BTC USD 62,626.1 Gold USD 4,442.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RIWAYAT DAENG LOKLOK

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
SERBA SEDIKIT RIWAYAT DAENG LOKLOK

Daeng Loklok merupakan salah seorang pembesar Selangor pada zaman Sultan Salehuddin Shah ibn Daeng Chelak. Beliau merupakan aristokrat diraja yang dilantik memegang jawatan Dato' Maharaja Lela bergelar Dato' Maharaja Lela Hussein.

Beliau merupakan anak kepada Opu Pajung ibn La Maddusalat. Ini bermakna beliau mempunyai hubungan yang paling rapat dengan Sultan Salehuddin Shah, Selangor kerana Daeng Chelak ibn Opu Daeng Rilakka ibn La Maddusalat merupakan sepupu kepada Daeng Loklok.

Beliau dikatakan pernah dilantik menjadi Bendahara Kerajaan Siak pada zaman pemerintahan Raja Kechil. Pada ketika itu, bangsawan² (aristokrat) Bugis memainkan peranan yang penting dalam sejarah di Tanah Melayu. Mereka terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam politik dan perbalahan negeri-negeri Melayu ketika itu, terutama sekali negeri Johor. Ianya bermula apabila Daeng Loklok ingin memerintah Johor tetapi tidak dipersetujui oleh pemerintah negeri Johor Riau Lingga ketika itu, iaitu Raja Kechil.

Ini menyebabkan Daeng Loklok atau Bendahara Husain meminta bantuan Opu Daeng Berlima yang merupakan anak saudaranya untuk menumpaskan Raja Kechil. Bermula dari sinilah campur tangan Bugis di Tanah Melayu. Beliau terlibat dalam beberapa siri menentang Raja Kecil.

Pada tahun 1743, beliau bersama Raja Lumu dan beberapa orang aristokrat Bugis yang lain datang ke Kuala Selangor. Ketika berada di Selangor, beliau telah berkahwin dengan puteri Yamtuan Selangor Arung Pasarai dan hasil dari perkahwinan tersebut, beliau dapat beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Adapun anak perempuannya bernama Cik Long Halijah dan Che Kembang sementara anak lelaki bernama Che Lamed. Cik Long Halijah telah berkahwin dengan Sultan Ibrahim Shah ibn Sultan Salehuddin Shah, Che Kembang telah berkahwin dengan Saudagar Nahu dan Che Lamed telah berkahwin dengan Daeng Nyonya binti Daeng Kelola.

Ketika Raja Lumu menjadi pemerintah Selangor bergelar Sultan Salehuddin Shah yang berpusat di Kuala Selangor, beliau pun dilantik menjawat jawatan pembesar istana bergelar Dato' Maharaja Lela Hussein sekitar tahun 1766. Beliau berkhidmat sebagai Dato' Maharaja Lela sehingga beliau meninggal dunia pada awal pemerintahan Sultan Ibrahim Shah sebelum digantikan oleh cucunya yang bernama Dato' Maharaja Lela Dato' Makek sekitar tahun 1782.

#MAMR


 
Back
Top
Log in Register