BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Vivo V50 Kini Melepasi Pengesahan SIRIM Di Malaysia

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Peranti Vivo V50 telah pun melepasi laman SIRIM menandakan pelancarannya semakan hampir. Ia telah didaftarkan oleh VTalent Business Sdn Bhd dengan nombor model V2427 (V50) sejak 24 Januari 2025. Ia juga masih belum dilancarkan secara rasmi di mana-mana pasaran buat masa ini. Jadinya belum jelas mengenai perkakasan dalaman namun timbul desas-desus mengatakan sistem kamera ZEISS masih dikekalkan pada model akan datang ini.

V50-SIRIM-950x120.jpeg.webp


Untuk makluman, Vivo sedia menggunakan sistem kamera berkenaan pada dua variasi telefon pintar di bawah siri V. Ia termasuklah Vivo V30 Pro dan Vivo V40 Pro dengan fokus pada kamera terutamanya melibatkan fotografi potret. Selain itu menawarkan banyak kelebihan lain seperti rekaan dan perkakasan dalaman. Bagaimana pula dengan penawaran baharu ini? Untuk lebih lanjut, sama-sama kita nantikan kemaskini daripada Vivo dari masa ke semasa.​
 
Vivo V50 Kini Rasmi Dengan Kamera ZEISS 50MP & Bateri 6000mAh

Vivo
secara rasminya memperkenalkan V50 baharu yang direka untuk meningkatkan pengalaman fotografi potret mudah alih. Ia menampilkan sistem potret dengan kerjasama ZEISS dan bateri besar yang dimuatkan dalam rekaan tubuh serba nipis setebal hanya 7.39mm.

vivo-V50-Rasmi-A-edited-scaled.jpg.webp


Berkongsi lebih lanjut Vivo V50 boleh didapati dalam pilihan warna Titanium Grey, Starry Night dan Rose Red. Ia juga melepasi kalis air IP69 yang boleh bertahan semburan air bertekanan tinggi di samping IP68 yang menambah lagi ketahanan airnya. Skrin adalah sebesar 6.77-inci AMOLED yang beresolusi FHD+ (2392 × 1080 pixels) dan kadar segar semula 120Hz.

vivo-V50-Rasmi-b2-edited-scaled.jpg.webp


Tunjang utamanya dikuasai oleh cip Snapdragon 7 Gen 3 bersama padanan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman 512GB. Bateri 6000mAh lebih besar yang digunakan boleh dicas melalui port USB-C dan sistem pengecasan 90W FlashCharge. Selain itu mempunyai dwi-kamera ZEISS 50MP dengan OIS bersama kamera hadapan 50MP. AI Studio Light Portrait 2.0 turut dinaiktaraf untuk pencahayaan berkualiti studio yang lebih terang khususnya dalam scenario pencahayaan malap.

vivo-V50-Rasmi-C-edited-scaled.jpg.webp


V50 menjalankan FuntouchOS 15 dengan Android 15 yang menawarkan ciri berasaskan AI. Antaranya seperti Circle to Search, Live Call Translation, Transcript Assist dan Eraser 2.0. Vivo turut menjanjikan kemaskini Android selama tiga tahun dan sekuriti empat tahun pada peranti baharu ini. Harga jualan rasmi bermula INR34,999 (~RM1,784) (8/12GB), INR 36,999 (~RM1,886) (8/256GB) dan INR40,999 (~RM2,089) (12/512GB).
 
Vivo V50 Akan Mempunyai Kamera Utama 50MP Dengan ZEISS

Vivo
telah menerbitkan laman web rasmi untuk peranti baharu V50. Ia mendedahkan beberapa butiran penting seperti rekaan, pilihan warna, konfigurasi kamera, kapasiti bateri dan perisian. Vivo juga masih bekerjasama dengan ZEISS yang memberi tumpuan kepada persediaan perkakasan kamera yang menarik dalam kelasnya.

V50-3-950x508.webp


Vivo V50 menggunakan tubuh serba nipis dengan bahagian sisi dibulatkan bagi tujuan keselesaan yang berpanjangan. Ia juga boleh didapati dalam tiga pilihan warna seperti Titanium Grey, Rose Red dan Starry Blue. Selain itu mempunyai dwi-sensor utama 50MP dengan teknologi ZEISS dan OIS. Terdapat juga AI Studio Light Portrait 2.0 di bahagian belakang peranti yang direka untuk menerangi gambar portrait dengan lebih sekata berbanding LED Flash biasa. Pada dasarnya ia hanyalah ciri aura light yang pernah dipopularkan sejak model V27.

V50-2-950x534.jpg.webp


Terdapat juga penarafan kalis air IP68/69 yang bermakna peranti ini dilindungi daripada habuk dan air, di samping tahan semburan air bertekanan tinggi. Meskipun nipis, Vivo masih mampu memuatkan bateri besar 6,000mAh yang boleh dicas semula melalui pengecasan pantas 90W. Ini peningkatan lebih baik berbanding siri V40 sebelum ini yang dilengkapi bateri 5500mAh.

