david.cronenberg
Active+ Member

- Messages
- 3,763
- Joined
- Nov 14, 2011
- Messages
- 3,763
- Reaction score
- 27
- Points
- 371
AMARAN : Di larang meniru aksi REMPIT di bawah
MAT REMPIT
Mat Rempit merupakan gelaran kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan motor kapcai atau skooter. Ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Minah Rempit pula boleh jadi merupakan seorang pelumba perempuan, atau kawan perempuan Mat Rempit. Walaupun kebanyakan Mat Rempit sering berlumba, ada pula yang hanya menunggang secara berbahaya di jalan raya. Mat Rempit biasanya berkumpulan dan akan berlumba di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu. Mat Rempit pula dah dikaitkan dengan kegiatan gengster, rompak berkumpulan, pergaduhan, laku musnah, kecurian dan buli. Kebanyakan motosikal yang digunakan Mat Rempit tak memenuhi piawai, ataupun dah diubah suai dengan banyak. Bahkan, ada pula Mat Rempit yang tak mempunyai lesen syah, tak membayar cukai jalan dan menaiki motosikal curi. Kini, taman perumahan turut dah ditukar menjadi litar lumba oleh Mat Rempit Dianggarkan di Malaysia jer terdapat kira-kira 200,000 Mat Rempit . Istilah Mat Rempit ini turut digunakan di Brunei Darussalam, Singapura dan Indonesia untuk tujuan yang sama.
Mereka beraksi pada waktu senja , malam atau selepas ibu bapa pulang daripada bekerja. Remaja ini AKAN mencuri kunci motorsikal atau memberi alasan membeli barang di kedai berdekatan atau pergi ke pasar malam. Ibu bapa tidak sedar akan anaknya boleh pergi jauh sehingga ke KL.
Mereka beraksi di celah2 kereta yang penuh sesak di Kuala Lumpur untuk mendapat perhatian orang ramai. Di Kuala Lumpur jalan yang popular ialah Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Bukit Bintang. Lebuh raya Lekas di Semenyih yang belum siap sepenuhnya telah mengorbankan beberapa remaja belasan tahun.
Sekatan jalan raya
Sekatan jalan raya oleh polis trafik adalah satu cabaran yang menyeronokkan .Mereka akan berpatah balik melawan arus jika ada sekatan polis. Ada juga yang merempuh sekatan jalan raya. Polis trafik yang bersenjata api dan kayu cota tidak dipedulikan. Ibu bapa dan masyarakat akan menyalahkan polis jika bertindak kasar seperti menendang motosikal yang bergerak laju. Ada juga kes polis yang membaling kayu pada rim tayar yang bergerak laju untuk mengelakkan mereka melarikan diri. Keadaan ini memburukkan lagi keadaan kerana mangsa akan jatuh dengan parah kerana motorsikal akan terhenti dengan mengejut. Akhirnya pihak penguasa serik memberi kerjasama untuk membendung gejala sosial ini. Sekali lagi ibu bapa menyalahkan polis apabila pejam mata sahaja.
Ganjaran
Kebanyakan Mat Rempit masih lagi bersekolah dan tidak memiliki lesen memandu. Terdapat juga yang telah bekerja samaada di sektor awam dan swasta. Mereka bersaing sesama sendiri dan ada kalanya mendapat 'hadiah' berbentuk wang dan gadis bohsia sebagai taruhan. Bagi menambah kelajuan motosikal, karburetor, piston, brek , handle, tayar dan lain-lain diubahsuai. Dianggarkan 70% alat ganti tersebut didapati dari hasil motor curi kerana harganya jauh lebih murah berbanding pasaran.
Sanggup mati katak
Mereka sanggup cedera atau parah malah berani mati katak ketika berlumba. Ketika berlumba, mereka akan pejam mata, lampu motosikal ditutop dan menunggang motosikal melawan arus jalan raya. Pastinya mereka di bawah pengaruh dadah sintatik seperti syaboo dan "ice". Ketika berlumba mereka terbayang 'ular' atau musuh 'alien' yang perlu ditentang habis-habisan. Mereka ditugaskan untuk menjadi hero membunuh musuh. Mereka tidak ada perlindungan diri seperti kasut, seluar tebal , lapik lutut, topi keledar mahupun insuran nyawa. Ibu bapa yang mengharapkan da nmenyayangi mereka dilupakan begitu sahaja. Di Malaysia, mat rempit ini majoritinya terdiri daripada remaja Melayu (Situasi ini berbeza dengan rempit di Singapura).
Cabaran
Jln yg mencabar ialah di selekoh berbahaya , jalan berlubang , berair , berlumba melawan arus, tanpa lampu depan dan menerima cabaran rakan-rakan , musuh dan orang ramai.
Teknik menunggang
Teknik menunggang juga diperhatikan dan berubah dari semasa ke semasa. Semakin bahaya, semakin mendapat tepukan penonton dan mereka berasa bangga menjadi juara. Teknik itu seperti willy, baring, berdiri dan sebagainya.
Langkah penyelesaian
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM), Tan Sri Lee Lam Thye mencadangkan Akta Pengangkutan Jalan dipinda bagi membendung gejala "Mat Rempit" dan perlumbaan motosikal haram. Pelajar berumur 15 hingga 19 tahun merupakan pelajar yang kandas dalam pelajaran atau telah berhenti sekolah, perlu ditahan di sekolah juvana, Sekolah Henry Gurney jika didapati bersalah untuk suatu tempoh ditetapkan. Mereka hendaklah dihukum membuat kerja-kerja amal sehingga 100 jam dan motosikal dirampas.
----------------------------------------------------------------------------------------

Last edited: