BTC USD 63,476.2 Gold USD 4,482.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RIWAYAT RAJA PENUH

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
SERBA SEDIKIT RIWAYAT RAJA PENUH

Raja Penuh merupakan puteri kesayangan kepada Sultan Salehuddin Shah Selangor dan Engku Puan binti Daeng Marewah yang dilahirkan di atas Bukit Selangor sekitar tahun 1717. Raja Penuh mempunyai empat orang adik beradik bernama Sultan Ibrahim Shah, Raja Muda Nala, Tengku Tipah (Engku Chik) dan Tengku Sharifah.

Sejak dari kecil, Raja Penuh diberi didikan agama disamping ilmu mempertahankan diri.
Setelah meningkat dewasa, Raja Penuh telah disunting oleh Arung Temujung bin Arung Pasarai (Arung Pasai). Dari perkahwinan tersebut, Raja Penuh mendapat anak seramai 17 orang antaranya bernama Tengku Ampuan Basik yang berkahwin dengan Sultan Muhammad Shah dan Daeng Zakaria.

Dalam serangan tentera Belanda ke atas Bukit Selangor, Raja Penuh terlibat dalam mempertahankan kota yang berada di atas Bukit Selangor. Raja Penuh merupakan srikandi yang bangkit bersama Panglima Puteri Putih dalam mempertahankan serangan tentera Belanda. Dengan kecekapan yang dimiliki, Raja Penuh banyak membunuh pihak musuh.

Walaupun begitu, Bukit Selangor jatuh juga ke dalam tangan tentera Belanda. Raja Penuh bersama kekandanya Sultan Ibrahim Shah dan beberapa orang panglima mengundurkan diri ke Pahang untuk mempersiapkan diri dalam menghadapi serangan balas ke atas Belanda.

Setelah berjaya menawan Bukit Selangor, Sultan Ibrahim Shah menaiki takhta semula. Beberapa tahun kemudian, Raja Penuh berkahwin dengan Sultan Abdullah al-Mukarram Shah ibn Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Shah, Kedah setelah kematian Arung Temujung. Dari perkahwinan tersebut, maka lahirlah anak bernama Raja Sofia dan Raja Asiah.

Selepas itu berkahwin pula dengan Yang Dipertuan Muda Raja Ali (Sultan Ali Alauddin Shah) ibn Daeng Kemboja dan dari perkahwinan tersebut maka lahirlah anak bernama Raja Isa, Raja Basuk, Raja Kassim, Raja Lebar Saleha, Raja Ahmad dan Raja Idris.

Menurut catatan, Raja Penuh meninggal dunia sekitar tahun 1775.

#MAMR

 
Back
Top
Log in Register