Masih belum jelas mengenai tarikh pelancaran justeru pastikan anda terus mengikuti perkembangan terkini dari masa ke semasa mengenai peranti baharu Vivo ini. Dalam pada itu, peranti juga berpotensi ditawarkan di Malaysia memandangkan telah melepasi pengesahan SIRIM sejak 24 Januari lalu.​
 
Vivo V50 Lite 5G Melepasi Pengesahan SIRIM Di Malaysia

Vivo
nampaknya dalam perancangan hadir dengan telefon baharu dalam siri V50 dalam masa terdekat ini. Meskipun masih belum diumumkan secara rasmi tetapi pengesahan SIRIM baharu memperlihatkan vivo V50 Lite 5G telah pun melepasi proses pengesahan di Malaysia. Ia muncul dengan model V2440 (V50 Lite 5G) dan didaftarkan oleh nama pemohon Vtalent Business Sdn Bhd sejak 14 Februari yang lalu.

V50-Lite-SIRIM-A-950x202.jpg.webp


Seperti dikatakan tadi, telefon pintar ini belum dilancarkan secara rasmi di mana-mana pasaran. Malahan butiran mengenai spesifikasi dalaman juga masih tidak diketahui secara khusus. Namun apa yang pasti kita boleh menjangkakan bahawa V50 Lite 5G akan menjadi pilihan yang lebih mampu milik berbanding versi V50 yang pernah diumumkan di India sebelum ini.

vivo-V50-Rasmi-b2-edited-950x534.jpg.webp


Untuk rekod, V50 telah direka untuk meningkatkan pengalaman fotografi potret mudah alih. Ia menampilkan sistem potret dengan kerjasama ZEISS dan bateri besar yang dimuatkan dalam rekaan tubuh serba nipis setebal hanya 7.39mm. Ia merupakan peranti pertengahan yang dikuasai oleh cip Snapdragon 7 Gen 3, di samping menyertakan tri-kamera ZEISS 50MP dengan OIS di hadapan dan belakang.

Pada masa yang sama menyertakan AI Studio Light Portrait 2.0 turut dinaiktaraf untuk pencahayaan berkualiti studio yang lebih terang khususnya dalam scenario pencahayaan malap. Bateri juga besar 6000mAh lebih besar yang boleh dicas melalui port USB-C dan sistem pengecasan 90W FlashCharge.​
 
Vivo V50 Akan Di Lancarkan Di Malaysia Pada 13 Mac 2025

Vivo
dilihat berkongsi tarikh pelancaran rasmi untuk telefon terbarunya V50 di Malaysia. Ia dijadualkan berlangsung pada 13 Mac depan dan boleh ditonton bersama melalui beberapa saluran rasmi termasuk YouTube.

v50-malaysia-A-950x950.jpg.webp


Bertemakan ZEISS Potrait So Pro menunjukkan vivo memperkukuhkan komitmen dalam menyediakan pengalaman fotografi mudah alih yang menarik. Mereka juga membuat perubahan menarik dengan menawarkan sistem kamera ZEISS pada model standard berbanding sebelum ini hanya tertumpu pada versi pro semata.

Seperti yang pernah dikongsikan dalam video pandang pertama amanz di bawah, peranti baharu ini menawarkan sehingga tiga kamera beresolusi 50MP ZEISS. Di mana dua daripadanya digunakan pada bahagian belakang manakala selebihnya diletakan pada kebolehan tangkapan swafoto.​
 
Vivo V50 Lite 5G - Bateri Tahan Lebih Lama

Vivo
telah melancarkan model baharu V50 Lite 5G di Malaysia. Ia direka dengan tumpuan terhadap bateri yang tahan lama lantas menjadikannya sesuai untuk penggunaan sepanjang hari. Selain daripada bateri, ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri memadai yang boleh memenuhi keperluan harian pengguna. Untuk ketahui lanjut tentang prestasinya dalam penggunaan harian biasa dikongsikan ulasan penuh peranti melalui artikel di bawah.

Spesifikasi Dan Penggunaan

Skrin
AMOLED, 120Hz 1800nits
6.77″ (1080 x 2392 piksel)
(~388 ppi)
Pemproses
Mediatek Dimensity 6300 (6 nm)
Cip
2 x 2.4 GHz Cortex-A76
6 x 2.0 GHz Cortex-A55
Cip Grafik
Mali-G57 MC2
RAM
12GB RAM LPDDR4X
12GB RAM Maya
Muatan Dalaman
256GB UFS 2.2
Kamera Utama
50 MP, f/1.8, (lebar)
8 MP, f/2.2, 120° (ultra-lebar)
Kamera Depan
32 MP, f/2.5, (lebar)
Bateri
6500 mAh Si/C Li-Ion
90W berwayar
6W berbalik
SIM/Telefoni
Dwi SIM Nano
NFC
Ya
Infra Merah
Ya
Kalis Air
IP69
Sistem Imbasan
Imbasan cap jari
Imbasan wajah
Harga Jualan
RM 1,299 (8/128GB)
RM 1,499 (12/256GB)
RM 1,699 (12/512GB)

Vivo V50 Lite 5G hadir dengan reka bentuk yang lebih moden dan premium berbanding V40 Lite 5G dengan perubahan yang jelas dari segi dimensi dan kemasan Peranti ini memiliki bonggol kamera tebal yang menyerupai gaya Samsung Galaxy A56. Walaupun perubahan ini mungkin kurang selesa bagi sesetengah pengguna, ia tidak sehingga menjejaskan pengalaman penggunaan dan masih mengekalkan rupa yang moden serta premium.

vivo-V50-Lite-Edited-950x534.jpg.webp


Selain itu, walaupun saiz Aura Light lebih kecil, ia tidak menjejaskan pencahayaan semasa mengambil gambar. Kamera masih dapat menghasilkan gambar yang jelas dan terang, memberikan pengalaman fotografi yang baik.

