BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Razali letak jawatan ketua Bersatu Terengganu

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Razali letak jawatan ketua Bersatu Terengganu​

180f1043-razali-idris-bersatu-adun-kijal-kl-court-4.jpg

Adun Kijal Razali Idris turut mengumumkan beliau melepaskan jawatan ketua Bersatu Marang pada pertengahan bulan depan selepas menyelesaikan pelbagai tugas parti di peringkat bahagian.

Exco Terengganu itu menghantar surat peletakan jawatannya kepada Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin pada 16 Julai lalu, tetapi tidak menyatakan punca beliau melepaskan jawatan dipegangnya sejak 10 tahun lalu.

“Setakat ini, pihak ibu pejabat parti, termasuk Muhyiddin belum mengesahkan atau membuat keputusan untuk menerima atau menolak peletakan jawatan itu,” katanya menurut Berita Harian selepas menghadiri sebuah program di Kampung Lubuk Batu, Marang, malam tadi.

Razali berkata, beliau akan melepaskan jawatan ketua Bersatu Marang pada pertengahan bulan depan selepas menyelesaikan pelbagai tugas parti di peringkat bahagian.

Tegasnya, beliau masih ahli Bersatu setelah melepaskan dua jawatan di peringkat bahagian dan negeri.

Pada masa sama, Adun Telemong, Zawawi Ismail dan Adun Hulu Besut, Husaimi Hussin turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai ketua penerangan serta bendahari Bersatu Terengganu.

Difahamkan, Timbalan Ketua Bersatu Terengganu, Khazan Che Mat juga akan melepaskan jawatannya.

“Saya menyertai Bersatu pada 2016 atas pelawaan Razali, jika dia letak jawatan, buat apa saya nak terus memegang jawatan,” katanya yang juga ketua Bersatu Kuala Nerus dan timbalan speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu.
 
Back
Top
Log in Register