itu. Jadi selepas peletakan jawatan saya, saya tidak tahu perkara itu dan perkara lain.”

Mengenai kenyataan Idrus semalam bahawa “Malaysia dijangka dapat kembali AS$108 juta”, Thomas berkata ia untuk menghalakan tumpuan.

“Kita jalin hubungan yang kuat dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat selepas saya jadi peguam negara. Mereka sudah pulangkan berbilion ringgit, dan DoJ akan serahkan lebih banyak lagi pada masa depan,” katanya.

Beliau menambah tujuan mendakwa Riza bukan untuk meninggikan peluang Malaysia mendapatkan wang daripada DoJ kerana agensi itu akan memulangkannya kreana ia milik negara.

“Riza tidak menawarkan untuk membayar sebarang wang baru atau wang dari sebarang sumber selain daripada aset yang disita DoJ. DoJ memang akan serah AS$108 juta itu kepada Malaysia,” katanya, dan menambah Riza tidak patut dipuji kerana memulangkan wang yang bukan miliknya.

“Oleh itu, ia perjanjian yang baik untuk Riza tetapi tidak bagi Malaysia,” katanya.

Beliau juga bercakap tentang keperluan untuk mempersoalkan kenapa penerbit itu diberi DNAA secara pramatang.

 
sbb Riza bukan pengarah syarikat 1MDB, pertuduhan pengubahan wang haram tu mmg dah cukup utk sabitkan berpakat utk guna duit curi..
tapi itu laa klu buat tuduhan, panjang plak nnt dan makan kos..
elok kerajaan amik duit je laa dan fokus pada real culprit kes utk 1MDB..

tak kira ssorg itu ceo ke pengarah ke tukang sapu ke mak cik kiah ke, kalau ada bukti CURI duit atau subahat CURI duit, kes dibwh kanun keseksaan kerana mencuri.. dimalaysia, mencuri itu satu jenayah...

tanye la AG kamu tu, kenapa yg kamu kata 'kes CURI' itu tidak diletak bwh kanun keseksaan.. kamu tak pelik ke.. hehe
 
1589777929136.png



macai tak faham lagi tak boleh kata apa la🤭🤭🤭

Ko pun paham Sgt la...
ckp takde bukti la bagai...

Klau takde bukti mcm mane nak tuduh?
Kertas siasatan Tak lengkap...
Awai2 mahkamah dah tolak...
Ni dah masok mahkamah...

Mohon settle tepi pulang duit,aset...
Doj pun arah pulang aset die bleh ckp takde bukti...
 
tn kai, biasa biasa yg kes setel tepi tu mcm DSAI menyaman, dan defendan yg memfitnah yg kena saman tu yg bayar. jadi sepatutnya TGHH vs SR dan SR yg bayar, atau SR yg menyaman dan TGHH yg bayar. tu setel tepi

tapi dlm kes ni, PAS menyaman, dan PAS yg rekodkan penghakiman persetujuan dengan SR utk penyelesaian kes kat Mahkamah London utk elak bicara penuh kat Mahkamah London. kos bicara penuh kat Mahkamah London adalah mahal

tapi nak kata penghakiman persetujuan dibuat sebab PAS mengakui yg rm90juta tu dimasukkan kedalam akaun PAS mahupun pemimpin pemimpin PAS tak boleh juga sebab berikut:-

Namun dalam kes ni, kita dapati, apabila perintah penyelesaian sudah direkodkan di Mahkamah antara kedua dua pihak ni, artikel atau sebarang paparan yg didakwa fitnah masih lagi wujud kat online, boleh diakses oleh public. makna kata, paparan fitnah tu tidak dibuang langsung, wujud dalam keadaan asal.

pastu Plaintif masih menggunakan pernyataan menafikan yg rm90juta tu, dan Defendan masih mengguna pembelaan bahawa apa yg Defendan siarkan pada public adalah benar

jadi ni menyebabkan timbul banyak interpretasi terhadap Plaintif dan Defendan tu sendiri

apatah lagi apabila terma terma penyelesaian tidak didedah pada public

Jadi we are back to square one; seolah sama keadaan seperti sebelum saman fitnah difailkan



oleh itu dengan ini, kita tunggu perkembangan siasatan yg dibuat oleh pihak berkuasa seperti SPRM terhadap pihak pihak berkenaan




gini, dalam saman fitnah kan, tak menjadi hal atau takde masalah pun kalau saman fitnah difailkan dan kedua dua peguam Plaintif dan peguam Defendan saling cabar mencabar dengan dokumen yg difailkan kat Mahkamah, pastu apabila hampir dekat masa perbicaraan penuh, kedua dua pihak pilih utk berdamai, capai penyelesaian dan rekodkan penghakiman persetujuan kat Mahkamah

ni mungkin utk save masa dan kos, sebab jika kedua dua peguam Plaintif dan Peguam Defendan masuk proses bicara penuh, lagi tinggi kos guaman yg perlu dibayar oleh klien masing masing

perlu diingat bahawa kes yg tidak melibatkan perbicaraan penuh adalah murah sikit nilainya berbanding dengan kes melibatkan perbicaraan penuh.

