BTC USD 61,854.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Restoran 24 jam buka macam biasa

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


IPOH - Setiap kali tibanya Ramadan, isu berhubung masa operasi bagi semua restoran 24 jam pasti hangat diperkatakan.

Tinjauan Sinar Harian semalam mendapati kebanyakan restoran berkenaan masih beroperasi seperti biasa dengan menyediakan pelbagai menu kepada pelanggan.

Bagi Pengurus Restoran Nasi Kandar Sumaya Tasek, Shahadat Hossain, 36, restoran berkenaan akan terus beroperasi seperti biasa walaupun di sepanjang Ramadan kali ini.

“Macam biasa kita buka 24 jam. Kita jual makan, minum kepada orang ramai. Kawasan restoran ini dekat dengan kawasan kilang dan ramai foreigners (warga asing) yang bukan beragama Islam datang makan. Jadi kita tak boleh tutup.

“Foreigners yang Islam pula datang ke sini untuk berbuka puasa dan sahur,” katanya.

Plastik hitam untuk orang Islam

Beliau berkata, restorannya itu ada juga dikunjungi pengunjung beragama Islam yang datang membeli makanan ‘bungkus’ ketika siang hari.

Katanya, pihak restoran akan tetap menjual makanan yang dipesan kepada pengunjung berkenaan dengan dibungkus dengan plastik berwarna hitam.

“Ada juga orang Islam yang datang ke restoran ini dan order (pesan), makanan.

“Kita tetap bagi, tapi dalam plastik hitam,” katanya.

Pengurus Nasi Kandar Ayam Merah, Jalan Yang Kalsom, Tamin Mohd Sidek, 32, menyifatkan pembelian makanan yang dibungkus dengan plastik hitam itu besar kemungkinan bukan untuk dimakan tetapi diberikan kepada orang sakit atau sebagainya.

Menurutnya, pembelian itu juga mungkin untuk ahli keluarga, untuk anak yang masih kecil dan sebagainya.

“Yang beli guna plastik hitam itu mungkin belikan makanan itu untuk keluarga di rumah. Mungkin ibu bapa yang sakit, isteri sakit atau anak-anak yang masih kecil “ katanya.

Dalam pada itu Tamin mengakui, jualan makanan di restorannya tidak semeriah hari biasa kerana majoriti komuniti Melayu.

“Macam biasa, setiap kali bulan puasa, bisnes kurang sikit, orang ramai yang datang pun semuanya pelanggan bukan Melayu dan bukan Islam.

“Bagaimanapun kita tetap buka macam biasa, jam 9 pagi sampai 6 petang,” katanya.

Tak jual pada pelanggan Islam

Sementara itu, bagi kakitangan Restoran Naina Mohamed, Jayanta Das, 29, restoran itu tidak menjual makanan kepada mana-mana pengunjung beragama Islam selagi belum masuk waktu berbuka puasa.

Katanya, pelanggan beragama Islam juga dilarang berada di restoran berkenaan di sepanjang tempoh berkenaan.

“Restoran ini buka 24 jam, tapi dalam bulan puasa ini kita tak jual kepada orang Islam sehingga waktu berbuka puasa.

“Kita pun tak benarkan mereka (pelanggan Islam), untuk ada dalam restoran. Kita pun sibuk renovate (ubah suai) restoran dalam dua hari ini dan kita akan beroperasi macam biasa selepas itu,” katanya.

Tiada kewajaran untuk larang

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk), Datuk Mohd Yusop Husin berkata, pihaknya tidak mempunyai kewajaran mengarahkan mana-mana restoran 24 jam menutup operasi pada siang hari sepanjang Ramadan ini.

Menurutnya, masyarakat Islam perlu menyedari operasi perniagaan restoran seumpama itu tidak sekadar menumpukan kepada pelanggan Islam semata-mata, sebaliknya turut mengambil kira kepentingan pelanggan bukan Islam.

“Kadang-kadang ada restoran buka waktu siang pada bulan Ramadan, mereka tidak boleh tutup begitu sahaja kerana itu periuk nasi mereka.

“Mereka tidak pernah paksa orang Islam beli, sebaliknya masyarakat bukan Islam turut beli makanan di kedai mereka. Kita ini sebagai orang Islam kena berpuasa, wajiblah tunaikan tanggungjawab itu dan tidak perlu tuding jari menyalahkan mana-mana restoran sekiranya ada orang ponteng puasa kerana mereka tidak pernah menawarkan hidangan mereka dimakan umat Islam di khalayak ramai,” katanya.

Mohd Yusop berkata, selain menawarkan perkhidmatan makanan kepada bukan Islam, restoran ini juga menjadi alternatif golongan umat Islam uzur mendapatkan makanan di sepanjang Ramadan.

Menurutnya, masyarakat setempat perlu menghakis persepsi negatif terhadap pembukaan operasi perniagaan restoran ini pada waktu siang sepanjang Ramadan.

“Sebaliknya, kita sebagai umat Islam perlu bertanggungjawab terhadap diri sendiri dalam melaksanakan amanah ALLAH SWT dan menghormati bulan mulia ini.

“ Jaipk akan tetap meneruskan penguatkuasaan terhadap umat Islam dikenal pasti ponteng puasa di khalayak ramai sebagaimana tahun terdahulu,” katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/restoran-24-jam-buka-macam-biasa-1.529938
 
Back
Top
Log in Register