BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Remaja 18 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Pantai Klebang

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Remaja 18 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Pantai Klebang​

2be47b66a7cf38097478998c276d60c562b7d685eaf3d


Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi di pantai berhampiran Prima Klebang di sini petang tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan I Mohd Soffian Hassan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.03 petang sebelum jentera Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah serta Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) digerakkan ke lokasi.

“Pasukan operasi yang tiba di lokasi mendapati terdapat seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di pantai bersama rakannya.

“Setakat ini, operasi pencarian mangsa sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata operasi melibatkan 14 anggota, terdiri daripada enam anggota PPDA, enam anggota jentera Fire Rescue Tender dan dua anggota Rapid Intervention Motorcycle, dengan bantuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

“Mangsa masih belum ditemukan dan operasi pencarian masih dijalankan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register