hatsuharu
Fun Poster
- Messages
- 139
- Joined
- Jan 11, 2010
- Messages
- 139
- Reaction score
- 5
- Points
- 15
Bersalin secara caesarean merupakan pilihan yang boleh diambil oleh setiap calon ibu. Tetapi ia mempunyai
kelebihan dan kekurangannya.Berikut adalah risiko bersalin caesaeran yang perlu anda ketahui:-
1. Jangkitan Rahim.
Kemungkinan besar terjadinya jangkitan pada rahim jika sebelumnya sudah berlaku jangkitan.Lebih-lebih lagi jika
antibiotik yang diberikan tidak cukup kuat,rahim boleh terkena jangkitan dengan mudah.
2. Cedera Pada Pembuluh Darah dan Kantung Air Kencing
Pemakaian pisau dan gunting ketika pembedahan boleh mencederakan pembuluh darah. Inilah salah satu alasan mengapa
darah lebih banyak keluar pada proses bersalin secara caesaeran jika dibandingkan dengan bersalin secara normal. Selain
itu,kantung air kencing yang melekat pada dinding rahim boleh terpotong jika doktor kurang berhati-hati.
3. Keracunan Darah.
Keracunan darah boleh terjadi apabila ibu sudah mengalami jangkitan sebelumnya. Ibu yang mengalami jangkitan rahim
pada bahagian bawah bererti air ketubannya sudah mengandungi kuman. Jika ketuban pecah dan dibiarkan,kuman akan
aktif sehingga vagina berbau busuk. Seterusnya ketika pembedahan dilakukan,kuman akan masuk ke pembuluh darah dan merebak
ke seluruh tubuh,lalu terjadilah keracunan pada darah.
4. Kematian
Kematian merupakan kemungkinan terburuk yang boleh terjadi.Kematian biasanya disebabkan kesalahan pembiusan
atau pendarahan yang tidak ditangani dengan cepat. Air ketuban yang masuk ke dalam pembuluh darah juga boleh menyebabkan
kematian kerana semasa berjalan,pembuluh darah dalam keadaan terbuka dan ini mungkin akan mengakibatkan
komplikasi masuknya air ketuban ke dalam pembuluh darah. Bila pembuluh darah mencapai paru-paru,jantung dan
pernafasan ibu boleh terhenti secara tiba-tiba dan terjadilah kematian mendadak.