eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
MELAKA - Seorang lelaki tidak menyangka objek yang berjaya 'dipancingnya' di Jeti Anjung Batu di sini malam kelmarin rupa-rupanya sebutir bom lama tinggalan Perang Dunia Kedua yang masih aktif.
Mohd. Mizan Rahim (gambar), 20, berkata, dia bersama seorang lagi rakannya memancing di jeti tersebut kira-kira pukul 9.30 malam.
Menurutnya, selepas satu jam memancing dan apabila air laut semakin surut, beliau merasakan umpannya diragut ikan.
"Selepas mengangkat joran, saya lihat seakan-akan besi buruk tersangkut pada tali pancing dan kami terus membawanya pulang.
"Alangkah terperanjat apabila sampai di rumah rakan di Tambak Paya, rakan menyatakan bahawa besi buruk tersebut sebenarnya ialah bom lama," katanya ketika ditemui di sini malam kelmarin.
Serentak itu, beliau membonceng motosikal bersama rakannya sambil meriba bom lama tersebut untuk dibawa ke Balai Polis Tiang Dua di sini.