Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,777
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,777
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Rektor UIAM Osman Bakar Dinobat Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan
Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah (empat, kiri) yang juga Sultan Perak berkenan menyempurnakan pengurniaan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan kepada Prof Datuk Dr Osman Bakar (tiga, kiri) pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1448H/2026M di Masjid Putra hari ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (dua, kiri).
Bertemakan "MADANI Dihayati, Ummah Diberkati", sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan tahun ini dihadiri kira-kira 5,000.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan pada majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1448/2026 di Masjid Putra di sini hari ini.
Pada majlis sama, pakar fiqah Islam dari Maghribi Dr Ahmad Al-Raysuni diumum sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa.
Anugerah berkenaan disampaikan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang berkenan mengurniakan wang tunai, trofi dan sijil penghargaan kepada dua tokoh berkenaan.
Majlis sambutan tahun ini bertemakan ‘MADANI Dihayati, Ummah Diberkati’.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof bersama isteri Datin Ruziah Mohd Tahir serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.