TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,505
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,505
- Reaction score
- 38,198
- Points
- 2,836
1. Selain daripada Patani dan Setul, pemerintahan beraja Melayu-Islam juga pernah wujud di Singgora (Songkhla), Bedelung (Phattalung), Jaiya (Chaiya) dan Ligor (Nakhon Si Thammarat). Maklumat terperinci mungkin akan dikongsikan pada posting lain.
2. Chaiya pernah menjadi salah satu pusat pemerintahan empayar Melayu Srivijaya, manakala Ligor pula merupakan pusat bagi kerajaan Nagara Sri Dharmaraja. Kedua-duanya merupakan kerajaan Melayu (Javaka) pada era pra-Islam.
3. Berdasarkan peta semenanjung Tanah Melayu tahun 1895, penulis berjaya pula menjumpai catatan mengenai penduduk Melayu di Chaiya, Ligor, Songkhla dan Phattalung pada tahun 1896 yang ditulis oleh H. Warington Smyth.
4. Berdasarkan catatan tersebut, dinyatakan bahawa penduduk di negeri Chaiya adalah 43,000 dan hampir separuh daripadanya adalah Melayu yang masih mengekalkan budaya dan agama mereka, tetapi keseluruhannya telah kehilangan bahasa Melayu mereka.
5. Namun begitu, orang Siam masih memanggil mereka sebagai 'Puek Malayu'. Mereka tinggal dalam komuniti terasing di kawasan pesisir. Lelakinya bekerja sebagai nelayan manakala perempuan pula bekerja dalam bidang tenunan.
6. Catatan tersebut juga menyatakan sebagaimana masyarakat Melayu di Chaiya, penduduk Melayu di Phattalung juga telah kehilangan bahasa Melayu mereka.
7. Terdapat populasi Melayu yang agak besar di Ligor, tetapi tidak seperti penduduk Melayu di Chaiya dan Singgora, mereka masih mengekalkan pertuturan bahasa Melayu mereka, tetapi juga keris dan semangat kebangsaan. Mereka mengekalkan komunikasi dengan Kelantan dan negeri-negeri Melayu di selatan.
8. Keseluruhannya, beliau mencatatkan penduduk Melayu di utara latitud 7° telah kehilangan karakteristik bangsa mereka, kebanyakannya telah menggunakan bahasa Siam dan kehilangan bahasa Melayu, tetapi masih mengamalkan beberapa tradisi dan budaya mereka.
9. Apa yang menarik, turut dicatatkan bahawa Siam disini, termasuk Ligor, adalah Siam sejati, yang sangat sedikit percampuran dengan Cina, tidak seperti yang selalu dijumpai di utara. Mereka masih mengekalkan budaya dan tradisi lama yang telah terhapus di Bangkok. Bahasa mereka juga sedikit berbeza.
10. Jadi adakah Siam di sana sebenarnya keturunan kaum Javaka (Isthmian Malay) yang tidak memeluk Islam dan kemudiannya terasimilasi dengan dominasi Thai dari utara yang meluaskan kuasanya ke Nagara Sri Dharmaraja sewaktu era Sukothai dan Ayutthaya?
Ibnu Rusydi