combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 23,450
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 23,450
- Reaction score
- 321
- Points
- 141
84 hari malam tidak muncul
BANDAR Utqiagvik mengalami waktu siang sehingga 2 Ogos ini. – AGENSI
UTQIAGVIK, Alaska – Matahari terbit di Utqiagvik yang merupakan bandar paling utara di Amerika Syarikat, Sabtu lepas dan tidak akan terbenam sehingga pukul 2.57 pagi(waktu tempatan) pada 2 Ogos ini, lapor saluran berita USA Today
Ini bermakna bandar di negeri Alaska itu akan mengalami waktu siang selama hampir 3 bulan.
Sebaik tempoh 84 hari tersebut berakhir, Utqiagvik tidak akan segera menjadi gelap kerana matahari tidak akan terbenam sepenuhnya.
Sebaliknya, matahari akan berada hampir di ufuk, menjadikan waktu malam sebenar tidak kelihatan. Keadaan bandar itu adalah seperti waktu senja, demikian menurut laman kaji cuaca AccuWeather.
Waktu malam hari sebenar hanya muncul pada 21 September ini, hampir dua bulan selepas kali terakhir matahari terbenam.
“Disebabkan lokasi bandar ini di Artik, ia mengalami ‘perubahan dramatik’ melibatkan waktu siang untuk sepanjang tahun, kata AccuWeather.
Pada musim panas, Utqiagvik menyaksikan siang hari berterusan selama beberapa bulan dan kegelapan berminggu-minggu semasa musim sejuk. – AGENSI
84 hari malam tidak muncul
Matahari terbit di Utqiagvik yang merupakan bandar paling utara di Amerika Syarikat, Sabtu lepas dan tidak akan terbenam sehingga pukul
www.kosmo.com.my