BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga tahun tanpa jejak, lelaki 'muncul semula' di gunung

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

Tiga tahun tanpa jejak, lelaki 'muncul semula' di gunung​

3540479.webp

Anggota penyelamat berkongsi makanan dengan mangsa sebelum dibawa turun dari gunung itu. - FOTO: Agensi

CIANJUR - Nama Ayi Solehudin meraih perhatian ramai setelah dia pernah dilaporkan hilang selama hampir tiga tahun sebelum ditemui dalam keadaan lemah di lereng gunung.

Operasi menyelamat mangsa berusia 45 tahun di Gunung Halimun Salak, Kabupaten Sukabumi di Jawa Barat, Indonesia pada 25 Mei lalu turut menjadi tular.

Penemuan mengejutkan itu dibuat penduduk yang sedang memeriksa saluran air di kawasan hutan tersebut.

Ayi yang dalam keadaan tidak terurus dan tubuhnya terlalu kurus dikatakan sedang duduk di atas batu berlumut pada ketinggian kira-kira 1,000 meter di kawasan sungai wilayah Cipari Girang, Desa Cisaat.

Sukarelawan Ambulans Sukabumi Bersatu (ASB), Muh Irfan Maulana berkata, Ayi kelihatan sangat tidak bermaya dan tidak boleh berjalan serta terkejut kerana dikerumuni ramai orang.

"Dia juga sukar untuk berkomunikasi," ujarnya sambil menambah mangsa dibawa turun menggunakan tandu dihasilkan daripada sebatang kayu dan kain sarung.

Ayi kemudiannya dijemput oleh ahli keluarganya yang mengesahkan mangsa hilang tanpa jejak malah mereka sudah berusaha mencarinya sebelum ini, namun gagal. - Agensi

 
14245005830274597-402756.jpg

14245005830274597-402757.jpg


Tiga tahun hilang, lelaki ditemukan selamat di gunung

Cianjur, Indonesia: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang tanpa jejak selama hampir tiga tahun mengejutkan keluarganya apabila ditemui masih hidup dalam keadaan lemah dan tidak terurus di lereng sebuah gunung di Jawa Barat, Indonesia, lapor portal Kompas.

Ayi Solehudin, 45, ditemukan penduduk pada 25 Mei lalu ketika mereka memeriksa saluran air di kawasan hutan Gunung Halimun Salak, Kabupaten Sukabumi.

Mangsa ditemukan sedang duduk di atas batu berlumut pada ketinggian kira-kira 1,000 meter berhampiran kawasan sungai di wilayah Cipari Girang, Desa Cisaat.

Keadaan Ayi ketika ditemui mengundang perhatian ramai apabila tubuhnya dilaporkan terlalu kurus, kelihatan tidak bermaya serta sukar berkomunikasi.

Sukarelawan Ambulans Sukabumi Bersatu (ASB), Muh Irfan Maulana berkata, mangsa juga tidak mampu berjalan sendiri dan kelihatan terkejut apabila dikerumuni orang ramai.

"Ketika ditemui, dia sangat lemah dan sukar untuk berkomunikasi.

"Kami terpaksa membawanya turun menggunakan tandu yang diperbuat daripada kayu dan kain sarung," katanya.

Operasi menyelamat Ayi kemudian tular di media sosial selepas rakaman proses membawa turun mangsa dari kawasan hutan berkenaan dikongsi secara meluas.

Ahli keluarga mangsa kemudian datang menjemput Ayi dan mengesahkan lelaki itu dilaporkan hilang tanpa sebarang petunjuk hampir tiga tahun lalu.

Keluarganya sebelum ini dikatakan sudah melakukan pelbagai usaha untuk mengesannya, namun semua pencarian berakhir dengan kegagalan.
 
Back
Top
Log in Register