BTC USD 76,674.9 Gold USD 4,348.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Remaja cedera parah dipukul sekumpulan individu

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,514
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,514
Reaction score
1,681
Points
201
Remaja cedera parah dipukul sekumpulan individu


KUALA LUMPUR - Seorang remaja lelaki cedera parah selepas dipercayai dipukul sekumpulan individu di sebuah residensi di Cheras di sini pada 5 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya mengesan penularan rakaman video kejadian itu menerusi aplikasi WhatsApp.

"Kita telah menerima laporan daripada ibu mangsa pada jam 12.45 tengah malam, 5 Julai lalu, mengenai kejadian itu.

"Sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras berjaya menahan empat remaja lelaki tempatan berusia 14 tahun bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mohd Rosdi berkata, polis turut merampas sebuah telefon bimbit milik salah seorang suspek yang dipercayai digunakan untuk merakam kejadian berkenaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan. Kesemua suspek telah direman bagi membantu siasatan dan kertas siasatan sedang dilengkapkan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," ujarnya.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi satu minit 13 saat yang memaparkan kejadian tersebut.


Akibat kejadian berkenaan, mangsa dipercayai mengalami keretakan tengkorak serta pendarahan di dalam kepala dan telinga kanan.

Artikel Sinar Harian

 

Pegawai Perhubungan Sekolah Pantau Semua Aspek Keselamatan - Saifuddin​

574ca3aab1b3e1f2baf5645edf008eda6a60b51511e7d

c845c446d3eb1a0caabad3cae1b9f61f6a60b82ea298f

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi penerangan ketika sidang media selepas menyampaikan Sumbangan Ihsan Bencana Kebakaran Perdana Menteri kepada sebahagian pelajar Sekolah Menengah Agama Tarbiah Diniah yang terlibat kebakaran awal pagi semalam.

Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) yang ditempatkan di sekolah-sekolah bukan sahaja berperanan menangani isu buli, malah memantau semua aspek keselamatan termasuk sebarang insiden yang melibatkan pelajar.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata justeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memperkukuh pemantauan menerusi penempatan PPS di seluruh negara.

"Kalau melibatkan isu keselamatan, kita memang ikhtiar dan kita ada PPS yang terdiri daripada pegawai polis. Selain itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga hantar pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) ke sekolah dan mereka diberikan tanggungjawab untuk mengawasi dalam semua aspek.

"Jadi, bukan sahaja soal keselamatan berkaitan buli, malah termasuk juga satu dua insiden lain yang berlaku misalnya pelajar terjatuh di sekolah seperti insiden di Kuala Nerang baru-baru ini yang masih lagi dalam siasatan pihak polis," katanya ketika mengulas mengenai kes buli membabitkan pelajar sekolah termasuk kejadian di Cheras yang tular baru-baru ini.

Beliau ditemui pemberita hari ini, selepas meninjau keadaan bangunan asrama Sekolah Menengah Agama Tarbiah Diniah, di sini, yang terlibat kebakaran awal pagi semalam.

Saifuddin Nasution berkata PPS terdiri daripada para pegawai polis dari ibu pejabat polis daerah (IPD) atau balai polis berhampiran yang ditugaskan mendampingi pihak sekolah, ibu bapa dan pelajar menerusi pelbagai program libat urus.

Beliau berkata inisiatif itu telah dilaksanakan di seluruh negara sebagai sebahagian daripada usaha PDRM bagi memastikan persekitaran sekolah adalah tempat yang selamat untuk anak-anak.

Sementara itu, beliau berkata seramai 116 pelajar terkesan susulan kebakaran yang memusnahkan bangunan asrama mereka dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi Selasa.

"Tindakan segera ialah kita berikan bantuan tunai RM500 kepada setiap pelajar kerana sebahagian mereka yang sempat saya temu bual, ada yang tinggal sehelai sepinggang, habis semua. Bantuan ini diharap dapat meringankan beban mereka untuk menyediakan semula kelengkapan sekolah.

 
Back
Top
Log in Register