BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Radzi persoal laporan RCI Tabung Haji ‘disimpan’ lebih 43 bulan

afwan83

Active+ Member
Messages
3,229
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,229
Reaction score
12
Points
25

Radzi persoal laporan RCI Tabung Haji ‘disimpan’ lebih 43 bulan​

radzi-jidin-perikatan-nasional-21.jpg

Radzi Jidin berkata ramai mempersoalkan mengapa Laporan RCI Tabung Haji disimpan lebih 43 bulan. (Gambar Bernama)

Beliau membandingkan kelewatan itu dengan Kertas Putih Felda dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 April 2019 sebaik sahaja disiapkan dan mendapat lampu hijau daripada Jabatan Peguam Negara.

Naib presiden Bersatu itu berkata laporan RCI Tabung Haji dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada 14 Dis 2022, ketika Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri tetapi hanya didedahkan kepada umum, semalam.

“Ramai bertanya mengapa selepas lebih 43 bulan laporan RCI berkaitan Tabung Haji dibentangkan kepada Jemaah Menteri, barulah kerajaan hendak mendedahkannya kepada rakyat.

“Itu kerajaan hari ini yang perlu jawab,” katanya dalam kenyataan.

Kerajaan semalam mendedahkan laporan RCI mengenai TH bagi tempoh 2014 hingga 2020 dan telah menggariskan 25 syor tindakan penambahbaikan.

RCI ditubuhkan pada 2021 untuk menyiasat aspek pengurusan, operasi dan isu berkaitan aset TH antara 2014 hingga 2020 susulan kebimbangan terhadap tadbir urus dan kedudukan kewangan dana berkenaan.

RCI itu menyiapkan laporannya pada Julai 2022.

Berkongsi proses penyediaan Kertas Putih Felda, Radzi berkata dokumen itu disediakan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi ketika diterajui Azmin Ali pada 2018.

Menurutnya, selaku timbalan menteri hal ehwal ekonomi, beliau ditugaskan membantu memantau penyediaan kertas putih berkenaan.

“Kertas Putih itu bukan sahaja memperincikan isu-isu dalaman Felda tetapi juga turut mengandungi laporan forensik untuk lapan pembelian atau pelaburan aset.

“Selepas sahaja siap dan mendapat lampu hijau daripada Jabatan Peguam Negara, Kertas Putih Felda terus dibentangkan kepada Dewan Rakyat pada 10 April 2019,” katanya.
 
nampak sgt disorokkan
 
Pmx sorok sebab nak jaga wati walaun BN

Bila akmal melalak suruh release.. so release je

Walaun pon tetap koyak

Klu da toyol memang dulu kini selamannya la 😂 😆
 
Back
Top
Log in Register