TXT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,197
- Points
- 2,836
SERBA SEDIKIT RIWAYAT DAENG LAKANI
Daeng Lakani atau sering disebut dengan nama Arung Lenga merupakan adik ipar kepada Raja Haji Fisabilillah dan Sultan Salehuddin Shah Selangor kerana beliau telah berkahwin dengan Raja Aminah binti Daeng Chelak. Beliau merupakan pahlawan Bone yang berkhidmat terus dibawah Yang Dipertuan Muda Riau, Lingga, Johor dan Pahang Raja Haji Fisabilillah (1777-1784) dan menjadi suliwatang atau ketua badan pemangku kerajaan bersama anak Daeng Merewah dan orang tua² dipercayai dari Batin org asli, ketua koloni kecil Acheh, Kedah, Asahan, Kuantan dan Siam.
Beliau juga dikatakan menjadi pemimpin koloni awal Bugis di Kuala Selangor. Sebelumnya, Yamtuan Selangor disandang oleh To' Pasarai bin To' Mojong bin Sultan Idris (Sulawesi). Namun To' Pasarai telah meninggalkan Kuala Selangor (catatan Belanda) dan tempatnya di isi oleh adiknya yang bernama Raja Siti untuk memerintah Kuala Selangor. Raja Siti telah berkahwin dengan Daeng Loklok (Dato' Maharajalela Husin.
Sebagai panglima agung, beliau sentiasa disisi Yang Dipertuan Raja Haji Fisabilillah tidak berenggang. Pada pertempuran terakhir dengan pihak Belanda di Melaka pada 18 Jun 1784, beliau merupakan orang yang mula-mula menghadang kemaraan barisan tentera Belanda yang dipimpin oleh Laksamana Jacob Pieter Van Braam. Beliau mati syahid dihujung senapang Belanda bersama kudanya walaupun ketika itu beliau dalam kepayahan sakit barah dibawah leher.
Pertempuran habis habisan di Telok Ketapang itu , berlaku dengan amuk yang maha dahsyat mengakibatkan Yang Dipertuan Raja Haji Fisabilillah rebah terkena bedil Belanda bersama syahid nya ialah Daeng Seliking, To' Lesang , Hj Ahmad Bugis Selangor dan 400 perajurit Bugis . Manakala di pihak Belanda, 373 orang tentera beserta orang besarnya tewas.
#MAMR
www.facebook.com

Kelab Pencinta Sejarah & Trivia Dunia | SERBA SEDIKIT RIWAYAT DAENG LAKANI | Facebook
SERBA SEDIKIT RIWAYAT DAENG LAKANI Daeng Lakani atau sering disebut dengan nama Arung Lenga merupakan adik ipar kepada Raja Haji Fisabilillah dan Sultan Salehuddin Shah Selangor kerana beliau telah...