tn Mata_Pena, sekarang ni kes Riza Aziz ni baru di peringkat pengurusan kes, yg mana pastu akan ditetapkan bicara. maksudnya kes masih awal, bicara pun belum lagi bermula

belum ada jatuh hukum apa apa pun lagi
klu ikut terma dan syarat perjanjian persetujuan yg dipersetujui oleh Riza Aziz dan pihak pendakwaan sebagaimana yg dilaporkan oleh berita
-Riza Aziz kena bayar dan kembalikan semua amaun yg menjadi isu pertuduhan..
ok, meh kita cek pertuduhan yg dikenakan terhadap Riza Aziz
-5 pertuduhan tu adalah:-
1.didakwa membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah US$1.173,104 melalui satu transaksi pemindahan wang daripada akaun milik Good Star Limited di RBS Coutts, Zurich, Switzerland ke akaun City National Bank, Los Angeles, AS milik Red Granite Productions Inc.
2.dituduh melakukan kesalahan sama membabitkan US$9 juta melalui transaksi pemindahan wang daripada akaun serupa pada 10 September, 2012 dan 10 Oktober, 2012 di tempat sama.
3 & 4.didakwa melakukan perbuatan sama membabitkan jumlah US$133 juta dan US$60 juta melalui satu transaksi pemindahan wang daripada akaun milik Aabar Investment PJS Limited di BSI SA, Lugano, Switzerland ke akaun BSI Bank Limited Singapura milik Red Granite Capital Ltd.
5.didakwa melakukan kesalahan serupa membabitkan jumlah US$45 juta di tempat sama pada 14 November, 2012.
amaun dlm pertuduhan tu adalah:-
1.amaun berjumlah US$1.173,104
2.amaun membabitkan US$9 juta melalui transaksi pemindahan wang daripada akaun serupa pada 10 September, 2012 dan 10 Oktober, 2012
3 & 4.amaun membabitkan jumlah US$133 juta dan US$60 juta
5.amaun membabitkan jumlah US$45 juta di tempat sama pada 14 November, 2012.
tu antara amaun yg perlu dikembalikan oleh Riza Aziz pada kerajaan Malaysia,
pastu mungkin ada amaun sampingan yg ditetapkan oleh kerajaan malaysia
tapi bukan denda ye, sebab ni bukan jatuh hukum lagi
berkenaan pembayaran cukai tu, dlm kes ni Riza Aziz tidak didakwa pasal tu kan
jadi ni tak melibatkan pasal bayar cukai
perjanjian persetujuan ni hanya melibatkan amaun yg dlm 5 pertuduhan tu
gitulah kiranya tn Mata_Pena