BTC USD 63,489.3 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RIWAYAT RAJA BERKAT

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
SERBA SEDIKIT RIWAYAT RAJA BERKAT

Raja Berkat merupakan putera kepada Raja Husain ibni Sultan Ibrahim Shah ibni Sultan Salehuddin Shah, Selangor. Raja Berkat juga dikenali sebagai Raja Mat Saman dan merupakan sepupu serta adik ipar kepada Sultan Abdul Samad ibni Panglima Perang Besar Raja Abdullah ibni Sultan Ibrahim Shah.

Menurut catatan Emily Innes, Raja Berkat merupakan seorang tua yang segak. Adapun ayahanda Raja Berkat, Raja Husain dengan ayahanda Sultan Abdul Samad, Raja Abdullah merupakan putera Sultan Ibrahim Shah yang berlainan ibu. Adapun ibu kepada Raja Husain bernama Raja Tengah binti Raja Haji Fisabilillah dan ibu Raja Abdullah bernama Encik Shaima.

Sepanjang kehidupan Raja Berkat di Selangor, beliau mengalami dua tempoh pentadbiran iaitu tempoh pentadbiran diraja dan tempoh pentadbiran British (1874-1887). Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad, beliau telah dilantik menjadi panglima bergelar Tunku Panglima Raja Selangor (1857-1878) dan menjadi penghulu di Kanchong (1875-1887). Adapun ayahandanya tidak diketahui sama ada dilantik sebagai pembesar atau tidak pada zaman Sultan Ibrahim Shah. Namun begitu, Raja Husain dan Raja Abdullah tercatat dalam perselisihan faham antara Selangor dan Perak pada awak abad ke-19.

Hubungan Raja Berkat dengan Sultan Abdul Samad sangat erat dan rapat kerana Raja Berkat telah berkahwin dengan adinda Sultan Abdul Samad yang bernama Raja Lebar. Hasil perkongsian hidup dengan Raja Lebar, Raja Berkat mendapat dua orang putera dan empat orang puteri. Adapun puteranya bernama Raja Mahmud dan Raja Abdul Manan sementara puterinya bernama Raja Embut, Raja Buntal Raimah, Raja Muntil dan Raja Alipa.

Ketika Perang Klang berlangsung antara tahun 1866-1874, Raja Berkat turut terlibat tetapi penglibatan beliau tidak ketara dan beliau memihak kepada Raja Mahadi kerana Raja Mahadi adalah anak saudara beliau. Namun putera beliau, Raja Mahmud terlibat secara langsung dalam Perang Klang.

Adapun Raja Buntal Raimah telah diperisterikan oleh Raja Muda Musa. Selepas campur tangan British dalam pentadbiran Selangor pada tahun 1874, Raja Mahmud telah dilantik menjadi penghulu di Sepang pada tahun 1875-1883 dan digantikan oleh adindanya Raja Abdul Manan sebagai penghulu Sepang tahun 1883.

Raja Berkat mangkat pada 1 Disember 1887 di Bukit Jugra, Kuala Langat. Selepas kemangkatan Raja Berkat, gelaran Tunku Panglima Raja Selangor tidak diguna lagi oleh kerabat diraja Selangor lainnya. Pada hakikatnya gelaran ini adalah serupa dengan gelaran Tengku Panglima Besar Selangor. Namun Raja Berkat menggunakan gelaran Tunku Panglima Raja kerana beliau berhasrat mengikut cara tersendiri dan jawatan ini hanya dipegang oleh Raja Berkat sahaja.

Kemudian puteranya Raja Mahmud diangkat oleh British dan Sultan Abdul Samad sebagai panglima bergelar Tengku Panglima Besar Selangor.

👇Gambar dibawah adalah gambar Tengku Panglima Besar Selangor Raja Mahmud (baju petak) dan ayahandanya Tunku Panglima Raja Selangor Raja Berkat (baju putih)

FB_IMG_1622994759768.jpg

 
Back
Top
Log in Register