hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,511
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,511
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Remaja Perancis hadapi hukuman penjara kerana jilat penyedut minuman
Singapura: Seorang remaja warga Perancis berdepan pertuduhan melakukan khianat dan mengganggu ketenteraman awam di Singapura selepas bertindak menjilat sebatang penyedut minuman sebelum meletakkannya semula ke dalam mesin layan diri.
Berdasarkan dokumen mahkamah pada Isnin, Didier Gaspard Owen Maximilien, 18, didakwa merakam dirinya melakukan perbuatan itu lalu memuat naik video berkenaan ke laman Instagram. Dia dituduh menyebarkan rakaman itu dengan menyedari bahawa ia bakal menimbulkan kegusaran kepada orang ramai.
Rekod mahkamah mendedahkan bahawa remaja itu sedang menuntut di republik ini.
Bagi kesalahan mengganggu ketenteraman awam, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga bulan dan denda.
Pertuduhan kedua berkaitan melakukan khianat menyatakan bahawa Maximilien tahu tindakannya itu boleh menyebabkan kerugian atau kerosakan kepada iJooz, syarikat pengendali mesin berkenaan. Ekoran kejadian itu, pihak syarikat terpaksa menggantikan kesemua 500 batang penyedut minuman di dalam mesin itu.
Mengikut lembaran pertuduhan, kesalahan khianat membawa hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan pada 12 Mac lalu. Pertuduhan telah difailkan di mahkamah daerah pada Jumaat lepas, manakala sesi pendengaran seterusnya ditetapkan pada 22 Mei.
Akhbar The Straits Times melaporkan bahawa video terbabit tular dengan pantas serta mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna media sosial.
Artikel