BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar Dan Bapa Cedera Dipukul Di Hadapan Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,699
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,699
Reaction score
97
Points
80

Pelajar Dan Bapa Cedera Dipukul Di Hadapan Sekolah, Beberapa Individu Ditahan​

26655242a2cf0a67560fd12616623f3766b5842a35896


Beberapa individu ditahan bagi membantu siasatan kes pergaduhan yang mengakibatkan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun dan bapanya cedera dipukul di hadapan sebuah sekolah menengah di Serdang pada 3 Julai lepas.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Muhamad Farid Ahmad berkata dalam kejadian kira-kira 12.45 tengah hari itu, mangsa dipanggil oleh beberapa pelajar lelaki dari sekolah yang sama ketika sedang menuju ke motosikalnya di luar kawasan sekolah.

“Mangsa telah dikepung dan dipukul oleh kesemua suspek menyebabkan mangsa luka pada bahagian bibir dan lutut serta lebam di seluruh badan.

“Bapa mangsa yang cuba untuk meleraikan pergaduhan itu turut dipukul sehingga terjatuh di jalan raya, dan menyebabkan kecederaan pada tangan dan kaki … ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata semua suspek yang ditahan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya hari ini untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Muhamad Farid berkata polis turut bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa bagi memastikan kejadian itu ditangani secara profesional serta mengikut peruntukan undang-undang.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan, dan meminta mereka yang mempunyai maklumat untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang menerusi talian 03-8074 2222 atau balai polis berhampiran.

Sebelum ini, tular dalam media sosial video memaparkan beberapa pelajar sekolah menengah menyerang seorang lelaki di sebuah kawasan parkir motosikal.

 


Bapa, anak cedera dipukul sekumpulan pelajar sekolah

SERDANG - Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun dan bapanya cedera selepas dipercayai dipukul sekumpulan pelajar sekolah menengah dalam kejadian di luar sebuah sekolah di Taman Desaminium di sini baru-baru ini.


Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 12.45 tengah hari pada 3 Julai lalu ketika mangsa yang juga pelajar sebuah sekolah menengah menuju ke motosikalnya yang diletakkan di luar kawasan sekolah.


"Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan termasuk luka pada bibir dan lutut selain lebam serta sakit di seluruh badan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, bapa mangsa yang cuba meleraikan pergaduhan berkenaan turut menjadi mangsa apabila dipukul sehingga terjatuh di atas jalan raya.

"Akibat kejadian itu, bapa mangsa mengalami kecederaan pada tangan dan kaki selain sakit di seluruh badan," katanya.

Muhamad Farid berkata, beberapa individu telah ditahan dan akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya pada Jumaat bagi permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Katanya, polis turut bekerjasama dengan pihak sekolah serta ibu bapa bagi memastikan kes berkenaan ditangani secara profesional dan mengikut peruntukan undang-undang.

"Susulan laporan diterima, satu kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

"Kes turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Muhamad Farid berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Beliau turut meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di talian 03-8074 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
 

Pelajar Gaduh Di Seri Kembangan Diberikan Bimbingan Kaunseling - JPN Selangor​

c398e92c599fa58348e15905931c400a5e3a3d909926d


Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor telah melaksanakan  intervensi bimbingan dan kaunseling terhadap pelajar terlibat dalam kes pergaduhan yang membabitkan seorang pelajar dan bapanya di hadapan sebuah sekolah menengah di Seri Kembangan, baru-baru ini.

JPN Selangor dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya memberikan kerjasama penuh terhadap proses siasatan dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku, khususnya yang membabitkan keganasan.

“JPN Selangor mengambil serius insiden pergaduhan melibatkan sekumpulan pelajar seperti yang tular dan dilaporkan media baru-baru ini. Insiden ini sedang dalam siasatan polis.

“JPN Selangor memberikan kerjasama penuh terhadap siasatan yang sedang dilakukan. Tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati bersalah,” menurut kenyataan itu.

JPN Selangor menasihatkan masyarakat untuk tidak membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak sahih selain mengingatkan perbuatan menyebarkan identiti remaja di bawah umur dalam kes itu salah di sisi undang-undang.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Serdang ACP Muhamad Farid Ahmad mengesahkan penahanan beberapa individu bagi membantu siasatan kes seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun dan bapanya cedera dipukul di hadapan sebuah sekolah menengah pada 3 Julai.

Beliau berkata kejadian berlaku pada waktu tengah hari selepas remaja itu didakwa dikepung dan dipukul manakala bapanya cedera semasa cuba meleraikan pergaduhan tersebut.

 
Back
Top
Log in Register