BTC USD 84,304.0 Gold USD 4,274.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Renungan Bersama, Syukur....

dyla shahri

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,918
Joined
Dec 2, 2009
Messages
22,918
Reaction score
1,040
Points
191
Syukur seorang hamba ialah berterima kasih kepada Penciptanya dalam bentuk lisan, hati dan perbuatan.
Bersyukur dengn lisan ialah dengan menyatakan Alhamdulillah, bersyukur dengan hati ialah perasaan mencukupi, qanaah, dan redha dengan apa yang diterima.
Bersyukur dengan perbuatan ialah dengan beramal dengan apa yang disuruh Allah dan tidak menentang Allah dengan mengingkariNya.

Tanda bersyukur ialah seorang itu beramal dengan apa yang disuruh Allah dengan penuh ketaatan.
Allah telah berfirman di dalam Al-Quran,
“Wahai keluarga Daud, bersyukur lah kamu dengan beramal.”

Sekiranya kita tidak beramal, ini menunjukkan kita tidak bersyukur kerana tidak mematuhi syariat Islam dan tidak mematuhi apa yang disuruh Allah.
Tanda orang bersyukur ialah tidak meremeh (memperkecil-kecilkan) pemberian Allah, tidak bermasam muka jika mendapat rezeki atau sesuatu yang kurang dari yang diharapkan,
tidak kufur ni’mat dari Allah, dan sentiasa redha dengan pemberianNya.

Dalam beberapa ayat di dalam Al-Quran terdapat bukti dan keterangan bahawa Allah akan memberikan ganjaran, menambahkan dan memberi kita kurniaanNya dengan syarat kita bersyukur.

Surah Ali Imran: 145, “Dan Kami akan memberikan ganjaran untuk orang yang bersyukur.”

Surah Ibrahim: 7, “Kalau kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahkan kepadamu.”

Surah At-Taubah: 28, “Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dengan kurniaNya jika Ia menghendaki.”



Kalau kita sentiasa bersyukur dengan ni’mat yang diberi Allah itu, nescaya Allah akan menambah lagi pemberian tersebut sama ada kita sedari atau tidak. Satu amalan yang baik bagi menunjukkan
kita bersyukur ialah dengan melakukan sujud syukur.

Orang yang bersyukur juga tidak meninggalkan semua amalan fardhu yang disuruh dan melakukan amalan-amalan sunat kerana ia cinta kepada Allah dan cinta kepada Rasulullah



syukur.jpg


timthumb.php
 
syukur mesia masih aman...macam ni ok x?
 
syukur mesia masih aman...macam ni ok x?

terpulang pada individu yang mentafsir nya....
semua rahmat Allah kite patut bersyukur baik kecil atau besar,
begitu juga amanah, segala tanggungjawab akan di soal baik kecil atau besar....
 
ada yg memPOLITIKkan SYUKUR ni...nengok la dlm thread politik...
 
Back
Top
Log in Register