Susunan lensa masih dalam posisi menegak, tetapi kini setiap lensa mempunyai saiz berbeza dan tidak lagi seragam seperti sebelum ini. Walaupun kelihatan kurang seimbang, reka bentuk kamera ini tetap mengekalkan gaya khas peranti Vivo yang sudah dikenali.

Dari segi pengalaman penggunaan, peranti ini selesa kerana reka bentuknya yang ergonomik serta permukaan yang sesuai untuk genggaman tangan. Ia mudah dikendalikan dalam tempoh yang lama tanpa menyebabkan ketidakselesaan.

vivo-V50-Lite-Edited-2-950x534.jpg.webp


Selain itu, dengan ketebalan hanya 7.8 mm, V50 Lite 5G masih dianggap nipis, menjadikannya senang dipegang dengan satu tangan serta mudah disimpan dalam poket atau beg kecil. Namun, bagi pengguna yang gemar memakai seluar jeans skinny, peranti mungkin sedikit terkeluar apabila disimpan dalam poket bergantung pada ketebalan fabrik dan saiz poket masing-masing.

V50 Lite 5G hadir dengan reka bentuk belakang dengan kemasan pusam untuk rasa lebih selesa di tangan. Berbanding dengan V40 Lite 5G yang mempunyai kemasan berkilat, V50 Lite 5G lebih tahan terhadap kesan minyak dan cap jari menjadikannya lebih mudah dijaga.

Walaupun diperbuat daripada plastik, peranti ini mempunyai binaan yang kukuh. Apabila ditekan, ia tidak melentur atau menghasilkan bunyi rongga kosong, malah memberikan pengalaman penggunaan yang selesa dalam kegunaan harian.

vivo-V50-Lite-Edited-3-950x534.jpg.webp


V50 Lite 5G hadir dalam tiga warna menarik, iaitu Titanium Gold yang memberikan gaya mewah dan sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih eksklusif. Phantom Black sebagai pilihan klasik dengan reka bentuk minimalis untuk pengguna yang mengutamakan penampilan professional. Fantasy Purple pula menampakkan warna moden yang sesuai bagi mereka yang mahu tampil lebih menonjol.

Sisi kanan peranti mempunyai butang kuasa dan laras audio di bahagian atas, manakala sebelah kiri terdapat slot SIM dengan sokongan dwi SIM Nano. Selain itu, peranti ini turut dilengkapi dengan sensor infra merah serta pembesar suara di bahagian atas. V50 Lite 5G juga menyokong sistem audio stereo, dengan satu lagi pembesar suara di bahagian bawah berhampiran port USB-C.

vivo-V50-Lite-Edited-4-950x534.jpg.webp


Dari segi bunyi, V50 Lite 5G mempunyai masalah biasa dalam sistem stereo, di mana bunyi dari pembesar suara atas lebih perlahan berbanding bahagian bawah. Masalah ini sering berlaku pada banyak telefon. Namun, keupayaan peranti ini untuk meningkatkan bunyi sehingga 400% memberikan pengalaman audio yang lebih kuat dan jelas. Selain itu, peranti ini mempunyai pengimbas cap jari pada skrin yang cepat dan responsif.

V50 Lite 5G membawa beberapa peningkatan menarik dalam aspek skrin berbanding V40 Lite 5G. Peranti ini menggunakan skrin OLED bersaiz 6.77 inci, sedikit lebih besar daripada AMOLED 6.67 inci pada V40 Lite 5G. Dengan nisbah skrin-ke-badan mencapai 94.2% telah memberikan paparan lebih luas dan pengalaman tontonan yang lebih imersif. Ini menjadikannya sangat sesuai untuk menonton video, bermain permainan, dan membaca kandungan digital dengan lebih selesa.

Dari segi kadar segar semula, kedua-dua peranti menyokong 120Hz bagi memastikan animasi dan pergerakan skrin yang lancar. Namun, kelebihan V50 Lite 5G terletak pada teknologi skrin V50 Lite 5G yang menawarkan kontras warna lebih jelas dan tahap kecerahan lebih tinggi berbanding V40 Lite 5G.

vivo-V50-Lite-Edited-5-950x534.jpg.webp


Ini menjadikan V50 Lite 5G lebih menyerlah dalam keadaan pencahayaan yang berbeza untuk paparan yang lebih terang dan jelas. Perbezaan ini mungkin tidak begitu ketara dalam penggunaan harian, tetapi bagi pengguna yang mementingkan ketepatan warna, V50 Lite 5G memberikan pengalaman yang lebih baik.

