BTC USD 61,867.1 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

7 Fakta/Auta Cloth Diapers.

patrick star

Fun Poster
Messages
272
Joined
Nov 14, 2012
Messages
272
Reaction score
408
Points
31
cloth-diapers-300x200.jpg


Kami telah membuat keputusan menggunakan Cloth Diapers untuk cahaya mata pertama. Keputusan diambil atas dasar jimat, tahan lama & cantik.

Leceh dan memenatkan? Itulah pengorbanan untuk anak, kenapa nak pertikaikan?

Cloth Diapers boleh dikatakan masih baru diperkenalkan di Malaysia (atau aku sorg je yang baru tau? ahahaha), oleh itu adalah penting untuk kami dan juga korang yang berminat menggunakannya memahami fakta-fakta yang berkaitan dengan Cloth Diapers. Bukan setakat fakta, auta pun ada. Jom siasat satu persatu!


cloth-diapers-snap-v2.jpg


1. Cloth Diapers Tidak Mesra Kulit Bayi: AUTA
Apabila dibasuh dengan sabun basuh bayi, kebersihan cloth diapers mudah untuk dikekalkan. Cuci cloth diapers sekurang-kurangnya setiap 3 hari dan jemur di bawah cahaya matahari untuk memastikan kotoran hilang.

2. Cloth Diapers = Seluar Pin & Plastik: AUTA
Cloth diapers dibuat daripada fabrik hi-tek dan dipasang menggunakan snaps atau Velcro. Bahkan, cloth diapers adalah seselesa lampin pakai buang.

3. Cloth Diapers Membantu Kanak-kanak Lebih Cepat ‘Tinggalkan Diapers’: FAKTA
SAP, atau sodium polyacrylate, adalah polimer cepat serap dalam kebanyakan lampin pakai buang. Ia bertujuan membantu kulit bayi sentiasa dalam keadaan kering, tetapi dalam masa yang sama banyak dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti gangguan endocrine. Cloth diapers juga mengeringkan, tetapi ia membuatkan bayi merasa cukup ‘basah’ dan faham bila masanya buang air kecil, secara tak langsung melatih mereka untuk ke tandas.

4. Banyak Wang Digunakan Untuk Cloth Diapers: AUTA
Cloth diapers berharga dalam RM20-RM50 sepasang mengikut jenis dan kualiti yang dilihat agak tinggi nilainya. Tetapi ia boleh digunakan untuk lebih dari seorang kanak-kanak. Saiz yang boleh diubah juga membolehkan seorang bayi menggunakan cloth diapers sehingga berumur 4 tahun. Perbandingan secara kasar untuk perbelanjaan cloth diapers dan diapers pakai buang untuk seorang bayi dalam tempoh 4 tahun ialah RM500+ kepada RM4000+.

5. Cloth Diapers Kurangkan 1 Tan Sampah Dalam Setahun: FAKTA
Cloth diapers boleh mengurangkan 1 tan sampah di tapak pelupusan sampah dalam setahun untuk seorang kanak-kanak. Fakta ini sesuai dengan kempen go green, yang penting untuk menyelamatkan bumi kita dari pencemaran. Lampin pakai buang mengambil masa lebih kurang 500 tahun untuk terurai yang bermaksud great great great great great great great great great great great great great great great great great grandchildren anda akan melalui kehidupan dengan diapers pertama yang dicipta 40 tahun dahulu.

6. Cloth Diapers Susah Untuk Dicuci: AUTA
Cloth diapers moden boleh dicuci menggunakan mesin basuh dan dryer. Beg laundry boleh digunakan untuk memastikan diapers dalam keadaan yang kemas. Seperti pakaian lain, tak perlu cuci menggunakan tangan.

7. Cloth Diapers Adalah Lebih Sihat Untuk Bayi: FAKTA
Lampin pakai buang dibuat daripada bahan yang mengandungi carcinogen dioxin, SAP atau sodium polyacrylate (yang dikaitkan dengan tindakbalas kimia yang boleh membahayakan kanak-kanak juga boleh menyebabkan ketidakseiimbangan hormon), dan plastik (yang tidak sihat untuk bayi dan ekonomi). Cloth diapers dibuat daripada polister/kapas/wul di bahagian luar, dan mikro-fiber/hemp/bamboo/kapas di bahagian dalam.

So think about it, it’s time to change!
:)cgrock:)cgrock
 
lampin kain tue bukan cloth diaper ke?... baru ker kat malaysia? aku yg lahir tahun 80an pon dah pakai..mak aku citer yg aku pakai tue pon bekas2 dari abang2 aku yg lahir tahun 70 an....
 
Dh 3 taun pakai.. Memang jimat banyaaakkk.. Terbaik..... Modal mula br 500.. Utk 3 taun...
 
Satu lagi Fakta nak tambah.. Cloth diaper juga membuatkan aku was-was nak solat.. W/pun baru pakai, kadar ketirisan kencing budak tu aku x tau.. sbb kadar kehancingan CD ni tinggi sampai wife aku pun tau aku x suka dgn CD ni.
 
Satu lagi Fakta nak tambah.. Cloth diaper juga membuatkan aku was-was nak solat.. W/pun baru pakai, kadar ketirisan kencing budak tu aku x tau.. sbb kadar kehancingan CD ni tinggi sampai wife aku pun tau aku x suka dgn CD ni.

same la..
kengkadang bile anak berak keras..bole pulak tahi keras ye kuar kat celah-celah tu..:eek:
 
mengarut je cd ni. pakai yg pakai buang lagi sonang.
tak yah nak basuh-basuh.
kebersihan pon terjamin.
anak pon selesa..
 
Cloth diapers ni sama macam lampin dulu-dulu la. Fakta yang ditekankan adalah menjimatkan. Beli la lampin macam biasa tu. lagi jimat dari cloth diapers.

Rajin dengan tidak je nak basuh.
 
Back
Top
Log in Register