BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Remaja jilat ‘straw’ didenda RM1,900

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,766
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,766
Reaction score
289
Points
146

Remaja jilat ‘straw’ didenda RM1,900​

REMAJA-STRAW-scaled.jpg

MAXIMILLIEN(kanan) dan peguamnya tiba di sebuah mahkamah di Singapura hari ini. – AFP

SINGAPURA – Seorang remaja Perancis didenda  hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan gangguan awam berhubung aksi menjilat penyedut minuman yang menyebabkan dia  dihadapkan ke mahkamah di Singapura..

Didier Gaspard Owen Maximilien, 19, dikenakan denda Sg$600 (RM1,900)  selepas mengaku memuat naik video di laman sosial menunjukkan dia meletakkan semula penyedut minuman yang  dijilat ke dalam bekas pada mesin layan diri jus oren.

Klip video mengenainya tular tidak lama selepas kejadian pada 12 Mac lalu, menyebabkan dia ditangkap pihak berkuasa Singapura.

Ketika menjatuhkan hukuman, Hakim Kelly Ho berkata,  memandangkan ‘usia Maximilien dan sifat kesalahan tersebut’, hukuman alternatif seperti tempoh percubaan atau kerja komuniti tidak akan dikenakan.

Pihak pendakwaan bersetuju dengan cadangan pembelaan untuk mengenakan denda, dengan menyatakan, kesalahannya  tidak begitu serius  kerana walaupun aspek kebersihan terjejas, tiada orang awam menggunakan penyedut minuman tersebut, maka ‘tiada bukti kemudaratan berlaku’.

Menurut mereka, Maximilien juga ‘mengaku bersalah pada kesempatan terawal yang mungkin’. – AFP

 
Back
Top
Log in Register