Satu lagi kelebihan V50 Lite 5G ialah teknologi perlindungan cahaya biru rendah yang sepatutnya bantu mengurangkan ketegangan mata menjadikannya lebih selesa digunakan dalam tempoh yang lama. V40 Lite 5G juga mempunyai ciri yang sama tetapi menurut Vivo teknologi yang digunakan pada V50 Lite 5G lebih terkini untuk memberikan keselesaan tambahan.

Perkakasan Dan Perisian

vivo-V50-Lite-Edited-6-950x534.jpg.webp


V50 Lite 5G hadir dengan cip MediaTek Dimensity 6300, yang sepatutnya mampu menawarkan prestasi yang memadai untuk penggunaan harian seperti menatal media sosial, menonton video, dan menjalankan aplikasi asas.

Peranti ini hadir dengan 12GB RAM LPDDR4X serta storan dalaman 256GB UFS 2.2 yang boleh menyediakan ruang mencukupi bagi aplikasi dan fail. Namun, ia tidak menyokong kad mikroSD menjadikan storan dalaman sebagai satu-satunya pilihan yang tersedia. Selain itu, terdapat RAM Maya sebanyak 12GB yang terbina secara automatik dan tidak boleh diubah oleh pengguna.

UI-V50-Lite-C-950x1052.jpg.webp


Penggunaan V50 Lite 5G terasa lancar ketika menatal media sosial, dengan animasi dan pergerakan skrin yang stabil tanpa gangguan ketara. Namun, terdapat sedikit kelewatan respons semasa menaip mesej, terutama ketika beralih antara aplikasi atau semasa input teks yang panjang. Walaupun lengah masa ini tidak terlalu mengganggu dalam penggunaan biasa, ia mungkin kurang sesuai bagi pengguna yang mengutamakan kelajuan dalam komunikasi dan produktiviti.

AnTuTu 3D

Cip Pemprosesan
Skor
Dimensity 6300
437,831
Dimensity 7300 Ultimate
688,532
Snapdragon 7s Gen 2
741,709
Dimensity 7300 Energy
613,504

Geekbench 6

Cip Pemprosesan
Skor
Dimensity 6300
616/1643
Dimensity 7300 Ultimate
1017/3079
Snapdragon 7s Gen 2
921/2127
Dimensity 7300 Energy
899/2763

3DMark Wildlife Extreme

Cip Pemprosesan
Skor
Dimensity 6300
1,355
Dimensity 7300 Ultimate
870
Snapdragon 7s Gen 2
855
Dimensity 7300 Energy
809

Dari segi permainan, prestasi V50 Lite 5G bergantung kepada jenis permainan yang dijalankan. Honor of Kings boleh dimainkan pada kadar maksimum 60FPS, namun prestasi tidak sepenuhnya stabil, dengan kadar bingkai turun kepada 57–59FPS dalam situasi tertentu. Terdapat juga sedikit kelewatan respons (latency) dan permainan kadangkala tersekat-sekat, terutamanya semasa serangan berskala besar. Keadaan ini boleh menjejaskan pengalaman permainan, terutama bagi pemain yang mengutamakan kestabilan kadar bingkai.

Screenshot_20250430_015922_com.levelinfinite.sgameGlobal-950x429.jpg.webp
Screenshot_20250504_040705_com.mobile.legends-950x429.jpg.webp


Untuk Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), permainan berjalan lancar pada kadar 60FPS, dengan sedikit penurunan bingkai dalam julat 57–59FPS. Saranan permainan hanya pada tahap High/High, menunjukkan bahawa peranti ini mampu menjalankan permainan pada tetapan tinggi tetapi masih mempunyai batasan tertentu. Sementara itu, Genshin Impact hanya boleh dimainkan pada tetapan grafik rendah (Lowest) dengan kadar 30FPS, memperlihatkan bahawa cip pemprosesannya kurang sesuai untuk permainan berat yang memerlukan kuasa pemprosesan tinggi.

Screenshot_20250504_035956_com.miHoYo.GenshinImpact-950x429.jpg.webp


Walaupun terdapat beberapa isu prestasi dalam permainan, V50 Lite 5G tidak mengalami masalah pemanasan yang serius, dan membuktikan bahawa sistem penyejukannya berfungsi dengan baik dalam mengawal suhu semasa penggunaan yang berat.

Funtouch OS 15 berasaskan Android 15 disediakan juga menawarkan navigasi yang lancar dengan animasi serta peralihan skrin yang stabil. Penggunaannya terasa selesa dan hampir setanding dengan model terkini Vivo. Dari segi reka bentuk, warna dalam antara muka mungkin kurang menarik bagi mereka yang suka gaya lebih ceria dan berwarna-warni kerana elemen visualnya agak minimalis.

UI-V50-Lite-A-950x701.jpg.webp
UI-V50-Lite-d-950x701.jpg.webp


Dengan ciri seperti Circle to Search, proses pencarian maklumat menjadi lebih cepat dan mudah hanya dengan membuat bulatan pada teks atau imej. Sementara itu, teknologi AI Photo Enhancer dan AI Eraser pula membantu dalam proses suntingan gambar ringkas secara automatik, serta menghasilkan imej yang lebih jelas dan berkualiti tinggi tanpa memerlukan aplikasi pihak ketiga.
Namun seperti model Vivo lain, masih terdapat iklan dan aplikasi pra-pasang yang tidak boleh dibuang. Hal ini boleh menjejaskan penggunaan storan, seterusnya mengganggu pengalaman pengguna yang lebih lancar. Kehadiran iklan dalam kedai aplikasi dan menu tetapan juga sebenarnya menimbulkan perasaan kurang selesa semasa menggunakan peranti.

