BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Realme GT 7 & GT 7T Melepasi Pengesahan SIRIM Malaysia

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Dua peranti baharu Realme telah ditemui dalam pensijilan SIRIM Malaysia. Ia menandakan bahawa peranti-peranti tersebut akan ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi. Peranti yang dimaksudkan ialah Realme GT 7 dan Realme GT 7T yang didaftarkan oleh DTL Malaysia Sdn Bhd. Spesifikasi bagi versi Malaysia masih belum dapat disahkan namun model GT 7 telah pun dilancarkan di China pada April lalu.

SIRIM-Realme-GT-7-series-950x54.jpg.webp


Sekiranya versi Malaysia menggunakan spesifikasi yang sama, ia mungkin dilengkapi skrin OLED 6.8-inci 1.5K dan kadar semula 144Hz. Selain itu, bateri karbon silikon berkapasiti 7200mAh turut digunakan dengan pengecasan pantas 100W. Ia turut akan dijana cip Dimensity 9400+ bersama kamera utama 50MP (Sony IMX896) + 8MP ultra-lebar. Sementara itu, model GT 7T masih belum dilancarkan di mana-mana pasaran setakat ini.​
 
Realme GT7 Dream Edition Di Jual Di Malaysia Pada Harga RM2,999

Realme
turut memperkenalkan edisi istimewa melalui model GT7 Dream Edition yang dihasilkan dengan kerjasama pasukan Aston Martin Formula One. Pada masa yang sama, ia adalah telefon pintar pertama di dunia yang bekerjasama dengan AMF1 menjadikannya unik dan eksklusif.

IMG_9374-950x713.jpeg


Peranti ini hadir dengan warna ikonik Aston Martin Racing Green, reka bentuk garisan aerodinamik yang elegan, serta lambang sayap perak terukir yang melambangkan kelajuan dan kemewahan. Selain itu, kotak edisi koleksi eksklusif disertakan akan dilengkapi dengan kerangka khas Silver Wing serta pin kad SIM berbentuk kereta lumba F1 yang memberikan sentuhan unik yang menonjolkan identiti jenama masing-masing.

Realme-GT7-Dream-Edition-4-950x534.jpg


Realme GT7 Dream Edition masih mengekalkan spesifikasi seperti versi standard. Ia mempunyai skrin LTPO AMOLED 6.78 inci, kadar segar semula 120Hz, dan kecerahan puncak 6000 nits dengan sokongan HDR10+ serta Dolby Vision. Peranti ini dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 9400e, bersama 16GB RAM dan storan dalaman 512GB storan. Ia menjalankan Realme UI 6.0 berasaskan Android 15 serta dilengkapi dengan pelbagai ciri AI untuk pengalaman penggunaan yang lebih pintar.

Realme-GT7-Dream-Edition-11-950x534.jpg


Sistem kameranya terdiri daripada 50MP utama + 50MP telefoto + 8MP ultra-lebar, manakala kamera hadapan 32MP dengan autofokus. Peranti ini juga dilengkapi dengan bateri karbon silikon 7000mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W, serta ciri tambahan seperti pembesar suara stereo, NFC, sensor inframerah, dan penarafan kalis air IP68/IP69 untuk ketahanan lebih baik.

Realme-GT7-Dream-Edition-1-950x535.jpg


Bagi yang berminat, Realme GT7 Dream Edition hadir dalam warna Aston Martin Racing Green dan ditawarkan pada harga RM2,999 (16GB/512GB). Pembelian turut disertakan dengan hadiah bernilai hingga RM997 termasuk jaminan lanjutan selama satu tahun, serta jaminan retak skrin selama satu tahun. Tawaran ini berlangsung dari 31 Mei hingga 30 Jun 2025 dengan unit yang terhad.
 
