BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Infinix GT 30 Kini Di Malaysia, Harga RM1099

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Infinix hari ini melancarkan GT 30, model terbaharu dalam siri GT untuk pasaran Malaysia. GT 30 hadir dengan paparan 6.78-inci AMOLED 144Hz dengan resolusi 1.5K, kecerahan sehingga 1,600 nit, penarafan IP64, GT Trigger, serta sistem penyejukan 3D Vapor Cloud Chamber Cooling (3DVCC) yang dibangunkan sendiri oleh Infinix.
GT-30-Colourway.jpg


Prestasinya digerakkan oleh MediaTek Dimensity 7400 5G yang dipadankan dengan 8GB RAM LPDDR5x (boleh diperluas hingga 16GB) dan storan 256GB berasaskan UFS 2.2. GT 30 juga memperkenalkan Mechanical Light Waves, sistem pencahayaan dinamik yang bertindak balas mengikut situasi dalam permainan, selain berfungsi sebagai indikator notifikasi, muzik dan pengecasan. Di bahagian kamera, ia dilengkapi tetapan dwi-kamera dengan 64MP utama dan 8MP ultra lebar, manakala kamera hadapan menggunakan sensor 13MP. Bagi menghidupkan peranti, GT 30 dimuatkan kapasiti bateri 5,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W.
GT-30-Infographic-Visual.jpg


Selain memfokuskan pada permainan, GT 30 juga disertakan Infinix AI yang menggabungkan lebih 25 ciri kecerdasan buatan (AI). Antaranya termasuk One-Tap Query, janaan teks ke imej, AI Erase, AI Extend, imej ke dokumen, AI Call Summaries, terjemahan masa nyata dua hala dan banyak lagi.
Infinix-GT-30-Malaysia_.jpg


Selain mengekalkan warna Shadow Ash dari GT 30 Pro, model GT 30 turut hadir dengan dua pilihan baharu iaitu Cyber Blue dan Pulse Green.
GT-30-KV-with-Price.jpg


Di Malaysia, GT 30 mula ditawarkan hari ini pada harga RM1,099. Setiap pembelian turut disertakan GT Gaming Kit (MagCase + Cooling Fan) bernilai RM129, selagi stok masih ada. Pembelian boleh dilakukan melalui pengedar sah Infinix atau kedai rasmi di Lazada, Shopee dan TikTok Shop.
 
Back
Top
Log in Register