Kamera Dan Kualiti Gambar

Kamera V50 Lite 5G menawarkan prestasi yang memadai bagi pengguna yang mencari peranti dengan keupayaan fotografi asas. Dalam penggunaan biasa, kamera ini mampu menghasilkan gambar yang jelas, namun warna yang dihasilkan kelihatan kurang menyerlah dan tidak begitu hidup. Bagi mendapatkan hasil yang lebih menarik, pengguna boleh melakukan sedikit suntingan atau menggunakan penuras warna yang disediakan agar warna gambar kelihatan lebih tajam dan bermaya. Dalam mod potret, edge detection pada kamera ini kadangkala kurang tepat dalam memisahkan subjek daripada latar belakang, terutamanya apabila subjek berada terlalu dekat dengan latar belakang, di mana masalah yang turut dialami oleh model V50 sebelum ini. Namun, dengan pencahayaan yang baik serta penggunaan penuras warna, pengguna masih dapat memperoleh hasil gambar potret yang memuaskan. Walaupun begitu, kesan kabur mungkin tidak begitu sempurna, terutama dalam situasi di mana latar belakang terlalu dekat dengan subjek.
Selain itu, cahaya yang terlalu terang boleh menyebabkan dedahan (exposure) berlebihan pada latar belakang, yang mengakibatkan ketidakseimbangan dalam hasil akhir gambar. Panjang fokus (focal length) pada V50 Lite 5G juga agak terhad berbanding V50, yang boleh mengehadkan kebebasan pengguna dalam menghasilkan komposisi gambar yang lebih menarik dan pelbagai.

V50 Lite 5G mampu menghasilkan gambar yang baik dalam pencahayaan rendah, termasuk waktu malam. Walau bagaimanapun, apabila terdapat sumber cahaya yang lebih terang, seperti papan tanda kedai, teks pada gambar cenderung kelihatan kurang tajam dan sedikit kabur.

IMG_20250102_102654-950x1267.jpg.webp
Hasil-Gambar-vivo-V50-Lite-18-950x1267.jpg.webp
Hasil-Gambar-vivo-V50-Lite-19-950x1267.jpg.webp
Hasil-Gambar-vivo-V50-Lite-20-950x1267.jpg.webp

Walaupun terdapat beberapa kelemahan, V50 Lite 5G tetap mempunyai kelebihan dari segi kemudahan penggunaan, dengan sistem kawalan kamera yang mudah difahami serta pelbagai pilihan mod untuk pengguna menyesuaikan hasil tangkapan mengikut keperluan mereka.

Tambahan pula, peranti ini ditawarkan pada harga yang lebih rendah berbanding model lain dalam siri V50 yang menyediakan kamera lebih premium. Walaupun begitu, ia masih merupakan pilihan yang menarik bagi pengguna yang mencari keseimbangan antara harga dan keupayaan fotografi.

Hasil-Gambar-vivo-V50-Lite-26-950x1267.jpg.webp
IMG_20250429_183924-950x1267.jpg.webp
Hasil-Gambar-vivo-V50-Lite-7-950x1267.jpg.webp
Hasil-Gambar-vivo-V50-Lite-6-950x1267.jpg.webp
Hasil-Gambar-vivo-V50-Lite-27-950x1267.jpg.webp

Secara keseluruhannya, V50 Lite 5G sesuai untuk pengguna kasual yang mengutamakan kesederhanaan dan kemudahan dalam mengambil gambar. Walaupun kamera ini mungkin kurang sesuai bagi mereka yang mahukan prestasi fotografi lebih canggih, ia tetap menawarkan pengalaman fotografi asas yang memuaskan bagi kegunaan harian.

Hasil-Gambar-vivo-V50-Lite-2-950x1267.jpg.webp
Hasil-Gambar-vivo-V50-Lite-28-950x1267.jpg.webp
IMG_20250504_130658-950x1267.jpg.webp

Bateri Dan Pengecasan

V50 Lite 5G dilengkapi dengan bateri 6,500mAh BlueVolt, direka khas untuk kegunaan jangka panjang tanpa perlu kerap mengecas. Dalam penggunaan biasa, skrin peranti mampu bertahan lebih daripada sehari, yang membuktikan kecekapan tenaga yang tinggi. Selain itu, dalam ujian ketahanan, peranti ini berjaya beroperasi selama hampir 22 jam menjalankan pelbagai aktiviti harian seperti melayari internet, menonton video, dan menggunakan aplikasi secara serentak. Apabila bateri habis, teknologi pengecasan pantas 90W FlashCharge menjadi penyelesaian terbaik. Dengan hanya 20 minit pengecasan, bateri dapat mencapai sehingga 50%.

vivo-V50-Lite-Edited-7-950x534.jpg.webp

Apa Di Dalam Kotak

Berikut ialah yang disertakan dalam kotak yang kami terima:
  • 1 x Vivo V50 Lite 5G.
  • 1 x Kepala Pengecas 90W.
  • 1 x Kabel USB-C ke USB-A.
  • 1 x Kerangka Silikon.
  • 1 x Manual Pengguna.
  • 1 x Pencungkil SIM.

