BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Risiko Psikososial Perlu Dianggap Isu Keselamatan Di Tempat Kerja - Lee Lam Thye

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
6bb0f88ad0349cc0fa717c8aaf00c0f169037e8e8e8c0

Ahli Majlis Penasihat Kesihatan Mental Tan Sri Lee Lam Thye
--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA


Risiko psikososial seperti beban kerja berlebihan, buli dan ketidakseimbangan kehidupan bekerja perlu dianggap sebagai isu teras keselamatan dan kesihatan pekerjaan, kata Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye.

Bersempena Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja Sedunia hari ini, beliau berkata risiko seperti waktu kerja yang panjang, ketidaktentuan pekerjaan dan gangguan jika tidak ditangani boleh menyebabkan tekanan, lesu upaya, kemurungan serta kemalangan di tempat kerja.

“Tempat kerja yang selamat kini tidak lagi ditakrifkan semata-mata menerusi langkah keselamatan fizikal. Perlindungan pekerja juga mesti merangkumi penjagaan kesejahteraan mental,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lee berkata majikan perlu memperkukuh langkah-langkah seperti komunikasi terbuka, kepimpinan yang menyokong, beban kerja munasabah, tempoh rehat mencukupi, pengaturan kerja fleksibel, perlindungan antibuli, akses kepada sokongan kesihatan mental serta latihan kepada pengurus untuk mengenal pasti risiko psikososial.

Beliau berkata dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang lebih kukuh dengan memasukkan perlindungan kesihatan mental akan membantu mewujudkan tempat kerja yang selamat dari segi psikologi, sekali gus mengurangkan ketidakhadiran dan kadar keluar masuk pekerja, di samping meningkatkan moral, inovasi dan produktiviti.

Lee berkata organisasi, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) turut digesa supaya bertindak secara proaktif manakala pihak berkuasa diseru mempertingkatkan garis panduan, kempen kesedaran dan langkah pematuhan bagi memastikan kesejahteraan mental diberi keutamaan yang sama seperti keselamatan fizikal.

“Minda yang sihat mewujudkan tempat kerja yang lebih selamat dan tempat kerja yang lebih selamat membina negara yang lebih kuat,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register