BTC USD 62,626.1 Gold USD 4,442.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Razak Baginda muncul semula

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
12,991
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,852
Points
191
Selepas sekian lama tidak mendapat perhatian media, Abdul Razak Baginda yang meraih kontroversi daripada perbicaraan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu muncul dalam satu program dialog di Kuala Lumpur.

Abdul Razak, yang menerima ijazah kedoktoran dari Universiti Oxford bercakap dalam satu program dialog anjuran satu persatuan universiti berkenaan di The Bankers Club, Jalan Imbi pada malam tadi.

Hebahan program di laman web kelab berkenaan menyebut, program dialog tersebut adalah berhubung "cabaran agama dan politik Malaysia hari ini."

Difahamkan, Abdul Razak dalam program berkenaan telah mempertahankan penglibatannya melalui syarikat Perimekar Sdn Bhd dalam urusniaga pembelian kontroversi dua kapal Scorpene.

Abdul Razak bertindak sebagai ejen kerajaan melalui syarikat berkenaan.

Abdul Razak dalam sesi soal jawab dalam program berkenaan dipercayai berkata, urusniaga berkenaan berlaku secara terbuka dan bersih.

Kandungan terperinci sesi berkenaan tidak dapat didedahkan kerana penganjur mengenakan peraturan kerahsiaan Chatham House.

Peraturan kerahsiaan itu digunapakai dalam mesyuarat untuk menggalakkan ketelusan dan perkongsian maklumat.

 
dia nak cari lembu pakai selendang selak kain kut
 
berani lg mamat ni memunculkan diri :)
 
kena sniper ngan org tk puas hati baru dia tow
 
dia pi blaja tu helah je, nk lari dr kes so dia ingat dia lari org leh lupa ka?:mad::mad:
 
duit COLA dah abis la tu...nak balik tuntut
 
Back
Top
Log in Register