Pesaing

Vivo V50 Lite 5G
Tecno Camon 40 Pro 5G
Oppo A5 Pro 5G
6.77″ AMOLED
FHD+, 120Hz
6.78″ AMOLED
FHD+, 144Hz
6.67″ IPS LCD
HD+
Dimensity 6300 (6 nm)
2 x 2.4 GHz Cortex-A76
6 x 2.0 GHz Cortex-A55
Dimensity 7300 Ultimate (4nm)
4x Cortex-A78 2.6 GHz
4x Cortex-A55 2.0 GHz
Dimensity 6300 (6 nm)
2 x 2.4 GHz Cortex-A76
6 x 2.0 GHz Cortex-A55
Mali-G57 MC2
Mali-G615 MC2
Mali-G57 MC2
12GB RAM
8GB RAM
8GB RAM
256GB
(tiada kad mikroSD)
256 GB UFS 2.2
(tiada kad mikroSD)
256 GB UFS 2.2
(tiada kad mikroSD)
Kamera Utama
50 MP (lebar)
8 MP (Ultra Sudut Lebar)
Kamera Utama
50MP f/1.9, OIS (Sudut Lebar)
8MP (Ultra Sudut Lebar)
Kamera Utama
50MP f/1.8 (utama)
2MP (kedalaman)
Kamera Hadapan
32 MP, f/2.5
Kamera Hadapan
50 MP f/2.5
Kamera Hadapan
8MP f/2.0
IP69
IP69
IP69
Tiada bicu audio
Tiada bicu audio
Tiada bicu audio
Audio Stereo
Audio Stereo
Audio Stereo
6500 mAh
Berwayar 90W
5200 mAh
Berwayar 45W
5000mAh
Berwayar 45W
RM 1,299 (8/128GB)
RM 1,499 (12/256GB)
RM 1,699 (12/512GB)
RM 1,099 (8/256GB)
RM 1,099 (8/256GB)

Kesimpulan

Secara keseluruhan, V50 Lite 5G menawarkan pengalaman penggunaan yang seimbang bagi mereka yang mencari peranti dengan prestasi sederhana tetapi ketahanan bateri yang memuaskan. Walaupun prestasi kamera dan beberapa ciri lain mungkin tidak setanding dengan versi V50 yang lebih premium, peranti ini masih boleh menjadi pilihan menarik kerana harga yang lebih berpatutan serta kemudahan penggunaan yang baik. Dengan bateri 6,500mAh dan teknologi 90W FlashCharge, V50 Lite 5G mampu bertahan lama dan dicas dengan pantas, menjadikannya pilihan sesuai bagi mereka yang memerlukan peranti yang boleh digunakan sepanjang hari tanpa perlu risau tentang pengecasan kerap.

KELEBIHAN
  • Tubuh nipis dengan kemasan berkualiti tinggi.
  • Kapasiti 6,500mAh dengan pengecasan pantas 90W.
  • Paparan besar dengan kadar segar semula tinggi.
  • Kamera 50MP dengan Aura Light.
KEKURANGAN
  • Tiada OIS pada kamera.
  • Prestasi kamera sederhana.
  • Tiada bicu audio 3.5mm.
  • Cip bukan yang terbaik dalam kelasnya.
 
Vivo V50 Lite 5G Boleh Di Dapati Di Malaysia Bermula Harga RM1,299

Vivo
telah melancarkan model baharu V50 Lite 5G di Malaysia. Ia direka dengan tumpuan terhadap bateri yang tahan lama lantas menjadikannya sesuai untuk penggunaan sepanjang hari. Selain daripada bateri, ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri memadai yang boleh memenuhi keperluan harian pengguna.

IMG_8025-950x713.jpeg.webp
IMG_8024-950x711.jpeg.webp
IMG_8021-950x712.jpeg.webp


Vivo V50 Lite 5G dilengkapi dengan skrin AMOLED FHD+ sebesar 6.77-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ia dijana dengan cip MediaTek Dimensity 6300, bersama pilihan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman 512GB. Ia turut dilengkapi perisian Funtouch OS 15 berasaskan Android 15 untuk pelbagai ciri berasaskan AI seperti AI Album Memories, AI Eraser, AI Photo Enchance, AI Live Text, AI Screen Translation dan Al Circle to Search with Google.

IMG_8012-950x713.jpeg.webp
IMG_8009-950x713.jpeg.webp


Terdapat dwi-kamera utama 50 MP (Sony IMX882) + 8MP, dan swafoto sebesar 32MP disediakan. Ia turut mengekalkan ciri Aura Light yang sesuai digunakan untuk tangkapan imej dalam pencahayaan rendah. Bateri 6500mAh digunakan menyokong pengecasan pantas 90W. Selain itu, ia turut mempunyai penarafan IP65 dan pembesar suara stereo sebagai nilai tambahan yang menarik.

