BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

IPGM Beri Kerjasama Penuh Dalam Siasatan Kes Dua Pelajar Lemas

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
2fa617143a6a47fa1f9fcd1baf21ba1e69d4f737a8788


Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) memberi jaminan akan bekerjasama penuh dalam siasatan berhubung insiden yang mengorbankan dua guru pelatihnya pada Sabtu lepas.

Timbalan Rektor Pusat Hal Ehwal Pelajar IPGM Shamsul Saniron berkata selain itu, pihaknya akan  memaklumkan perkembangan siasatan kepada ahli keluarga mangsa mengikut prosedur yang ditetapkan.

Beliau berkata buat masa ini, siasatan berhubung insiden itu masih dijalankan dan pihaknya tidak dapat mendedahkan butiran lanjut.

“Kami akan memberi kerjasama sepenuhnya sekiranya diperlukan dan hasil siasatan akan dimaklumkan kepada keluarga,” katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan jasad Christopher Ling Jia Siang di pusat kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching hari ini.

Sabtu lepas, pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Jasmani Christopher, 21, dan Joey Ling Lin Siang, 20, ditemukan lemas pada kira-kira 7.30 malam ketika melakukan aktiviti berkayak di Pantai Merdeka, Sungai Petani, Kedah.

Jasad Christopher, yang diterbangkan dari Pulau Pinang tengah hari tadi, tiba di Kuching pada 4.30 petang dan suasana pilu menyelubungi kawasan kargo apabila ahli keluarga, rakan serta warga pendidik berkumpul untuk memberikan penghormatan terakhir manakala Joey akan dibawa ke Sibu.

 
Back
Top
Log in Register