BTC USD 61,411.7 Gold USD 4,345.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Risiko Bersalin Caesarean

hatsuharu

Fun Poster
Messages
139
Joined
Jan 11, 2010
Messages
139
Reaction score
5
Points
15
Bersalin secara caesarean merupakan pilihan yang boleh diambil oleh setiap calon ibu. Tetapi ia mempunyai
kelebihan dan kekurangannya.Berikut adalah risiko bersalin caesaeran yang perlu anda ketahui:-

1. Jangkitan Rahim.

Kemungkinan besar terjadinya jangkitan pada rahim jika sebelumnya sudah berlaku jangkitan.Lebih-lebih lagi jika
antibiotik yang diberikan tidak cukup kuat,rahim boleh terkena jangkitan dengan mudah.

2. Cedera Pada Pembuluh Darah dan Kantung Air Kencing

Pemakaian pisau dan gunting ketika pembedahan boleh mencederakan pembuluh darah. Inilah salah satu alasan mengapa
darah lebih banyak keluar pada proses bersalin secara caesaeran jika dibandingkan dengan bersalin secara normal. Selain
itu,kantung air kencing yang melekat pada dinding rahim boleh terpotong jika doktor kurang berhati-hati.

3. Keracunan Darah.

Keracunan darah boleh terjadi apabila ibu sudah mengalami jangkitan sebelumnya. Ibu yang mengalami jangkitan rahim
pada bahagian bawah bererti air ketubannya sudah mengandungi kuman. Jika ketuban pecah dan dibiarkan,kuman akan
aktif sehingga vagina berbau busuk. Seterusnya ketika pembedahan dilakukan,kuman akan masuk ke pembuluh darah dan merebak
ke seluruh tubuh,lalu terjadilah keracunan pada darah.

4. Kematian

Kematian merupakan kemungkinan terburuk yang boleh terjadi.Kematian biasanya disebabkan kesalahan pembiusan
atau pendarahan yang tidak ditangani dengan cepat. Air ketuban yang masuk ke dalam pembuluh darah juga boleh menyebabkan
kematian kerana semasa berjalan,pembuluh darah dalam keadaan terbuka dan ini mungkin akan mengakibatkan
komplikasi masuknya air ketuban ke dalam pembuluh darah. Bila pembuluh darah mencapai paru-paru,jantung dan
pernafasan ibu boleh terhenti secara tiba-tiba dan terjadilah kematian mendadak.
 
memang,,,bini aku baru je jalani pembedahan ni,,,kena operate 2x sebab bleeding,,,ada saluran darah rosak,,kena baiki balik(sudah),,,sekarang tengah recovey,,,dah 3 hari di hospital...alhamdulillah,,,baby sihat sempurna elok..

tapi bila aku tengok bini aku d icu itu hari.,,,menitis juga air mata jantan ni...x dapat kawal emosi...(sekarang dah d wad CMR(wad ibu lepas bersalin if not mistaken le)..dah boleh cakap...dah boleh jalan...walau sakit (sakit= kifarah dosa= Allah sayang)

segalanya dari Allah...dugaan dan sakit kifarah dosa....aku syukur atas segalanya,,,

Alhamdu lillah,,

so bila bini nak buat operation,,,fikir 10X...habis usaha,,,baru buat operation ni,,,
 
caesran nie klau darurat sgt...

tapi akak aku kelahirannya mati tak guna caesran pon....pushlah..
 
bini aku pn sama...kene bedah...walaupon da 2 taun..die ckp..kdg2 masih terasa ngilu or sakit kat bekas bedah 2...
 
dgr cite bersalin normal lagi bahaya..
pasal, bayi xnak kuar, ibu tu dah byk darah kuar..
bole jadi dua2 meninggal lebih tinggi dari bedah ceasaran..
 
memang,,,bini aku baru je jalani pembedahan ni,,,kena operate 2x sebab bleeding,,,ada saluran darah rosak,,kena baiki balik(sudah),,,sekarang tengah recovey,,,dah 3 hari di hospital...alhamdulillah,,,baby sihat sempurna elok..

tapi bila aku tengok bini aku d icu itu hari.,,,menitis juga air mata jantan ni...x dapat kawal emosi...(sekarang dah d wad CMR(wad ibu lepas bersalin if not mistaken le)..dah boleh cakap...dah boleh jalan...walau sakit (sakit= kifarah dosa= Allah sayang)

segalanya dari Allah...dugaan dan sakit kifarah dosa....aku syukur atas segalanya,,,

Alhamdu lillah,,

so bila bini nak buat operation,,,fikir 10X...habis usaha,,,baru buat operation ni,,,



takziah bro..suami mane tak meleleh tengok wifenyer kat icu..ape2 pon kami doakan selamat dan sehat seperti sediakala...

baby ceat??baby boy ke gegel?
 
dgr cite bersalin normal lagi bahaya..
pasal, bayi xnak kuar, ibu tu dah byk darah kuar..
bole jadi dua2 meninggal lebih tinggi dari bedah ceasaran..

time ni doktor bedah O&G akan buat caesarean.
 
Back
Top
Log in Register