IMG_8017-950x713.jpeg.webp
IMG_8031-950x713.jpeg.webp


Bagi yang berminat, V50 Lite kini boleh didapati di Malaysia dengan harga bermula RM1,299 (8/256GB), RM1,499 (12/256GB) dan RM1,699 (12/512GB). Telefon ini hadir dalam tiga pilihan warna yang menarik, iaitu Phantom Black, Titanium Gold dan Fantasy Purple.​
 
Vivo V50 Lite 5G - Cas Sekali Boleh Tahan Lebih Sehari

Sewaktu pergi melancong sama ada ke destinasi pulau, luar negara mahupun percutian santai yang dikelilingi keindahan alam semula jadi, antara perkara utama yang sering menjadi kerisauan adalah ketahanan bateri telefon pintar. Ini kerana kebanyakan aktiviti sewaktu bercuti bergantung sepenuhnya kepada telefon merakam atau menangkap gambar, bermain pemua dan sebagainya yang akan menjejaskan bateri dan perlu cas berkali-kali.

AD_4nXfI5LJq_uL0qnOJfGTyKv6GlBmmOuRAcggsbF6bk9B-GL_7ZS7BZn4k25PZBTd3gGg0O3fgikWxmLo45GHchGrC2fRHAdDK_o8p7w0pE2bISq4gAWK07F51jemHEviYlqmiPfKxiw


Disebabkan inilah vivo hadir dengan vivo V50 Lite 5G yang mempunyai kapasiti bateri sebesar 6500mAh BlueVolt Battery untuk penggunaan yang lebih selesa dan memuaskan tanpa perlu risau tentang pengecasan lagi. Ini pengalaman saya menggunakan telefon ini selama 3 hari 2 Malam untuk percutian bersama vivo di Pulau Redang.

Sepanjang tempoh percutian baru-baru ini, vivo V50 Lite 5G telah menjadi teman setia dalam merakam setiap momen yang berharga. Sama ada ketika menikmati suasana matahari terbit di tepi pantai, menjelajah kawasan sekitar resort, atau sekadar bersiar-siar berhampiran pantai. Apa yang menjadikan pengalaman ini lebih lancar adalah sokongan bateri berkapasiti besar 6500mAh BlueVolt Battery yang memastikan penggunaan sepanjang hari tanpa perlu terlalu kerap mencari soket pengecas atau menggunakan power bank. Aktiviti merakam gambar dan video, yang selalunya memakan banyak tenaga yang tinggi, langsung tidak memberi kesan besar kepada prestasi bateri.

AD_4nXdM0QiwfzTOBG0oDxn27ZxRKyG0b-3E_AUUOPYcZNhIf1h1qu0GsPHXzkx51ucKQbES5Kc6qTJx4D2zZ1Me_wO5PnBWL_aUwUU2QBSHIXzhCwhMZDgUUh62f0ydd71ZUrh8iwH4Cw
AD_4nXfhbt7b7EGsMta7R15j0C_pDA0yAxlvLz3vBhMJVDk786fnAVkzF2huUJqJDinUoUqNgkDuETi6eIrW48rZ76uCsL49j9nn26HNOFk96Z6pdWgr1BYUgZOVK5WLMVT4XM0j0AIElw
AD_4nXf-XlJJTpklMRgPo1CGFJE3ugeG3gJy7SWx1jqoIlpvQoB1XX5AeYVYTzQPcOM2QEW3YpFiMlEDXKSpvtmo_Mz6a_ZvQonV4YzxoDwfe7r7TtsTqRrTtb6XKId_7NIHt6AbTwZn
AD_4nXfZBzmv5Ix4lSiwbWW2SnBC-v2SHfKDoUboZS1JCjVbMZtpt4mmA1z2RgQQkwORDh2fck9yBn6oekC5MlYoKko5k5G4Q5Hvi0A8bURaNiv1uqjzOVPYJ8aJO_XETTD3hEWA91gtgg

Reverse Charging

Lebih menarik, peranti ini turut menyokong fungsi Reverse Charging, membolehkan ia bertindak sebagai ‘power bank’ mudah alih untuk mengecas peranti lain seperti fon telinga tanpa wayar, kipas mudah alih, atau telefon kedua yang kehabisan bateri. Ini amat berguna khususnya untuk anda ketika dalam perjalanan atau di kawasan yang sukar mendapatkan akses kepada sumber kuasa. Ciri ini menjadikan vivo V50 Lite 5G bukan sahaja sebuah telefon pintar, malah juga penyelamat situasi kecemasan apabila peranti lain memerlukan sokongan tenaga segera.

Secara tidak langsung, fungsi ini juga mencerminkan pendekatan vivo terhadap keperluan sebenar pengguna moden yang mahukan peranti serba boleh, boleh dipercayai, dan sedia digunakan bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk membantu peranti lain anda kekal berfungsi pada bila-bila masa sahaja.