atau penyelesaian penuh atas persetujuan dua dua pihak dapat dicapai, menguntung dua dua phak, jadi why not, baik pilih penyelesaian penuh kan daripada teruskan perbicaraan tu..

tn midi boleh bayangkan, kalau kes saman fitnah di Malaysia pun melibatkan kos guaman yg amat tinggi dengan currency ringgit Malaysia, apatah lagi kalau di London



lawyer kat oversea ni amat value time dia, professionalism dia.
diorang mmg means business, semuanya calculated
even consultation pun ada kosnya, bukan free. lagi la currency lak dlm pound
no wonder la kes melibatkan juta juta ringgit

kita ni ada gak diskaun diskaun, foc, kalau diorang oversea ni tak main diskaun diskaun, foc ni

melainkan mereka secara jelas sebut kes tu mereka buat probono



ok, berkenaan PAS terima rm90juta ni adalah antara isu yg berkisar dalam tuntutan Saman TGHH dan juga tuntutan balas SR. ni adalah kes yg berada kat Mahkamah Tinggi London seketika dulu sebelum ia terhenti sebelum Bicara di Mahkamah.
isu ni melibatkan tuduhan mengenai PAS menerima dari UMNO, penggubahan wang haram, 1MDB dsb.
setelah kes ni terhenti di Mahkamah Tinggi London, jadi kat Malaysia SPRM jadikan isu ni sebagai realiti dengan buat siasatan. mana mana org, bukti dan dokumen yg tersebut, berada dalam tuntutan saman TGHH dan tuntutan balas SR dipanggil disiasat..

tu mengenai bab PAS terima rm90juta
























Dana RM90 juta: Hentikan spekulasi – KP SPRM


MGF13112018_FORUM-PERMUAFAKATAN02.jpg


[Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata tugas SPRM adalah untuk mengenal pasti sama ada berlaku kemasukan duit ke akaun terbabit.]

KUCHING – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mahu menimbulkan sebarang spekulasi sambil menegaskan siapa pun yang terlibat akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung dakwaan RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin PAS.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata tugas SPRM adalah untuk mengenal pasti sama ada berlaku kemasukan duit ke akaun terbabit.

“Saya tidak mahu membuat spekulasi individu tertentu akan dipanggil atau tidak… kerana rasuah ini bukan melibatkan spekulasi atau pun jangkaan. Ia lebih kepada fakta,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Majlis Amanat Perdana Integriti 2019 yang disampaikan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di sini, hari ini.

SPRM sebelum ini mengesahkan menerima laporan berhubung wang RM90 juta disyaki dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun beberapa pemimpin PAS.

Jumaat lepas, anggota Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hadir di Ibu Pejabat SPRM Kelantan bagi memberi keterangan berhubung siasatan mengenai dana sebanyak RM90 juta daripada 1MDB itu.

Menurut sumber, siasatan akan dibuat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.

Sebelum ini, artikel oleh Sarawak Report pada Ogos 2017 antara lain mendakwa dana berjumlah RM90 juta “dipercayai” dimasukkan ke dalam akaun bank pimpinan atasan PAS bagi menarik mereka menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN).

— BERNAMA













nik abduh ambiga claire brown juga telah dipanggil utk siasatan
Pnjangnya cmm bole lukis x hehe. Sy pn sebenarnya ada ikut juga cuma malas nk korek2 citer lama. Tp pemahaman sy lbh krg gini la...ayat mudah2 je.

Waktu Pas nk saman clare SR tu sy antara org yg teruja, sy sokong, kena lawan fitnah. Diumumkn pula pusingan pertama kemenangan pd Pas...woww syukur..dgrnya ahli Pas pn ramai yg bagi sumbangn, jote2 jugak la.

Tiba2 ntah dtg dr mana ribut, kes selesai luar mahkamah dgn terma di bwh:
1. Pas kena tarik balik kes DAHULU
2. SR jwb balik juga tarik balik kes
3. Clare SR tak akan mohon maaf..what the hell
4. Artikel Pas ambil 90 juta tu kekal smpai kiamat..wowwwww..apa benda ni
5. Yg ni paling syok, kawtim luar atau setel tepi Pas kena byr 1.4 juta pd SR(Rahsia..senyap2, jgn citer kt public)

Merujuk kpd no 5 tu, disbbkn ada suara dlm Pas yg x bole jaga rahsia, akhirnya clare dedahkn dpt bayaran 1.4juta utk kawtim tepi, siap tunjuk cek lg..haa tepuk.

Gitula pemahaman sy cmm psl setel tepi kes Pas dgn SR tu. Klu slh tlg tunjukkn. Hj maikel mngkin lebih arif psl kes ni. Sori mod off topic..
 
i
Ko pun paham Sgt la...
ckp takde bukti la bagai...

Klau takde bukti mcm mane nak tuduh?
Kertas siasatan Tak lengkap...
Awai2 mahkamah dah tolak...
Ni dah masok mahkamah...

Mohon settle tepi pulang duit,aset...
Doj pun arah pulang aset die bleh ckp takde bukti...

Kikiki...dakwa pun belum lagi..arah pulang aset sebagai syarat perjanjian utk dibebaskan tanpa dilepaskan...bukan yg dituduh bermaksud sudah bersalah..🤭🤭🤭
 
Back
Top
Log in Register