BTC USD 85,846.4 Gold USD 4,348.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Riza Aziz dilepas tanpa dibebaskan

Perkembangan ini beberapa hari selepas penerbit Hollywood itu dibenarkan lepas secara bersyarat.

Riza mungkin jadi saksi terhadap Najib dalam kes 1MDB
V Anbalagan
-
May 19, 2020 4:28 PM

Pihak pendakwaan dalam perbicaraan 1MDB hari ini memberi isyarat Riza Aziz mungkin memberi keterangan terhadap Najib Razak.

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan dalam perbicaraan rasuah Najib Razak berkaitan 1MDB hari ini memberi isyarat anak tirinya, Riza Aziz mungkin seorang saksi yang akan memberi keterangan terhadap bekas perdana menteri itu.

“Ada perkembangan terbaru. Kami ada maklumat Riza mungkin dimasukkan dalam senarai saksi,” kata pendakwa raya ad hoc, Gopal Sri Ram kepada Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Beliau berkata Riza juga menunjukkan dia sedia memberi keterangan bagi pihak pendakwaan.

“Kami mungkin perlu ubah senarai saksi pendakwaan,” tambahnya.

Mahkamah Sesyen baru-baru ini membenarkan Riza Aziz dilepaskan tanpa dibebaskan daripada 5 tuduhan pengubahan wang berjumlah AS$248 juta.

Sri Ram berkata ia tertakluk kepada penerbit Hollywood itu memenuhi perjanjiannya dengan pihak pendakwaan.

Beliau berkata suatu persetujuan dicapai antara pihak pendakwaan dan tertuduh, yang akan menyaksikan jutaan ringgit dipulangkan kepada kerajaan.

Keputusan itu mengundang pertikaian melibatkan bekas peguam negara, Tommy Thomas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dan Peguam Negara Idrus Harun.

Najib berdepan 4 tuduhan salah guna kedudukan untuk mendapatkan suapan wang yang dikaitkan dengan 1MDB berjumlah RM2.3 bilion, serta 21 tuduhan pengubahan wang melibatkan wang sama.

Setakat ini 8 saksi sudah memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula Ogos lepas.

Peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah dijangka meneruskan pemeriksaan balas saksi ke-9 pihak pendakwaan, iaitu bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Azral Ibrahim Halmi.

Perbicaraan akan bersambung selepas rehat 6 bulan dan beberapa penangguhan kerana perintah kawalan pergerakan.

Whooaaaa. Ini perkembangan yang sangat menarik. Riza Aziz akan hadir sebagai saksi pendakwaan bagi membantu mensabitkan bapa tirinya, Najib Razak.

Jika inilah alasannya mengapa kes terhadap Riza Aziz ditarik balik, iaitu bagi mendapatkan kerja samanya, dan jika Riza benar-benar memberi keterangan bagi pihak pendakwaan (dan tidak menjadi saksi yang bersikap ‘hostile witness’) maka saya tarik balik kritikan sebelum ini terhadap keputusan Peguam Negara untuk melepaskan tanpa membebaskan Riza.

But for that, we’ll have to wait and see.
* * * * *
“2.20 petang: Riza Aziz sedia tampil memberi keterangan pada perbicaraan kes Najib Razak yang dituduh salah guna RM2.28 bilion dana 1MDB.
“Oleh yang demikian pihak pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa mereka akan mengemukakan permohonan untuk menambah Riza ke dalam daftar saksi
“DPP Gopal Sri Ram memaklumkan hal tersebut kepada Hakim Collin Lawrence Sequerah.”

Aidil Khalid
51 min

terus mahacai sorak gembira dengan berkata, keputusan ex ag betul dan sgt dialu alukan..
 
Maknanya RM465 juta tu ialah bayaran kompaun yg dioersetujui bersama lah ye? Dan jugak bukan dikira sbg sebahagian drpd RM1.25B tu?

sedekah bermaksud adalah pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada allah.

salah konteks maksud sedekah mahacai gunakan dalam amaun byrn anak tiri najib kene Kompaun dan bayar sejumlah amaun yg "DIPERSETUJUI" antara pejabat AG dan Peguam Anak tiri najib kenapa AG tak mintak RM 1.25 billion?

Mcm khalid samadnye setpol dia kene tangkap haa...adakah itu duit sedekah broker jual nama setpol pada seorang arkitek utk kelulusan perancangan pembangunan masuk kantung kerajaan ke masuk poket sendiri?

lawyer biasanya akan bagi nasihat penyelesaian yg terbaik untuk anak guam nya....lagi mahal dia bayar lawyer lagi baik la kaedah penyelesaiannya.

Kalau pakai loyar buruk abis la, sbb loyar buruk free off charge,

Mcm seorang lawyer nasihatkan seorang pesalah dadah 39A kerana memilik 1.8kg. ganja lawyer tu dah berbuih nasihat agar pesalah mengakui yg dadah tu utk kegunaan sendiri. kalau pendakwaraya setuju hakim pun setuju turun la seksyen pendakwaan tak ada la kene 39A gantung sampai mati.

tapi si pesalah ni nak jugak pertahankan yang dadah tu dia sekadar ambil upah untuk hantar dadah tu kepada pihak ketiga...well sampai kat mahkamah rayuan persekutuan 5-0.

walaupun kes contoh dadah 39A ni dgn kes Anak tiri najib tu tak sama, tapi nak bagi contoh pada peranan peguam anak tiri najib ha kau.... blh nego AG lama dan AG baru pun tak reject siap offer jadi saksi kes 1MDB najib mcm CMM share.
 
Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan kerajaan untuk melucutkan hak wang tunai hampir RM600,000 milik Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri bekas perdana menteri Najib Razak yang disita oleh polis 2 tahun lepas.

Sejumlah wang tunai termasuk mata wang asing merangkumi RM537,000, serta 2,700 pound sterling dan 2,870,000 rupee Sri Lanka, disita dari rumah yang didiami Riza, Najib dan isterinya Rosmah Mansor pada 17 Mei 2018.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan perkara itu ketika prosiding kes pelucutan hak yang difailkan kerajaan pada 7 Mei 2019 terhadap ratusan barangan termasuk beg tangan pelbagai jenama, jam tangan, beberapa hartanah, aset dan 27 buah kenderaan yang dirampas daripada Najib, Rosmah, 3 anak mereka dan 13 individu serta syarikat.

“Responden ketiga (Riza) buat tuntutan ke atas harta ini (wang tunai) namun dia bersetuju agar harta ini dilucutkan hak kepada kerajaan. Atas persetujuan ini, saya ingin memohon mahkamah merekodkan bahawa tiada tuntutan daripada responden pertama (Najib) dan kedua (Rosmah) yang menginap di alamat sama ke atas harta sitaan ini,” kata Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin

Mahkamah benarkan lucut hak wang hampir RM600,000 daripada Riza Aziz
Bernama
-
May 19, 2020 4:44 PM

Riza-Aziz-Court-2-050719.jpg

Riza Aziz.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan kerajaan untuk melucutkan hak wang tunai hampir RM600,000 milik Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri bekas perdana menteri Najib Razak yang disita oleh polis 2 tahun lepas.

Ini susulan persetujuan yang dicapai oleh Riza dan pihak pendakwaan dalam kes pengubahan wang haram yang dihadapinya sebelum ini, di mana dia dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Sesyen pada 14 Mei lepas.

Sejumlah wang tunai termasuk mata wang asing merangkumi RM537,000, serta 2,700 pound sterling dan 2,870,000 rupee Sri Lanka, disita dari rumah yang didiami Riza, Najib dan isterinya Rosmah Mansor pada 17 Mei 2018.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan perkara itu ketika prosiding kes pelucutan hak yang difailkan kerajaan pada 7 Mei 2019 terhadap ratusan barangan termasuk beg tangan pelbagai jenama, jam tangan, beberapa hartanah, aset dan 27 buah kenderaan yang dirampas daripada Najib, Rosmah, 3 anak mereka dan 13 individu serta syarikat.

Polis menyita barangan berkenaan yang didakwa mempunyai kaitan dengan skandal dana 1MDB pada 17 Mei, 11 Jun dan 2 Ogos 2018.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin memberitahu Hakim Mohamed Zaini bahawa lanjutan keputusan Mahkamah Sesyen yang melepas tanpa membebaskan Riza, penerbit filem Wolf of The Wall Street itu bersetuju agar wang tunai tersebut yang disita oleh pihak berkuasa Malaysia dan Amerika Syarikat, dilucutkan hak kepada kerajaan.

“Responden ketiga (Riza) buat tuntutan ke atas harta ini (wang tunai) namun dia bersetuju agar harta ini dilucutkan hak kepada kerajaan. Atas persetujuan ini, saya ingin memohon mahkamah merekodkan bahawa tiada tuntutan daripada responden pertama (Najib) dan kedua (Rosmah) yang menginap di alamat sama ke atas harta sitaan ini,” katanya.

Peguam Nur Syahirah Hanapiah, yang mewakili Najib, dan Azrul Zulkifli Stork, yang mewakili Rosmah, kemudian mengesahkan anak guam mereka tidak membantah terhadap persetujuan itu dan tidak akan membuat tuntutan terhadap harta tersebut.

Hakim Mohamed Zaini turut merekodkan permohonan Faten Hadni bahawa tiada pihak ketiga akan menuntut harta tersebut.

Mahkamah menetapkan 24 Ogos untuk mendengar permohonan utama kes pelucutan hak itu.

Pada 14 Mei lepas, Riza dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada pertuduhan pengubahan wang haram AS$248 juta (RM1.25 bilion), yang didakwa diseleweng daripada dana 1MDB, selepas pihak pendakwaan dan tertuduh mencapai persetujuan untuk DNAA susulan beberapa representasi difailkan tertuduh terhadap pertuduhan dihadapinya.

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan yang dilantik sebagai timbalan pendakwa raya kanan untuk mengendalikan kes itu, Gopal Sri Ram memberitahu mahkamah persetujuan dicapai antara pihak pendakwaan dengan tertuduh bawah terma-terma bahawa kerajaan persekutuan akan menerima sejumlah wang membabitkan beberapa juta ringgit.

yg rm600k ni bukan duit kat US ye, tapi ni merupakan aset harta duit yg disita dari rumah pakJib dan Rosmah, yg mana Riza duduk sekali tu

kan pada 2018 tu, ada beg hermes dan segala handbag pastu banyak lagi yg disita dari rumah pakJib, jadi rm600k tu yg mana dituntut oleh Riza tu Riza mohon utk kembalikan pd kerajaan.
 
465 juta ni pn termasuk aset3 yg DOJ rampas kn cmm. Jd klu riza x pulang pn DOJ akan pulang juga kn..
 
Back
Top
Log in Register