BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Riadah Bertukar Tragedi, Pelajar Lemas

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
26.09.2019 - Kota Kinabalu, Aktiviti riadah sekumpulan pelajar sekolah bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka ditemui lemas di Pusat Pelancongan Air Terjun Kionsom, Inanam, di Kota Kinabalu, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, mangsa Hazlina Midon, 14, dikatakan berenang di kolam air terjun berkenaan sebelum disedari terapung tidak sedarkan diri.

Rakan-rakan mangsa yang menyedari kejadian itu segera menarik mangsa keluar sebelum menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan segera.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.28 pagi sebelum mengerahkan sebuah jentera bersama sembilan anggota dan pegawai ke lokasi kejadian

Katanya, setibanya di lokasi kejadian, mangsa diberikan rawatan awal daripada pasukan paramedik Hospital Queen Elizabeth yang hadir memberi bantuan sebelum disahkan meninggal dunia.

“Pasukan bomba kemudiannya bertindak mengangkat mangsa keluar ke jalan besar menggunakan alat pengusung daripada lokasi kejadian.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Khatizah berkata, operasi ditamatkan pada 11.50 pagi selepas tiada lagi kemerbahayaan lain yang dikesan di lokasi kejadian.

Screenshot-516.jpg


Screenshot-515.jpg


Screenshot-514.jpg


Screenshot-513.jpg


Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/09/500896/tiba-tiba-terapung
 
Back
Top
Log in Register