BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga emas parah dipukul jiran dengan batang besi

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
14299819486572773-419558.jpg

14299819486572773-419559.jpg


14299819486572773-419561.jpg



Warga emas parah dipukul jiran dengan batang besi


GEORGETOWN: Lelaki warga emas parah dipukul jirannya menggunakan sebatang besi, dalam kejadian di Jalan Perak, di sini, hari ini.

Mangsa kini berada di Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bagi rawatan lanjut.


"Akibat daripada pukulan itu, mangsa mengalami cedera parah di bahagian tangan dan kaki serta masih menerima rawatan di HPP.

"Suspek kemudian ditahan polis dan turut dirampas ialah batang besi di rumah suspek yang dipercayai digunakan ketika kejadian," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mengulas lanjut Rozak berkata, punca kejadian disyaki akibat perselisihan faham antara mangsa dan suspek.

"Suspek akan direman esok bagi siasatan lanjut. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan berikutan mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata," katanya lagi.

Terdahulu, kejadian itu turut tular di media sosial menerusi video berdurasi 15 saat yang memaparkan mangsa terbaring berhampiran motosikalnya serta motosikal dipercayai tunggangi suspek.

Sementara itu, menantu mangsa yang dikenali sebagai Ong berkata, bapa mentuanya meronta kesakitan namun dia tidak berani mengangkat atau mengalih.

"Kami hanya mampu menunggu bantuan daripada petugas kesihatan sebelum dia dibawa ke hospital dengan ambulans bagi mendapatkan rawatan.

"Suspek adalah penduduk di kawasan kejiranan itu dan dipercayai mengalami masalah kesihatan mental," katanya di sini.

Artikel Berita Harian
 
Back
Top
Log in Register