AD_4nXd6WHpLIuGMg7RYWyZNb7OWZMSKOJTln7gw6THTU42pAp_bFhun75_8Ra0ccqw4_cH6QVEm_2fHt3ucWhIqwxFl4hlADWjH35PTRRSv7QI7f1h5N_sHYwqzQj7s8gig2cp41b6clA


Untuk aktiviti sosial harian seperti menonton TikTok, YouTube, atau menatal Instagram dan Facebook, kapasiti bateri besar ini memberikan keyakinan untuk terus aktif sepanjang hari tanpa perlu terlalu kerap mengecas. Ini menjadikan vivo V50 Lite 5G bukan sahaja sebuah peranti yang berkuasa, malah boleh diharap untuk menemani anda dari pagi hingga ke malam dalam apa jua aktiviti harian tanpa kompromi terhadap prestasi dan jangka hayat bateri.

AD_4nXcQCfVgF9Sk554W2SujuSZARLbPqkyCo7REFAiMchcF-fInFKVC3Y931ECXRVviKTIkvNSfkPv6tywy86Aewxqy3e_JNTy3vpTHPuipTrm3c38aCqtM-mbE_Ypmek6F5if3MQvH
AD_4nXenJVszbOQHwFPPb8PgXYfa19KG5HQcHFWBG-uBCaeiNzK-KCtjbRrrd0JBpaBEs1gKA3KWBaUdWDbmasbUyNqapcg7Q_dLK50zZ5XWzXtcRSTNZsyw1h529Chx1Hu38Q1Rgd2Z2A

IP65 – Tahan Debu dan Air, 5 Bintang SGS Military Grade Anti Jatuh

Salah satu pengalaman yang paling menarik semasa percutian di Pulau Redang baru-baru ini ialah apabila berpeluang menguji sendiri tahap ketahanan vivo V50 Lite 5G dengan penarafan IP65 dalam situasi luar jangkaan. Bukan sekadar menggunakannya untuk merakam panorama pantai dan laut yang memukau, malah ia telah diuji secara fizikal dengan 5 bintang SGS military grade anti jatuh dalam aktiviti yang melibatkan debu, pasir dan air.

AD_4nXeyKHAQldqFi6qyCHLcfRtDJFpik8zbgddZsy2w-FQgxN1gqyAe7YaexyNHpZagzmTXgukIyypOXoflg1MSZREkRXjkRWCLZc9nofjQ5qxLAbwAtKGW2FuSFJGKU2Of__leCVxZiA

Antara aktiviti yang dijalankan termasuk mencampakkan vivo V50 Lite 5G ke dalam baldi berisi air serta menggunakannya secara kreatif untuk memecahkan menara pasir dalam sebuah permainan pantai berkumpulan. Misi utama adalah untuk merobohkan binaan pasir pihak lawan bagi mencari figura itik kecil yang disorok di dalamnya. Lebih mencabar, peranti ini bukan hanya dilempar sekali, malah beberapa kali ke arah struktur pasir yang padat dan lembap.

Bateri tinggal 1%? Apa Boleh Buat?

Bagi kebanyakan peranti, angka itu menandakan masa untuk anda berserah telefon akan mati, namun tidak bagi vivo V50 Lite 5G. Peranti ini masih mampu menjalankan fungsi penting seperti membuka kamera untuk merakam saat-saat terakhir, menggunakan aplikasi navigasi untuk mencari lokasi makan malam, menjawab panggilan ringkas, malah sempat juga berkongsi tenaga melalui fungsi Reverse Charging untuk membantu mengecas peranti yang lain. Ciri ini jelas memperlihatkan bukan sekadar kapasiti baterinya yang besar, tetapi juga kecekapan sistem pengurusan tenaga yang dimiliki oleh vivo V50 Lite 5G.

AD_4nXc0KF-D45YTh5nGlW26kmHb-EH9hi-zd_wbhCbI9bPzw3vS7qRbxhLbypvii3mXlja3RxGr9Kx9Q4RowFd8WJGrE_1yJI01jAyZXPH_VxvQI3lihTGI0opNihedIX5b7RjwTeoA

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, vivo V50 Lite 5G bukan sekadar sebuah telefon pintar biasa ia adalah peranti serba boleh yang direka untuk memenuhi keperluan gaya hidup aktif dan dinamik masa kini. Dengan kapasiti bateri 6500mAh, keupayaan Reverse Charging, serta pengurusan tenaga yang cekap, ia mampu bertahan sehingga tiga hari penggunaan aktif tanpa perlu dicas berulang kali, malah masih berfungsi dengan cemerlang walaupun hanya berbaki 1%. Ditambah dengan ketahanan IP69 terhadap debu dan air yang terbukti melalui aktiviti fizikal ekstrem di panta.

Dengan ketahanan bateri yang boleh bertahan hingga dua ke tiga hari dengan satu pengecasan penuh, vivo V50 Lite 5G benar membuktikan dirinya sebagai peranti yang boleh digunakan anda secara aktif seiting dengan cogan kata cas sekali, tahan berhari-hari. Ia adalah pilihan ideal bagi anda yang mahukan sebuah peranti bergaya yang boleh diharap sepanjang hari sama ada untuk bekerja, mencipta kandungan, atau menikmati percutian tanpa sebarang kompromi.
Layari https://www.vivo.com/my/products/v50-lite-5g
 
Back
Top
Log in Register