BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Reformasi RCI TH Perlu Dikukuh Melalui Perundangan, Pengawasan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Reformasi RCI TH Perlu Dikukuh Melalui Perundangan, Pengawasan​

135ea8dc1c13333f4868a247ad978dce6a76fc7550dac

858c346ec083d754a4430dd34fbfbee268e2811c231f8


Tabung Haji (TH) perlu diinstitusikan melalui perundangan dan mekanisme pengawasan yang ampuh bagi memastikan kelestarian tatakelola melangkaui perubahan pentadbiran kerajaan.

Penganalisis sosiopolitik Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Awang Azman Awang Pawi berkata meskipun 75 peratus daripada 25 syor RCI telah dilaksanakan melalui pasukan kerja khas, angka itu belum menjamin pembaharuan berkenaan tidak akan “berpatah balik” pada masa hadapan.

Sehubungan itu, beliau berkata setiap syor dalam laporan perlu mempunyai status audit yang telus, merangkumi tarikh pelaksanaan, agensi bertanggungjawab dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang jelas, selain laporan kemajuan tahunan dibentangkan di Parlimen.

“Kuncinya ialah menginstitusikan reformasi, bukan mempersonalisasikannya. Perkara kritikal seperti larangan lantikan politik aktif, kriteria kelayakan profesional, struktur panel pelaburan, piawaian perakaunan dan penalti perlu dikunci dalam undang-undang, bukan sekadar pekeliling pentadbiran,” katanya kepada Bernama.

Mengulas aspek semak dan imbang, Awang Azman yang juga Felo Kanan Akademi Kenegaraan Malaysia berkata dapatan RCI membuktikan isu TH bukan semata-mata melibatkan beberapa keputusan pelaburan yang salah, sebaliknya berpunca daripada kelemahan sistemik dalam struktur membuat keputusan.

Beliau berkata RCI secara jelas mengaitkan pelantikan ahli politik aktif dan konflik kepentingan dengan kemerosotan kredibiliti TH, sekali gus menyokong syor supaya golongan itu dilarang memegang jawatan pengerusi atau anggota lembaga.

“Pengajarannya ialah institusi yang mengurus wang rakyat tidak boleh bergantung kepada integriti seseorang pengerusi atau menteri semata-mata. Sistem mesti cukup kuat untuk mengatakan ‘tidak’ kepada keputusan yang tidak munasabah walaupun terdapat tekanan daripada pihak yang berkuasa,” katanya.

Mengenai pindaan Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535), Awang Azman menyifatkannya sebagai langkah penting, namun menegaskan perubahan struktur undang-undang perlu disokong dengan penguatkuasaan yang ketat.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya empat lapisan diwujudkan secara serentak, termasuk lembaga profesional dan bebas, panel pelaburan yang mempunyai asas undang-undang, pengawal selia luar yang benar-benar bebas serta pelaporan berkala kepada Parlimen dan orang ramai.

 
Back
Top
Log in Register