Realme GT7 & GT7T Di Lancarkan Secara Rasmi Dengan Dimensity 9400e - Harga Bermula RM 1999

Siri Realme GT7 telah dilancarkan secara global dalam sebuah acara di Paris pada hari ini. Peranti ini hadir dengan pelbagai spesifikasi menarik termasuk cip pemprosesan terkini serta bateri berkapasiti besar. Selain itu, ia ditawarkan dalam dua pilihan model iaitu Realme GT7 dan Realme GT7T dengan masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri bagi memenuhi keperluan pengguna.

IMG_9331-950x713.jpeg.webp


Realme GT7 menggunakan skrin LTPO AMOLED 6.78-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Paparan juga menyokong kecerahan puncak mencapai 6000nits dan pensijilan HDR10+ serta Dolby Vision. Ia dikuasai dengan cip Mediatek Dimensity 9400e bersama memori 12GB RAM dan storan dalaman 512GB. Ia turut menjalankan Realme UI 6.0 berasaskan Android 15, serta menyokong pelbagai ciri berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang menarik.

Realme-GT7-5-950x534.jpg.webp
Realme-GT7-11-950x534.jpg.webp
Realme-GT7-4-950x534.jpg.webp


Antara ciri AI yang ditawarkan termasuk AI Planner yang bantu menyusun jadual harian secara sistematik dengan mengenal pasti kandungan yang berkaitan dengan acara, lalu memasukkannya secara automatik ke dalam kalendar. AI Eraser 2.0, AI Unblur, dan AI Upscale untuk meningkatkan kejelasan gambar bagi hasil yang lebih baik. AI Loop 2.0 pula berfungsi seperti Honor Magic Portal yang membolehkan perkongsian kandungan dengan lebih mudah antara aplikasi yang disokong.

IMG_9350-950x713.jpeg.webp
IMG_9355-950x713.jpeg.webp


Realme GT7 hadir dengan sistem kamera belakang 50MP (utama) + 50MP (telefoto) + 8MP (ultra-lebar). Kamera hadapan pula sebesar 32MP dengan autofokus untuk imej lebih jelas. Peranti juga dilengkapi dengan bateri karbon silikon 7000mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W. Selain itu, ia juga mempunyai sistem pembesar suara stereo, NFC, sensor inframerah serta penarafan kalis air IP69 untuk lebih tahan lasak untuk pelbagai keadaan.

IMG_9357-950x713.jpeg.webp


Sementara itu, Realme GT7T dilengkapi dengan skrin AMOLED 6.8 inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ia menyokong resolusi 1.5K dengan kecerahan puncak mencapai 1800 nits, yang boleh meningkat sehingga 6000 nits.

IMG_9358-950x713.jpeg.webp


Peranti ini dikuasakan oleh cip Dimensity 8400-Max dengan memori 12GB RAM dan storan dalaman 256GB untuk prestasi yang lancar. Ia menjalankan Realme UI 6.0, berasaskan Android 15 serta menyokong pelbagai ciri AI, termasuk AI Planner yang membantu penyusunan jadual harian secara lebih sistematik.

Dari segi fotografi, ia menawarkan kamera belakang 50MP (utama) + 8MP (ultra-lebar) dan kamera hadapan 32MP dengan autofokus. Baterinya berkapasiti 7000mAh menggunakan teknologi karbon silikon dengan sokongan pengecasan pantas 120W. Ia turut dilengkapi dengan pembesar suara stereo, NFC serta penarafan kalis air IP69 untuk ketahanan yang lebih baik.

Harga jualan peranti-peranti yang dijual hari ini adalah seperti di bawah.​
  • Realme GT7 (12/512GB) – RM2,599
  • Realme GT7T (12/256GB)- RM1,999
Pembelian turut disertakan dengan hadiah bernilai hingga RM997 termasuk jaminan lanjutan selama satu tahun, serta jaminan retak skrin selama satu tahun. Tawaran ini berlangsung dari 31 Mei 2025 hingga 30 Jun 2025.​
 
Back
Top
Log in Register