BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RCI Tabung Haji: SPRM Tahan Bekas Menteri

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

RCI Tabung Haji: SPRM Tahan Bekas Menteri​

f631160d819941ac7d15045ad2b6fb2c672753ac74d69

--fotoBERNAMA

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang bekas menteri bagi membantu siasatan berhubung isu yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH).

Suspek lelaki berusia lingkungan 60-an itu dipercayai ditahan kira-kira 4.30 petang tadi ketika hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Menurut hantaran di akaun TikTok rasmi SPRM, penahanan itu berkaitan isu pajakan hotel di Arab Saudi.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi esok bagi permohonan reman,” katanya.

Pada Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata siasatan berhubung isu yang dibangkitkan dalam laporan RCI TH akan diteruskan bagi memastikan negara tidak terus menanggung kerugian.

 
Back
Top
Log in Register