BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RCI Tabung Haji bukan untuk buka semula pergaduhan lama

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,165
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,165
Reaction score
346
Points
141

RCI Tabung Haji bukan untuk buka semula pergaduhan lama​

3fdbc8b6a4c98de3256294571a77000d.jpg

83b371858d439d507e43adfa398a28c6.jpg

0baeb53e03fd36577712659f2cee9543.png

74779b92b37b5bd48dc2d3ccf4391706.png


Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) tidak seharusnya membuka semula pergaduhan politik lama, sebaliknya perlu dijadikan pengajaran bagi mencari jalan terbaik memperbaiki institusi itu.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Azman Abidin berkata kepentingan kira-kira 10 juta pendeposit perlu menjadi keutamaan mengatasi kepentingan politik mana-mana parti.

“Sebab itu, kita perlu melihat RCI ini bukan sebagai dokumen untuk membuka semula pergaduhan politik lama, tetapi sebagai satu lesson to be learned (pengajaran yang perlu diambil) untuk memperbaiki institusi.

“Kalau RCI mengenal pasti kelemahan dalam tadbir urus, kita perbaiki tadbir urus.

“Kalau ada kelemahan dalam proses pelaburan, kita perkuatkan mekanisme pelaburan. Kalau ada ruang untuk campur tangan politik, kita tutup ruang tersebut,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata sekiranya terdapat perkara yang memerlukan tindakan penguatkuasaan, proses itu perlu berjalan berdasarkan bukti dan undang-undang.

Azman berkata perhatian sepatutnya diberikan kepada usaha memastikan TH kekal kukuh, dipercayai serta mampu memberikan manfaat kepada pendeposit untuk generasi akan datang.

Mengulas mengenai Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada Selasa lepas bagi membahaskan laporan RCI berkenaan, Azman berkata ia memberi ruang formal kepada Ahli Parlimen untuk membincangkan isu berkenaan, selain membolehkan rakyat menilai dan meneliti apa yang berlaku kepada TH.

“Apabila laporan ini sudah dibuka kepada umum, saya fikir Parlimen adalah tempat yang paling sesuai untuk perkara ini diterangkan dan diperjelaskan.

“Bukan untuk mencari siapa yang boleh dipersalahkan semata-mata, tetapi untuk kita faham apa yang berlaku, apa kelemahan yang telah dikenal pasti dan paling penting, apa tindakan pembetulan yang perlu dibuat selepas ini,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Azman berkata tindakan pembangkang yang keluar dewan amat mengecewakan kerana mereka sepatutnya memperjuangkan hak pendeposit dan umat Islam di negara ini.

Laporan RCI berhubung isu pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020 didedahkan kepada umum pada 29 Julai lepas dan mengandungi 25 syor penambahbaikan.

Susulan itu, Sidang Khas Dewan Rakyat diadakan bagi membolehkan laporan berkenaan diterangkan, dibahas dan dibincangkan oleh Ahli Parlimen.

- Bernama

 
Serah kan semula semua aset yang ada pada SPV / UJSB kepada Tabung Haji dan berpegang pada Laporan Ketua Audit Negara.

Sbb dari mula lagi TH ditubuhkan pada tahun 1963 Jabatan Audit Negara Setiap tahun yg buat Laporan Tahunan Kewngan dekat Parlimen utk Lembaga Tabung haji.

kalau agensi-agensi dibawah TH yg ada listed kat BSKL nak lantik external auditor luar tu tak kisah lah.

Jabatan Audit Negara tu dah tertubuh sejak 1906 awat yg depa suka-suka nak ubah std perakaunan yg dah lama diguna pakai oleh Tabung Haji tu sendiri.
 
Back
Top
Log in Register